36. Bertikam lidah

5.3K 219 9
                                    


"Semua manusia sama sahaja di sisi Allah, yang membezakan mereka hanyalah ketakwaan dan keimanannya."


Aina melangkah keluar daripada rumah itu. Dia memandang ke sekeliling. Dia nampak pasu bunga kesayangan ibunya itu pecah. Kelihatan Amir sedang bertikam lidah dengan Pak Hamid.

Adam dan Aizat sedang menenangkan mereka berdua. Dia terkejut apabila melihat kepala abangnya, Akif berdarah. Dia segera menerpa ke arah abangnya.

" Abang Akif," panggil Aina, agak cemas.

Semua orang berpaling ke arah Aina yang muncul secara tiba-tiba.

" Asya, kan abang cakap, jangan keluar sekali perkara ni tak selesai!!" kata Akif, agak kuat.

" Kalau abang nak marahkan Asya, abang boleh buat kemudian. Abang kena bawa ke hospital ni. Banyak sangat darah keluar," ucap Aina, membalas kata-kata Akif itu.

Akif mengeluh. " Asya, pergi masuk balik ke dalam rumah," ucap Akif, lembut, memujuk adik perempuannya itu.

Aina segera menggelengkan kepalanya.

Pak Hamid menepuk tangannya. " Wow, heroin kita dah ada kat sini. Dah keluar rupa-rupanya. Ingatkan nak suruh abang-abang kesayangan dia selamatkan dia seperti selalu," sindir Pak Hamid.

Pak Hamid segera melangkah mendekati Aina.

Pak Ramli segera menghalang Pak Hamid daripada mendekati Aina. Amir segera berdiri di sebelah Aina, ingin mempertahankan Aina.

" Jangan dekati anak perempuan aku, Hamid," ucap Pak Ramli, agak keras.

" Anak kau? Itu ke anak perempuan kau?" soal Pak Hamid sambil ketawa.

Ketawa Pak Hamid terhenti. Dia memandang ke arah Pak Ramli. " Anak kau tu dah malukan kampung kita. Dah malukan keluarga kau. Kau tak malu ke mengaku dia sebagai anak kau?" sindir Pak Hamid.

" Walau apapun yang orang kata, dia tetap anak aku. Aku takkan biarkan orang lain senang-senang biar orang kata kat anak aku. Dia ..."

" Tapi, dia tu anak pungut. Kau tak tahu asal usul dia. Tu lah, dari dulu lagi aku nasihat pada kau. Dia ni anak malang. Dia takkan beri manfaat pun pada kau. Kenapa lah kau nak sangat kat budak pungut ni? Kau tu bodoh. Sama je dengan isteri kau tu. Bodoh. Tak tahu nak menilai.

Dia ni bukan pengganti anak kau yang dah mati tu. Kau tu bodoh sangat," kata Pak Hamid.

Aina segera bangun. " Pak Hamid jangan nak hina ayah dengan mak saya, ya. Diorang tak bodoh seperti yang Pak Hamid katakan tu. Diorang lagi baik daripada Pak Hamid yang suka burukkan orang lain.

Orang kampung bukannya tak tahu pasal Pak Hamid yang suka menfitnah orang. Sama je macam anak Pak Hamid tu. Dua-dua sama je," kata Aina, agak marah dengan kata-kata Pak Hamid yang menghina keluarganya itu.

Akif segera menarik tangan Aina. " Don't said any words, Aina Natasya. It will worsen the situation," ucap Akif.

Aina ketawa. " Kenapa? Abang takut dengan samseng ni? diorang boleh buat apa? Takkan selama ni abang nak hidup macam ni? Asya dah tak sanggup. Bila Asya balik kampung je, Asya kena duduk dalam rumah je. Tak boleh keluar.

Kenapa? Hina sangat ke Asya ni sampaikan orang kampung taknak tengok muka Asya? Diorang tak tahu apa yang jadi. Diorang hanya orang luar. Jadi, kenapa kita nak kisahkan diorang semua tu?" luah Aina.

Aina memandang Pak Hamid kemudian ke arah semua orang yang berada di situ.

" Saya nak tanya pada Pak Hamid dengan semua orang yang ada kat sini. Kamu semua pernah nampak ke saya buat perkara yang tak senonoh dalam kampung ni? korang pernah tengok? Tak pernah kan?"

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now