29. 23 tahun dulu...

5.3K 220 3
                                    


"Jangan bersikap terburu-buru. Nanti menyesal di kemudian hari." 


Aina meletakkan cawan di atas meja kaca. Dia memandang ke arah Tengku Juliana sedang menundukkan kepala mereka. Kemudian, pandangannya jatuh pada pasangan suami isteri yang berada di hadapannya itu.

" Saya minta diri dahulu, tuanku," ujar Aina. Dia tidak mahu menganggu perbualan mereka apabila melihatkan riak wajah mereka yang serius itu.

" No. Please, take a seat, Aina Natasya," arah Sultan Ismail, lembut.

Aina hanya menurut arahan Sultan Ismail itu. Dia mengambil tempat di sebelah Tengku Juliana. Aina mengerling ke arah Tengku Juliana yang sedang memandang ayahanda dan bondanya itu.

" Aina Natasya. Beta sudah mendengar pelbagai cerita tentang kamu dan hubungan kamu dengan putera-putera dan puteri beta. Baru sekarang beta dapat berjumpa dengan kamu, Aina," ucap Sultan Ismail.

Aina hanya tersenyum. Dia tidak tahu bagaimana untuk menbalas kata-kata Sultan Ismail itu.

" You are beautiful, Aina. And wajah kamu mengingatkan beta dengan seseorang," kata Permaisuri Hafizah. Dia merenung ke arah Aina.

" Betul kan apa yang kami katakan? She really looks like kanda Diana," ucap Tengku Juliana.

Aina tersentak apabila mendengar nama itu. Adam pernah memberitahu tentang Tengku Diana, bekas tunang Tengku Hakimi. Dia sendiri agak terkejut apabila Adam memberitahu bahawa dia menyerupai Tengku Diana itu.

" Terima kasih di atas pujian itu, tuanku. Saya tak layak untk menerima pujian daripada tuanku," balas Aina.

Sultan Ismail dan Permaisuri Hafizah ketawa apabila mendengar kata-kata Aina itu.

" Betul lah kata anakanda. She really not a normal girl. Memang tepat pilihan Hakimi, kan, kanda?" soal Permaisuri Hafizah sambil memandang ke arah Sultan Ismail. Sesekali matanya mengerling ke arah Aina.

Aina terkedu. Dia tidak menyangka bahawa Tengku Hakimi ada memberitahu kepada bonda dan ayahandanya tentang proposalnya itu.

" Tengku Hakimi ada bagitahu pada tuanku ke? Pasal perkara ni?" soal Aina.

Sulatan Ismail hanya tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya. " Nope. But, I know what is exactly in my prince's mind. When I looked at you, Aina Natasya."

Permaisuri Hafizah turut menganggukkan kepalanya. " Kalau kamu bukan pilihannya, masakan dia terima kamu sebagai designer untuk projeknya di UK itu. Dan juga dia takkan habiskan duit untuk menutup media daripada menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar tentang kamu."

" Apa maksud bonda?" soal Tengku Juliana. Dia juga ingin tahu apa yang diperkatakan oleh bondanya itu.

Permaisuri Hafizah tersenyum. Dia memandang ke arah puteri tunggalnya itu.

" Sarah tak hairan ke apabila tiada satu pun cerita tentang Aina di dada akhbar?" soal Permaisuri Hafizah.

Tengku Juliana terpinga-pinga.

Permaisuri Hafizah menyambung lagi. " Sarah dah lupa ya bahawa kita sentiasa diperhatikan? Kenapa tiada satu pun cerita tentang kanda kamu dengan Aina?" soal Permaisuri Hafizah.

" Owh! That's why lah, hubungan Aina dengan kanda Kimi tak diketahui oleh orang ramai," Tengku Juliana menepuk tangannya memahami apa yang diperkatakan oleh bondanya itu.

Aina segera memintas kata-kata Tengku Juliana itu. " Apa maksud kau? Hubungan kami berdua? Kitorang hanya majikan dan pekerja sahaja."

Tengku Juliana tersenyum nakal. Dia mengangkat keningnya. " Do you think so? How about kanda Kimi?"

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now