"Stalker are not so nice!"
" Kau buat apa tu, Aina?" soal Tengku Juliana apabila tiba-tiba Aina seperti melarikan diri daripada seseorang. Dia telah menyorokkan badannya di bawah meja library.
Aina meletakkan jarinya di mulutnya.
Tengku Juliana dan Aimi memandang pelik apabila melihat telatah Aina yang pelik itu. Mereka memandang ke sekeliling kawasan itu namun mereka tidak nampak sesiapapun yang mereka kenali di situ.
Aina kembali duduk di kerusinya apabila dia berasa yakin sudah tiada sesiapa lagi di situ.
" Kau ni dah kenapa?" soal Tengku Juliana.
Aina hanya tersengih. Dia mengangkat dua jarinya tanda peace.
Aimi memukul kepala Aina.
" What the hell?!" ucap Aina, agak kuat.
Tengku Juliana segera meletakkan jari di mulutnya. Aina dan Aimi tersedar bahawa mereka berada di library ketika itu.
" Sorry," ucap Aina dan Aimi serentak.
Tengku Juliana hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua rakannya itu.
" So, Aina. Explain please," ucap Tengku Juliana sambil memandang tajam ke arah Aina.
Aina tersengih. " That guy, I think he is my stalker. I don't know why but I always see him around me," ucap Aina sambil menunjukkan ke arah seseorang yang sedang mencari buku di rak-rak library itu.
Aimi dan Tengku Juliana segera berkalih ingin melihat rupa pemuda yang dikatakan stalker oleh Aina itu.
" Aish. Jangan tengok lah. Nanti dia perasan yang kita tengah usha dia," ucap Aina.
Tengku Juliana dan Aimi kembali memandang Aina. " Are you serious? Kenapa tak bagitau awal-awal?" soal Tengku Juliana, agak risau apabila mendengar kata-kata Aina itu.
Aina hanya tersenyum. " Well, aku tak rasa yang dia tu bahaya. Sebab dia hanya ikut aku je. So, aku rasa tak perlu kot untuk aku bagitau korang," kata Aina, agak nakal.
Aimi mengetuk kepala Aina.
" Ouch!! Apa ni, Aimi," Aina menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat ketukan Aimi itu.
" Kau ni, saja je nak bagi heart attack kat kitorang. Lain kali, bagitau perkara ni awal-awal. Dan aku tak rasa yang kau betul, Aina. Aku tengok dia tu creepy je," kata Aimi sambil menjeling pandang ke arah lelaki yang disebutkan oleh Aina itu.
" Dia tu pelajar uni kita ke? Tak pernah nampak pun muka dia kat sini," soal Tengku Juliana.
Aina mengangkat bahunya.
" Aku tak tahu. Untuk jawab balik kata-kata kau.." kata Aina sambil memandang ke arah Aimi.
" Selagi aku rasa selamat, selagi tulah aku takkan bagitau perkara ni pada sesiapa," kata Aina sambil tersengih. Aimi tergeleng-geleng melihat telatah Aina itu.
" Pastu, sekarang ni kau rasa kau tak selamat lah? Sebab tu kau bagitau kat kitorang?" soal Tengku Juliana.
Aina tersengih. " Tak lah. Aku just rasa yang aku perlu bagitau kat korang je. Sebab aku rimaslah bila orang ikut aku," luah Aina.
" Habis tu, kau tak rimas bila Adam ikut kau?" soal Aimi.
Aina tersengih. " Itu lain. Aku tak rasa pun yang dia ikut aku. Sebab aku tak nampak langsung kelibat dia dekat dengan aku. Lagipun, aku tahu yang dia cuma ikut aku bila aku ada kat luar uni je. Bila ada kat dalam, dia tak ikut. Maybe sebab ada kau kot," kata Aina.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...