33. Ikut balik kampung

5.7K 230 3
                                    

"Semua orang mengimpikan 'prince charming' yang akan menyayangi dan melindungi kita."


Aina berpeluk tubuh. Dia memandang ke arah ketiga-tiga orang yang ada di hadapannya. Kemudian, dia berkalih ke arah Tengku Hakimi yang sedang tersenyum.

" What are they doing here?" soal Aina.

Tengku Hakimi ketawa. Dia menjungkit bahunya.

Aina memandang ke arah Tengku Juliana, Aimi dan juga Tengku Hafizi yang berada di hadapannya.

" Care to tell me why you are here with all the lugagges?" soal Aina.

Tengku Juliana memeluk lengan Aina. " Ala, takkan kau tak tahu. Kitorang pun ikut lah kau dengan kanda ke Tanjung Besar," kata Tengku Juliana.

Aina menjungkit keningnya. " You didn't tell me yang korang pun ikut. Tengku Hakimi pun tak cakap apa-apa pun pasal ni," kata Aina sambil mengerling ke arah Tengku Hakimi yang tenang.

Tengku Hakimi tersenyum. " Jangan salahkan kami. Kami tak tahu tentang perkara ini. Pagi tadi baru Sara dengan Aimi bagitau kami. Fizi pula memang perlu ikut sebab dia manager untuk project ni," ujar Tengku Hakimi.

Aina mengeluh. " Kenapa korang nak ikut aku eh?" soal Aina sambil memandang ke arah rakan-rakannya.

Tengku Juliana dan Aimi tersengih. " Sebab kitorang nak tengok tempat kau membesar. Kitorang pun rasai suasana kampung," ucap Aimi.

Aina menepuk dahinya. " Both of you.. really..," Aina sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Dia menggenggam erat tangannya kemudian melepaskan.

" Promise me, if anything happen bila kita ada kat Tanjung Besar, don't do anything. Just ignore it," ucap Aina.

Tengku Juliana dan Aimi segera memeluk tubuh Aina. " Sayang kau," ucap mereka berdua.

" Owh, time macam nilah baru nak sayang aku? Selama ni, korang tak sayang aku lah?" soal Aina.

" Kau ni. Ada pula cakap macam tu," kata Tengku Juliana sambil menampar lembut bahu Aina.

Aina ketawa.

Adam mendekati Tengku Hakimi. Dia membisikkan sesuatu di telinga Tengku Hakimi. Tengku Hakimi menganggukkan kepalanya.

Kemudian, dia memandang ke arah mereka semua. " Okay, guys. Kita boleh bertolak dah," ucap Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi mula berjalan ke arah kereta mewahnya Lamborghini yang terletak di hadapannya. Manakala, Tengku Hafizi pula berjalan ke arah kereta Ferrarinya. Tengku Juliana dan Aimi turut berjalan menurut langkah Tengku Hafizi meninggalkan Aina yang termangu-mangu.

" Wait, korang. Aku nak naik dengan sapa ni?" soal Aina.

Tengku Juliana memeluk lengan Aina. " Of course lah dengan aku. Kan kanda Fizi?" soal Tengku Juliana.

Tengku Hakimi mengerutkan wajahnya. " Habis tu, sapa yang nak naik dengan kami? Aimi sudah tentu mahu naik dengan kamu," ucap Tengku Hakimi.

" Aina, boleh kamu naik dengan kanda Kimi?" ucap Tengku Hafizi.

Aina memandang ke arah Tengku Juliana dan Aimi. Masing-masing tersengih.

Kemudian, dia memandang ke arah Tengku Hakimi.

" Takpe ke awak memandu? Awak kan baru keluar daripada hospital?" soal Aina.

Tengku Hakimi hanya tersengih. " No hallah. Amir dah bagi greenlight pada kami. And if kami tak boleh memandu, Aizat ada untuk memandu," ucap Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now