Assalamualaikum and Hai!
Please support cerita baru sis. Diharap agar korang suka dengan cerita baru ni macam cerita-cerita sis sebelum ^_^
Nah! Sinopsis cerita ni 👇👇
Yasmin Nuraisya seorang pelajar Malaysia yang baru sahaja selesai pengajiannya di Universiti Tokyo telah mengambil keputusan untuk bekerja separuh masa di syarikat rakannya, Aryana Harumi. Dari situ, Yasmin berkenalan dengan abang Aryana, Ayden Takumi. Ada satu peristiwa terjadi lalu Ayden mengambil keputusan untuk menjadikan Yasmin sebagai pembantunya.
Bermulalah kehidupan Yasmin menjadi pembantu Ayden. Melalui keluarga Ayden, Yasmin mengetahui kisah lampau Ayden, kisah yang membuatkannya dingin dan beku. Langsung Yasmin tidak menyangka bahawa Ayden boleh melalui semua itu.
"Awak dingin sebab awak nak lindungi hati awak yang berdarah tu, Ayden Takumi" - Yasmin Nuraisya-
Tanpa diduga, kisah lampau Ayden kembali menghantui mereka. Dua nyawa orang terdekat Yasmin dan Ayden terkorban akibat kisah lampau Ayden itu. Yasmin dan keluarga Ayden menjadi buruan. Pelbagai cara Ayden lakukan untuk selamatkan Yasmin dan keluarganya.
"Kenapa mereka pergi, Fujiwara-san? Saya tak kuat" - Yasmn Nuraisya-
"I'm sorry, I'm sorry, I'm sorry. Semua ni jadi sebab aku, Yasmin Nuraisya" - Ayden Takumi-
Adakah Ayden berjaya selamatkan Yasmin dan keluarganya? Ataupun, dirinya sendiri yang terkorban demi mereka?
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...