"Insecure shouldn't be in the relationship as it would only give you problems at the end."
Tengku Hakimi meletakkan telefon bimbitnya di meja sebelah katilnya itu. Dia berjalan ke arah tingkap besar yang ada di kamarnya itu. Dia duduk di bahagian tingkap itu. Sebelah kaki kirinya berjuntai ke bawah manakala sebelah lagi kakinya di atas bahagian rata tingkap itu. Dia meletakkan tangan kanannya di lutut kanannya itu.
Tengku Hakimi mengeluh. Dia memandang ke arah langit yang cerah ditaburi bintang itu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk orang.
Pintu biliknya dibuka dari luar. Tengku Hafizi hanya tersengih sambil melangkah masuk ke dalam kamar kandanya itu. Tengku Hakimi kembali memandang ke arah luar tingkap apabila melihat kelibat Tengku Hafizi di hadapan pintu kamarnya itu.
" Apa yang kanda buat? Tak tidur lagi?" soal Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi hanya menggelengkan kepalanya. " Kamu pula? Kenapa tak tidur lagi ni?" soal Tengku Hakimi.
Tengku Hafizi mengambil tempat di sofa yang ada di tepi tingkap itu. " Kami baru je siapkan kertas kerja untuk project di Amanjaya. Kami lalu depan bilik kanda pastu, tengok lampu kamar kanda still menyala. Tu yang kami datang ni," kata Tengku Hafizi.
" Amanjaya?" soal Tengku Hakimi. Dia bangun daripada duduknya lalu mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Tengku Hafizi.
" Ya. Amanjaya. Kan lepas ni kita nak pindahkan headquarters kita ke Amanjaya? Kami buat proposal untuk kanda luluskan," beritahu Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi segera menganggukkan kepalanya. " Betul jugak tu. Pastu, dah siap proposal tu?" soal Tengku Hakimi.
Tengku Hafizi menganggukkan kepalanya. " Esok, kami bawa pada kanda. Yang tu boleh selesaikan esok. Sekarang ni, kami nak tahu masalah kanda. Kenapa kanda tak tidur lagi?" soal Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi hanya tersenyum hambar. " I don't know, Fizi. Kami tak tahu apa yang patut kami lakukan, Fizi," kata Tengku Hakimi.
" Maksud?" soal Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi mendiamkan dirinya.
Tengku Hafizi mengeluh. " Ni mesti pasal Aina Natasya kan?" soal Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi memandang Tengku Hafizi.
" Betul kan tekaan kami?" soal Tengku Hafizi lagi apabila tidak mendapat jawapan daripada Tengku Hakimi.
Tengku Hafizi ketawa apabila melihat riak wajah Tengku Hakimi yang berubah itu.
" Buat apa kanda nak risaukan. Kalau betul, Aina tu jodoh kanda, dia takkan lari ke mana. Pelik lah kanda ni. Masalah company, masalah negara. Semuanya kanda boleh selesaikan. Perkara ni kecil je lah, kanda. Kami tak rasa yang kanda patut risau," ucap Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi memandang Tengku Hafizi yang sedang ketawa itu.
" Kami tengah serius, dia boleh gelak pulak," ujar Tengku Hakimi, agak geram dengan Tengku Hafizi.
" La, betul apa yang kami katakan ni. Jangan risau, kanda. Dia takkan lari ke mana," ucap Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi mengeluh. " Kami risau, Fizi," ujar Tengku Hakimi, perlahan.
Tengku Hafizi memandang ke arah kandanya. " Risaukan apa? Risau Aina dibawa lari oleh orang lain?" soal Tengku Hafizi.
Tengku Hakimi menggelengkan kepalanya. Dia mengangkat kepalanya, memandang ke arah Tengku Hafizi.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...