52. Kehilangan

7.8K 240 0
                                    


Aina melangkah masuk ke dalam ICU itu. Tengku Hakimi telah dipindahkan ke wad ICU setelah seminggu dia tidak sedarkan dirinya.

Aina mengambil tangan Tengku Hakimi lalu menyalaminya. Kemudian, dia mengusap-usap rambut Tengku Hakimi.

"Abang, Sya dah datang ni," kata Aina, perlahan.

Aina merenung wajah kesayangannya itu. "Bukalah mata abang. Sya rindu sangat nak tengok mata abang yang cantik tu. Sya rindu nak dengar suara abang, ketawa abang," kata Aina, lembut.

"Semua orang tunggu abang untuk sedar. Mereka mahukan Tengku Hakimi kembali sedar," kata Aina.

Sejak sidang media yang telah dibuat seminggu yang lalu, ramai yang mengucapkan takziah. Malah, mereka turut membuat solat hajat dan bacaan yasin di seluruh negara itu. Masing-masing mahukan kesembuhan buat Tengku Hakimi yang sudah banyak berjasa pada negara itu.

Aina senyum. "Semua dah selesai, abang. Ayah Ku dah dijatuhkan hukuman. Gantung sampai mati di atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh. Abang tahu tak, Sya hampir-hampir mati seminggu yang lalu, masa abang tengah bertarung untuk hidup tu."

"Nasib baik ada Adam. Dia yang selamatkan Sya. Kalau tak, Sya tak tahu apa yang jadi pada Sya. Mungkin sama macam abang, tak sedarkan diri. Atau lagi teruk, Sya yang pergi dulu daripada abang," cerita Aina.

YM Hamdan telah dijatuhkan hukuman mati setelah mereka dapat buktikan bahawa YM Hamdan yang bertanggungjawab terhadap semua peristiwa yang berlaku pada keluarga Diraja itu.

Tengku Hasanah dan keluarganya pula diberi pilihan untuk terus tinggal di Impianputra ataupun tinggalkan negara ini. Tengku Hasanah membuat keputusan untuk tinggalkan negara ini. Dia mahu membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia langsung tidak menyangka suami yang dikahwininya itu merupakan seorang pendendam dan pembunuh.

Tengku Hasanah dan keluarganya mengambil keputusan untuk menetap di Eropah. Perpindahan mereka telah diuruskan oleh pihak Istana. Walaupun Sultan Ismail menentang keputusan adindanya, baginda Sultan tidak boleh berbuat apa-apa. Itu ialah keputusan adindanya dan dia tidak patut masuk campur dalam hal itu.

"So, abang, bukalah mata. Abang dah tak perlu nak hadap semua ni lagi. Kita boleh pergi daripada sini," rayu Aina.

Amir yang berada di wad it uterus mendekati Aina. Dia memegang bahu Aina.

"Asya," panggil Amir.

Aina tidak memandang Amir. Matanya setia memandang suaminya yang terlantar di atas katil itu.

"Kenapa abang Kimi tak sedar-sedar lagi, abang?" soal Aina.

Amir mengeluh. "Abang dah jelaskan sebelum ni. Dia sedang melawan penyakitnya. Badannya sedang sesuaikan dengan ubat-ubatan yang baru."

"Kalau ubat-ubatan itu sesuai dengan abang Kimi, dia akan sedar ke?" soal Aina.

Amir mengangguk. "Yes, my dear. Tapi, dia terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan itu sepanjang hidupnya. Sehari pun dia tidak boleh lepas daripada makan ubat-ubat tersebut," kata Amir.

Aina mengeluh. "Buat apa hidup kalua terpaksa bergantung pada ubat-ubatan itu?"

"Asya!" marah Amir.

"Asya dah reda, abang. Kalaulah dia pergi dulu, Asya takkan sedih-sedih. Asya akan kuat. Tapi kan abang, kalau abang Kimi masih kuat, masih lagi berkeinginan untuk hidup, Asya nak dia lawan penyakitnya. Asya perlukan dia, abang. Asya sayangkan dia," kata Aina sambil menyembamkan mukanya di badan Amir yang sedang berdiri itu.

Amir mengusap-usap kepala Aina, lembut. "Abang tahu, sayang. Hakimi kuat. Dia akan lawan penyakitnya demi Aina. Lagipun, dia perlu bangun kan, untuk lihat anak dia," kata Amir.

Aina mengangkat mukanya memandang Amir yang sedang tersenyum itu.

Aina segera mengangguk. "Ya, Tengku Hakimi harus bangun. Abang Kimi kena tengok anak kami berdua ni," ucap Aina sambil mengusap-usap perutnya yang masih kempis itu.

Aina telah disahkan mengandung 6 minggu ketika dia sekali lagi jatuh pengsan sewaktu menunggu Tengku Hakimi. Sultan Ismail segera mengarahkan supaya pemeriksaan lanjut dibuat ke atas Aina apabila Aina tidak sedarkan diri itu. Akhirnya, berita gembira yang mereka dapat. Semua orang gembira apabila mendapat tahu Aina telah mengandung.

"Hakimi yang abang kenal, takkan mudah mengaku kalah. So, Asya kena percaya pada Hakimi. Dia kuat. He's strong and will be fight for his family," kata Amir.

"So, Asya kena yakin dengan Hakimi. Yakin yang dia akan sedar semula," kata Amir, memujuk hati Aina.

Aina tersenyum. Dia mengangguk. "Baik, abang."

BEEP! BEEP!

Tiba-tiba mesin yang mengawasi keadaan Tengku Hakimi berbunyi kuat.

Amir segera memeriksa mesin tersebut. Beberapa nurse dan doctor melangkah masuk ke dalam ICU itu, cemas dengan keadaan Tengku Hakimi itu.

"It's not good. We have to treat him as soon as we can," kata Amir.

Kemudian, Amir berkalih memandang Aina. "Asya, Asya kena tunggu kat luar ya."

Aina memandang Amir. Amir menganggukkan kepalanya tanda memberi sokongan bahawa Tengku Hakimi akan baik.

Aina senyum, yakin dengan kemampuan Amir. Dia terus melangkah keluar daripada wad ICU itu. Di luar, ahli keluarganya menerpa ke arahnya, mahu mengetahui keadaan Tengku Hakimi apabila tiba-tiba sekumpulan doctor dan jururawat menyerbu masuk ke wad ICU itu.

"Kenapa, Aina? Apa yang berlaku di dalam?" soal Tengku Juliana sambil memegang lengan Aina.

Aina senyum hambar. "Seperti biasa," jawab Aina, pendek.

Semua yang ada di situ mendoakan kesejahteraan Tengku Hakimi. Masing-masing berharap agar Tengku Hakimi kembali sedar.

Pintu wad itu dibuka dari dalam. Amir melangkah keluar daripada wad itu. Riak wajahnya tidak dapat dibaca oleh ahli keluarganya.

"Macam mana keadaan Hakimi, Mir?" soal Akif, memegang bahu kembarnya.

Amir memandang Akif. Kemudian, satu persatu wajah yang ada di hadapannya diperhatinya. Dia menggelengkan kepalanya.

Semua orang terkelu apabila melihat gelengan Amir itu.

-

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now