"Jangan membuat keputusan selagi kita tak pasti dengan akibat keputusan yang diambil itu."
Hakimi mengeluh. Dia berjalan ke arah kerusi yang didudukinya tadi. Dia terduduk. Tangannya meramas-ramas rambutnya itu. Lama dia berkeadaan begitu.
Tengku Hakimi mengangkat kepalanya.
" Aizat," panggil Tengku Hakimi.
Aizat yang sememangnya ada di sebalik pintu taman itu segera berjalan mendekatinya.
" Ya, tuanku," jawab Aizat. Dia mengambil tempat di sebelah Tengku Hakimi apabila Tengku Hakimi mengarahnya untuk duduk.
Tengku Hakimi memandang Aizat. " Awak rasa saya ni kejam ke?" soal Tengku Hakimi.
Aizat telah berkhidmat dengannya sejak dia dari kecil lagi. Begitu juga dengan Adam. Mereka tahu apa yang terjadi pada Tengku Hakimi lebih daripada orang lain. Mereka agak rapat dengan Tengku Hakimi memandangkan usia mereka hanya mempunyai jarak 5 tahun sahaja.
Aizat tersenyum. " Saya tak rasa saya boleh jawab pertanyaan tuanku itu," ucap Aizat.
Tengku Hakimi mengeluh. " Just answer my question, Aizaat. Macam lah awak tak biasa dengan saya," kata Tengku Hakimi.
" Kadang-kadang je, tuanku. Tapi, kalau soal Cik Aina, saya setuju. Tuanku agak kejam," kata Aizat tanpa berselindung.
" Kenapa?"
" Sebab tuanku gunakan Cik Aina untuk lupakan Tengku Diana," ucap Aizat.
Tengku Hakimi memandang ke arah Aizat.
" Maaf, kalau kata-kata saya ini akan membuatkan tuanku terasa hati. Tapi, saya rasa tuanku ambil keputusan yang terburu-buru dengan melamar cik Aina. Tuanku sendiri tak tahu latar belakang Cik Aina bagaimana. Saya tak hairan satu hari nanti tuanku akan menyesal dengan keputusan tuanku," ucap Aizat, serius.
Tengku Hakimi mengeluh. " Awak sama je macam Is. Kata saya memilih Aina kerana nak lupakan Diana," ucap Tengku Hakimi.
" Betul kata-kata saya, tuanku. Bagi kami, orang luar dalam hidup tuanku, kitorang nampak yang tuanku memilih cik Aina kerana desakan keluarga tuanku. Dan juga untuk melupakan Tengku Diana.
Saya dengan Adam dah lama berada di sisi tuanku. Dan kami tahu apa yang terjadi dalam kehidupan tuanku. Kitorang tahu yang tuanku amat susah untuk lupakan Tengku Diana. Tapi, tuanku kena move on," ucap Aizat, panjang lebar.
" Sebenarnya, tuanku tak salah. Memilih cik Aina sebagai pasangan hidup. Namun, yang menjadi kesalahannya ialah dalam hati tuanku masih ada Tengku Diana. Dan saya tak nafikan yang cik Aina tak layak untuk tuanku.
Status tuanku dengan cik Aina sangat-sangat berbeza. Sebab, cik Aina hanyalah rakyat biasa sedangkan tuanku seorang putera yang satu hari nanti bakal memerintah negara ini," nasihat Aizat, serius.
" Tapi, bonda pun datang dari kalangan orang biasa," kata Tengku Hakimi.
" Ya, memang. Permaisuri Hafizah datang daripada kalangan orang biasa. Tapi, sekurang-kurangnya keluarganya merupakan keluarga ternama. Baginda sendiri mempunyai keturunan yang sangat dihormati di Impianputra. Berdarah campur dan keluarganya sendiri mempunyai perniagaan sendiri.
Saya bercakap begini bukan untuk mengubah fikiran tuanku, tapi, ini adalah kebaikan tuanku dan cik Aina juga," kata Aizat.
" Awak kata Aina tak layak untuk saya? Tapi, saya rasa saya yang tak layak untuk Aina, Aizat," kata Tengku Hakimi.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...