"Kadang-kadang kita perlu berikan peluang untuk orang lain jaga kita, jaga hati kita."
Aina kembali sihat seperti sediakala. Masing-masing menarik nafas lega apabila Aina sudah kembali ceria dan sihat. Terutama Tengku Hakimi. Dia sering melawat Aina di hospital. Walaupun sudah lewat, Tengku Hakimi tetap melawat Aina. Aina pula seperti sudah tahu bahawa Tengku Hakimi akan melawatnya, dia akan bersiap sedia untuk menyambutnya.
" Kau menungkan apa tu huh," sergah Aimi.
Aina terkejut dengan sergahan Aimi itu. Dia mengurut dadanya menahan rasa terkejutnya itu.
Aimi dengan Tengku Juliana hanya ketawa apabila melihat telatah Aina itu.
" Korang ni. Suka betul terkejutkan orang," kata Aina.
Tengku Juliana dan Aimi hanya tersengih.
" Kau buat apa kat sini?" soal Aimi.
" Nape? Aku tak boleh ada kat sini?" soal Aina.
" Takde lah. Selalunya payah nak ajak kau ke sini," ucap Aimi sambil mengambil tempat di hadapan Aina itu.
" Aku bosanlah duduk kat library je. Tu yang aku datang sini. Menghirup udara petang kat taman ni," kata Aina.
Aimi dengan Tengku Juliana tersenyum apabila mendengar kata-kata Aina itu. " Tau pun bosan. Selalunya, bila kitorang ajak kau ke sini, macam-macam alasan yang kau bagi," kata Tengku Juliana.
Aina tersenyum. " Ya, ya. Aku tahu. Aku memang macam ni," ujar Aina, sambil tersenyum.
Tengku Juliana memandang ke sekeliling taman itu. Kemudian, dia memandang ke arah Aina.
" Aina, kau tahu tak yang selama ni kau diekori?" soal Tengku Juliana.
Aina dan Aimi pandang pelik. " Apasal kau cakap macam tu?" soal Aina.
Tengku Juliana menunjukkan ke arah seorang pemuda yang duduk di kerusi yang berdekatan. Lelaki itu perasan apabila Tengku Juliana menunjuk ke arahnya. Dia segera bangun lalu menundukkan badannya sedikit.
Tengku Juliana hanya mengangkat tangannya, menyapa lelaki itu.
Aina memandang Tengku Juliana. " Kau kenal ke?" soal Aina.
" Tu bukan Adam ke? Pembantu kanda Kimi?" soal Aimi.
Tengku Juliana menganggukkan kepalanya. " Yup. Faizal yang bagitau kat aku yang Adam sentiasa ada dengan kau. Waktu kau pengsan ari tu pun, Adam ada. Rasanya Adam yang bagitau kat kanda Kimi yang kau sakit," beritahu Tengku Juliana.
Aina membeliakkan matanya. " Kenapa? Kenapa Tengku Hakimi letakkan pembantu dia kat aku?" soal Aina.
Tengku Juliana menjungkitkan bahunya. " Sebenarnya, aku pun tak tahu. Sejak kebelakangan ni, sikap kanda banyak yang lain. Selalu tersenyum. Dah tak macam dulu. Asyik tegas je. Kanda Fizi pun cakap macam tu.
Kalau kat company tu, semua orang senang dengan perubahan kanda Kimi. Sebab tak perlu menghadap muka masam dia," ucap Tengku Juliana sambil mengajuk muka Tengku Hakimi.
Aimi dan Aina ketawa apabila melihat telatah Tengku Juliana yang mengajuk Tengku Hakimi itu.
" Agaknya, dia berubah sebab kau kot. Sebab dia rasa yang kau tak suka orang yang serius macam dia," ucap Tengku Juliana. Aina tidak mempedulikan kata-kata Tengku Juliana itu.
Aina memandang sekeliling taman itu. Dia hanya mendengar sahaja kata-kata Tengku Juliana itu. Tiba-tiba, riak wajah Aina berubah. Tengku Juliana dan Aimi perasan riak wajah Aina yang berubah tu. Mereka memandang ke arah pandangan Aina itu.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...