9. Perasaan

6.6K 273 3
                                    


"Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati kita. Jangan dipendam apa yang terbuku dalam hati. Kelak, hidup tak tenteram."


Aina memandang ke arah Tengku Hakimi yang sedang tenang memandu kereta mewahnya itu. Dia telah dipaksa oleh Iskandar dan Tengku Hafizi untuk balik bersama-sama dengan Tengku Hakimi memandangkan hari sudah lewat petang.

" You are coming with me, Aina Natasya," ucap Tengku Hakimi apabila keretanya, Lamborghini sampai dihadapannya.

Aina memandang ke arah Tengku Hakimi. Dia mengangkat keningnya. " Tuanku cakap tuanku takkan paksa saya," kata Aina.

Tengku Hakimi ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu. " Kamu ingat lagi kata-kata kami?"soal Tengku Hakimi.

Aina mengeluh. " Kenapa saya rasa tuanku asyik ketawa je bila ada dengan saya?" soal Aina, hairan dengan telatah Tengku Hakimi itu.

" Because everything that you do will make me happy," ucap Tengku Hakimi.

Tengku Hafizi dan Iskandar sudah tersengih-sengih di belakang Tengku Hakimi. Aina menepuk dahinya. Dia sudah mengagak yang Tengku Hafizi dan Iskandar dapat menangkap apa yang diperkatakan oleh Tengku Hakimi ketika di bilik mesyuarat itu.

" Biarlah Kimi hantar Aina balik. Dah lewat petang ni. Bahaya kalau perempuan macam Aina jalan sorang-sorang," kata Iskandar, lembut.

" Takpe, saya balik sendiri je dr. Selama ni, saya balik ok je. Takde apa-apa pun yang berlaku," bantah Aina.

" Ikut je kanda kami tu, Aina. Kami yakin kanda takkan buat apa-apa pada Aina," ucap Tengku Hafizi.

Aina menggenggam erat tangannya. " Tuanku Hafizi? Kenapa bahasakan diri kami dengan saya?" soal Aina, agak geram. Dia tetap bertanya walaupun dia tahu jawapan yang akan dia dapat hanya akan menambah geram sahaja.

Tengku Hafizi ketawa. " Kamu ni memang berbeza lah," ucap Tengku Hafizi.

" Argh!" jerit Aina, geram.

" Tuanku Hafizi sama je macam tuanku Hakimi. Lagi menambahkan geram lagi ada lah," ucap Aina.

" Dahlah, saya nak balik. Saya pergi dahulu, Yang Mulia Tengku Hakimi, Tengku Hafizi and Dr. Megat Iskandar," ucap Aina sambil berjalan keluar daripada bangunan itu.

" Kanda, pergi kejar Aina," kata Tengku Hafizi.

Tengku Hakimi hanya tersenyum. " Kamu tak payah cakap. Kami akan kejar dia sampai dia mengalah," ucap Tengku Hakimi sambil menaiki keretanya itu.

Dia memandu ke arah bas stop yang berdekatan dengan syarikat itu. Dia membunyikan hon keretanya. Aina tidak mempedulikan hon yang dibunyikan oleh Tengku Hakimi itu. Tengku Hakimi segera membuka tingkap keretanya.

" Better you come in, Aina Natasya. Sebelum kami keluar dan bawa kamu masuk," ucap Tengku Hakimi.

Kebetulan pada masa tu ada ramai orang sedang menunggu bas. Maklumlah baru lepas habis kerja. Semua orang memandang ke arah Aina dan Tengku Hakimi itu.

" Eh, tu bukan Tengku Hakimi ke? Apa yang putera mahkota buat kat sini ye?" soal salah seorang gadis yang berada di situ. Semua orang memandang ke arah kereta Tengku Hakimi itu.

" Aina Natasya. Kami kira sampai tiga. Kalau kamu still berdegil, kami akan turun dan bawa kamu masuk ke dalam kereta ni. Kamu tentu taknak nama kamu dikaitkan dengan nama kami kan?" soal Tengku Hakimi.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now