8 tahun lepas...
"Kalau Kimi nak ke UK, biar Ana ikut sekali. Ana boleh tengok-tengokkan Kimi kat sana," kata Permaisuri Hafizah.
Tengku Diana yang duduk di sebelah Permaisuri Hafizah tersenyum lebar apabila mendengar kata-kata ibu saudaranya itu. Sememangnya dia mahu mengikut Tengku Hakimi ke UK. Namun, ditegah oleh Tengku Hakimi.
"Tapi, bonda..,"
"Biarkan Ana ikut Kimi ke sana. Dia pun mahu merasa kehidupan di luar negara," kata Permaisuri Hafizah.
"Bahaya untuk Ana ikut Kimi ke UK. It's too dangerous," kata Tengku Hakimi.
Tengku Diana menjeling tajam ke arah Tengku Hakimi.
"Ana nak ikut kanda Kimi ke UK juga, bonda," rengek Tengku Diana.
Tengku Hakimi tergeleng-geleng melihat telatah Tengku Diana yang manja itu. Sememangnya Tengku Diana agak manja dengan bondanya, Permaisuri Hafizah memandangkan bondanya yang membesarkan Tengku Diana.
Selepas kemangkatan ayahanda dan bonda Tengku Diana, Sultan Ismail dan Permaisuri Hafizah menjaga Tengku Diana seperti anakanda mereka sendiri. Mereka menyayangi Tengku Diana seperti anakanda mereka.
"Hakimi, just let Ana go with you. There will be bodyguards there. And nobody won't know you there. Only the university knows about your identity," kata Sultan Ismail, tiba-tiba mencelah perbualan antara isterinya dan anak-anaknya.
Tengku Hakimi mengeluh. "Fine, she can go. But, she must follow every instruction that I will give to her," kata Tengku Hakimi.
Tengku Diana menjerit riang apabila mendengar kata-kata Tengku Hakimi itu.
"Thank you, love. And I love you," ucap Tengku Diana.
Tengku Hakimi membeliakkan matanya. Dia memandang ayahanda dan bondanya yang tersenyum-senyum melihat telatah Tengku Diana itu.
Tengku Hakimi dan Tengku Diana sememangnya sudah bertunang selepas mereka menghabiskan persekolahan mereka. Rakyat mereka merestui hubungan mereka malah amat menyokong dengan tindakan Tengku Hakimi yang melamar Tengku Diana untuk dijadikan isterinya.
Tengku Diana segera menarik tangan Permaisuri Hafizah. "Bonda, you have to help me. Kemas barang-barang Ana," kata Tengku Diana, manja.
Permaisuri Hafizah mengangguk. Dia menurut langkah puterinya itu.
Tengku Hakimi tergeleng-geleng melihat telatah manja Tengku Diana itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
5 tahun lepas..
" Kanda Kimi," panggil Tengku Diana yang sedang duduk bersantai itu.
Tengku Hakimi tidak menyedari panggilan Tengku Diana itu.
"Akif!" panggil Sumayyah, agak kuat pula, menarik perhatian beberapa orang pengunjung taman itu.
Akif berkalih mencari arah suara itu. Kemudian, dia tersenyum. Dia mencuit bahu Amir dan Tengku Hakimi menunjuk ke arah Tengku Diana, Sumayyah dan Farah yang sedang melambai-lambai ke arah mereka.
"Dah lama ke ada kat sini, Ana?" soal Tengku Hakimi, mengambil tempat di sebelah gadis yang berkulit putih itu.
Tengku Diana menggelengkan kepalanya sambil tersengih.
"Mana Is?" soal Farah.
"Is? Macam biasa la. Macam la korang tak tahu. Dia tu lebih suka lepak kat bilik. Melukis," jawab Amir.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...