53. Pengakhiran

12.2K 271 11
                                    


Ketawa menyelubungi bilik wad VVIP itu. Masing-masing tersenyum senang apabila melihat keadaan Tengku Hakimi yang mulai pulih itu. Tengku Hakimi masih lemah namun tetap bernafas, tetap bernyawa.

Aina tidak pernah meninggalkan Tengku Hakimi sejak Tengku Hakimi sedar daripada komanya itu. Dia seakan-akan tidak mempercayai bahawa Tengku Hakimi sudah sedar dan boleh berbual-bual dengannya.

Sultan Ismail dan Permaisuri Hafizah meminta diri apabila hari sudah mulai lewat. Pak Ramli dan Mak Aini turut mengundurkan diri mereka. Mereka tidak mahu mengganggu Tengku Hakimi yang masih lemah itu.

Tinggal Aina seorang menemani Tengku Hakimi pada malam itu. Tengku Hafizi dan Tengku Juliana sudah lama meninggalkan wad itu memandangkan mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu mereka tunaikan. Begitu juga dengan Amir dan Akif. Masing-masing mempunyai kerja yang perlu mereka selesaikan.

Aina menggenggam erat tangan Tengku Hakimi. Dia tersenyum lebar apabila melihat Tengku Hakimi yang sedang tersenyum.

Tengku Hakimi mengengsot badannya lalu menepuk di tangannya, meminta Aina untuk baring di sebelahnya.

"Taknak lah. Nanti orang lain nampak. Lagipun, abang baru je lepas bangun daripada tidur yang panjang. Sya taknak ganggu abang."

Tengku Hakimi senyum. "Sayang, please. Abang dah lama tak peluk isteri abang ni. Abang rindukan isteri abang ni."

Aina akur. Dia panjat naik ke atas katil yang agak besar itu. Maklumlah, bilik VVIP. Katil pesakit yang disediakan sememangnya besar dan selesa.

Tengku Hakimi segera memeluk tubuh Aina itu. Dia mengucup dahi Aina.

"Sya," panggil Tengku Hakimi lembut.

"Hmm," Aina bermain-main dengan tangan Tengku Hakimi.

"Terima kasih," ucap Tengku Hakimi.

"Terima kasih untuk apa?"

"Untuk segala-galanya. Terima kasih kerana bertahan dengan abang. Terima kasih sebab percayakan abang. Terima kasih kerana tidak pernah putus harap pada abang. Dan yang paling penting, terima kasih untuk anak kita," ucap Tengku Hakimi sambil mengusap-usap perut kempis Aina itu.

Aina tersenyum. Dia mencium dahi Tengku Hakimi, kemudian, beralih pada kedua-dua pipi suaminya itu. Akhir sekali, dia mengucup lembut bibir Tengku Hakimi.

"Sepatutnya, Sya yang berterima kasih pada abang. Kerana bertahan untuk Sya. Kerana lawan penyakit abang. Kerana abang percayakan Sya," ucap Aina, lembut. Dia mengusap-usap pipi Tengku Hakimi.

"Abang jangan takutkan Sya macam tu lagi tau. Serius Sya takut untuk kehilangan abang daripada hidup Sya," kata Aina, perlahan. Dia menekup mukanya di dada Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi memegang kedua-dua pipi Aina, mengangkat muka Aina menghadap wajahnya.

"Abang minta maaf, sayang. Abang terlalu workaholic sampai lupakan kesihatan abang. Abang janji lepas ni, abang takkan buat macam ni lagi dah."

Tengku Hakimi merenung anak mata Aina. Dia senyum. "Lagipun, abang tak sanggup tinggalkan isteri yang abang sayang ni sorang-sorang."

Aina mencebik. "Yelah tu. Sampai tulis surat untuk Sya. Minta maaf segala bagai. Macam tu abang cakap abang tak sanggup tinggalkan Sya," kata Aina, merajuk dengan Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi ketawa. "Sya baca surat tu?"

"Mestilah. Dua orang yang setia dengan abang tu yang bagi."

"Siapa?"

"Siapa lagi kalau bukan Adam dengan Aizat," kata Aina.

Tengku Hakimi senyum. "Untung abang ada mereka berdua kan? Setia sungguh dengan abang," kata Tengku Hakimi.

"Mestilah. Sampaikan bahayakan nyawa untuk selamatkan isteri abang ni," kata Aina.

Akif dan Amir telah menceritakan segala-galanya perkara yang berlaku sepanjang dia koma. Malah, sewaktu dia koma, dia mendengar setiap butir kata-kata orang yang melawatnya.

Tengku Hakimi mengeratkan pelukannya. "Nasib baik ada Adam kan masa tu. Kalau tak, tak tahu apa yang abang nak buat if Sya cedera," kata Tengku Hakimi.

"Sebab tulah, abang kena selalu ada dengan Sya. Abang kena lindungi Sya supaya Sya tak cedera, tak sakit," ucap Aina sambil memandang Tengku Hakimi.

Tengku Hakimi mengangguk. "Abang janji dengan Sya yang abang akan selalu ada dengan Sya. Sampai hujung nyawa abang. Abang janji yang bahagia adalah untuk Sya sahaja," kata Tengku Hakimi.

Aina menggeleng. "Sya taknak abang janji macam tu. Biar takdir yang tentukan hidup kita. Lagipun, Sya taknak abang bahagiakan Sya seorang je. Sya nak abang pun bahagia. Sebab abang dah banyak menderita. Abang perlukan kebahagiaan selama abang hidup."

"Abang bahagia, Sya. Hidup abang dah lengkap. Abang dah ada Sya, ada anak kita ni. Itu dah cukup buat abang bahagia," ucap Tengku Hakimi sambil mengusap-usap lembut perut Aina.

Tangan Aina turut diletakkan di atas tangan Tengku Hakimi. Dia tersenyum apabila Tengku Hakimi mengatakan dia bahagia dengan kehadirannya.

"Agak-agak, anak kita perempuan atau lelaki?" soal Aina.

"Abang tak kisah. Asalkan dia lahir sihat dan sempurna, itu sudah cukup bagi abang," kata Tengku Hakimi.

"Abang tahu kan yang Hafizi ambil alih tempat abang sekarang ni," soal Aina.

Tengku Hakimi mengangguk.

"So, sekarang ni abang nak buat apa?" soal Aina.

Tengku Hakimi memandang Aina. "Abang nak berehat. Selepas abang rehat, abang akan uruskan syarikat bonda. Sya boleh bantu abang kan?" soal Tengku Hakimi.

Aina terus mengangguk. "Sudah tentu abang. Sya akan bantu abang. Ju pun akan tolong abang. Jadi, abang jangan risau."

Tengku Hakimi senyum. "Baik, my dear."

Aina bermain-main dengan jari-jemari Tengku Hakimi. Sesekali dia mengucup lembut tangan Tengku Hakimi. Tengku Hakimi pula senang dengan tingkah laku Aina itu. Dia memeluk tubuh Aina dengan erat.

"Abang cintakan Aina."

Aina senyum lebar. "Sya juga cintakan abang," kata Aina.

Betullah kata orang, kebahagiaan tak dapat dibeli oleh harta kekayaan. Setiap penderitaan pasti Allah gantikan dengan kebahagiaan. Allah sudah janjikan kegembiraan untuk setiap kedukaan yang DIA berikan. Oleh itu, bersabarlah di setiap ujian-NYA. Bertawakkal kepada-NYA kerana hanya DIA yang mampu hilangkan segala kerisauan, kesedihan manusia. La tahzan, innallaha ma'ana. Jangan bersedih, Allah bersama-sama kamu.

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now