Special Chapter

11.9K 282 17
                                    

"Abang!" laung Aina sambil tangannya ligat mengacau sesuatu di dalam periuk itu.

"Yes, dear," jawab Tengku Hakimi. Dia berjalan masuk ke dalam ruangan dapur itu. Kelihatan kelibat Aina yang sedang sibuk mengacau masakannya.

"Mana semua maid kita?" soal Tengku Hakimi apabila menyedari hanya Aina seorang sahaja di ruangan dapur itu.

Aina pandang sekilas ke arah Tengku Hakimi. "Sya suruh mereka kemas kat luar. Biar Sya yang masak untuk tetamu-tetamu kita dari Malaysia ni," beritahu Aina.

Tengku Hakimi tersenyum. Dia terus mendekati Aina lalu memeluk tubuh Aina dari belakang.

"Ish, abang ni. Sya tengah masak ni," marah Aina.

"La, tadi panggil abang. Sekarang ni, marah pula bila abang ada kat sini," usik Tengku Hakimi.

Aina memuncungkan mulutnya.

Tengku Hakimi ketawa. Dia mencuit hidung Aina. "Don't do that, Aina Natasya. You know I can't resist that," kata Tengku Hakimi.

"Resist from what?"

Tengku Hakimi senyum lalu terus dia mendekatkan mukanya di hadapan muka Aina. Bibir Aina dikucupnya lembut.

"Resist from kissing you," kata Tengku Hakimi sambil tersenyum.

Pipi Aina hangat menahan malu. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah berusia 5 tahun, dia masih lagi malu apabila diperlakukan seperti itu oleh Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi ketawa. Dia sekali lagi mencuit hidung Aina. "Aina Natasya tak pernah berubah. Tetap juga malu bila abang kiss Sya kan?" usik Tengku Hakimi.

Aina menjeling manja ke arah Tengku Hakimi.

"Hah, jeling, jeling. Nanti abang kiss lagi baru tahu," kata Tengku Hakimi.

"Ish, abang ni. Orang tengah sibuk ni lah, dia nak sweet-sweet. Bila tak sibuk, takde pula nak sweet, romantik bagai," rungut Aina.

Tengku Hakimi ketawa. Dia memang sengaja mengusik Aina. Dia suka apabila melihat pipi Aina yang memerah menahan malu.

"Adam sampai pukul berapa?" soal Tengku Hakimi.

Aina memandang jam yang ada di dinding dapur itu. "Dalam pukul satu la kot. Kan dah janji dengan mereka nak makan tengah hari sama-sama," kata Aina.

Selepas kejadian yang berlaku 5 tahun lepas, Aina dan Tengku Hakimi telah menetap di Belgium. Tengku Hakimi terpaksa menguruskan projek hotelnya di Belgium dan memaksanya untuk tinggal di Belgium buat sementara waktu.

Impianputra masih seperti biasa. Tengku Hafizi menggantikan Tengku Hakimi sebagai Putera Mahkota. Tidak lama lagi, Tengku Hafizi akan naik takhta menggantikan Sultan Ismail. Tengku Juliana sudah berkahwin dengan pujaan hatinya, Iskandar.

Manakala, Aimi pula berkahwin dengan Tengku Hafizi. Ya, Tengku Hafizi. Aimi putus tunang, dan Tengku Hafizi terus minta Permaisuri Hafizah meminang Aimi untuknya. Dan sekarang ni, Aimi merupakan Puteri Mahkota Impianputra.

Banyak perubahan yang berlaku selama 5 tahun ini. Aina bahagia dengan kehidupannya bersama Tengku Hakimi.

"Mama, papa," panggil kanak-kanak lelaki.

Aina berkalih memandang kanak-kanak itu. "Ya Allah, Aqil Haikal! Apa yang jadi pada kamu ni?" soal Aina apabila melihat Aqil yang comot itu. Tengku Aqil Haikal, putera sulungnya yang lahir selepas kejadian 5 tahun lepas.

Aina terus menutup api dapur lalu terus pergi ke kanak-kanak itu. Dia terus mengambil tuala basah lalu mengesat kesan warna air yang ada di wajah comel anaknya itu.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now