50. Sidang Media

6.2K 215 0
                                    



Aina memandang sekeliling bilik yang disediakan oleh pihak hospital untuk majlis sidang media itu. 10-20 orang wartawan yang ada di bilik itu.

Bahunya disentuh lembut. Dia memandang ke sisinya. Tengku Juliana sedang tersenyum sambil menggenggam tangannya erat, memberi sokongan kepadanya.

Aina hanya tersenyum namun hambar. Senyumannya tawar. Hatinya tidak senang. Dia berasa ada sesuatu akan berlaku tak lama lagi. Dia risaukan Tengku Hakimi yang masih lagi tidak sedarkan diri di CCU. Tengku Hakimi masih lagi tidak boleh menerima pelawat kerana keadaannya yang kritikal itu.

Hati dia dilanda kerisauan selagi dia tidak melihat dengan matanya sendiri keadaan Tengku Hakimi. Amir ada menenangkannya dengan mengatakan keadaan Tengku Hakimi stabil, namun hatinya masih tidak dapat menerimanya kerana dia tidak melihat sendiri keadaan Tengku Hakimi itu.

Sidang media itu sudah setengah jam berlangsung. Semua persoalan dijawab oleh Sultan Ismail dan Permaisuri Hafizah. Sesekali Tengku Juliana dan Tengku Hafizi menyampuk menambah apa yang perlu.

Sultan Ismail telah menjelaskan segala-galanya yang terjadi kepada keluarga Diraja itu sejak 23 tahun dahulu. Beberapa soalan telah dikemukan oleh wartawan-wartawan itu, ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang tindakan YM Hamdan yang mahu memusnahkan keluarga Diraja.

Rakyat jelata yang menonton siaran secara langsung itu tidak mempercayai apa yang mereka dengar daripada Sultan Ismail. Bagi mereka, YM Hamdan merupakan hero rakyat. Dia banyak membantu rakyat dalam apa jua keadaan.

"Hari ini juga, beta ingin mengumumkan bahawa Tengku Hafizi sebagai Putera Mahkota yang baru menggantikan Tengku Hakimi," umum Sultan Iskandar.

Rakyat jelata terkejut dengan pengumuman yang baru dibuat oleh Sultan Ismail itu.

"Adakah penukaran Putera Mahkota Impianputra berkait rapat dengan khabar angina bahawa Tengku Hakimi sakit? Kerana itu, Tengku Hakimi tiada di sini bersama-sama dengan keluarga tuanku?" soal wartawan.

Sultan Ismail menarik nafas panjang.

"Beta akan terangkan segala-galanya di akhir sidang media ini," titah Sultan Ismail.

Wartawan-wartawan di situ akur dengan kata-kata Sultan Ismail.

Kemudian, ada seorang wartawan mengangkat tangannya.

"Soalan ini untuk YM Aina, Tengku Liyana. Bagaimana perasaan tuanku apabila mengetahui tentang identity tuanku?" soal wartawan itu.

Lamunan Aina terganggu apabila dia mendengar namanya disebut oleh salah seorang wartawan di situ.

"I'm sorry. Saya tak dengar soalan yang dikemukakan oleh cik," pinta Aina sambil tersenyum.

Wartawan itu senyum. "Soalan saya untuk YM Aina or Tengku Liyana, bagaimana perasaan tuanku apabila mendapat berita bahawa tuanku ialah the lost princess? Sedangkan sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa tuanku anak luar nikah," soal wartawan itu.

Riak wajah ahli keluarga Aina berubah serta-merta. Sultan Ismail memberi isyarat kepada pengacara majlis itu supaya mengalih soalan.

Aina mengangkat tangan lalu senyum. Dia memandang keluarga mentuanya kemudian ke arah ibu dan ayahnya yang turut berada di belakang bilik itu.

"Jujur saya katakan, saya agak terkejut apabila mengetahui tentang perkara sebenar. Selama ini, saya dicaci, dihina kerana tiada keluarga. Walaupun begitu, saya gembira dengan kehidupan saya. Saya punyai keluarga angkat yang sangat-sangat baik, penyayang. Merekalah penyokong saya. Mereka selalu ada dengan saya."

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now