"ABANG!!" panggil Aina.
Tengku Juliana yang ada di sisi Aina terus menerpa ke arah Aina. Dia terus memeluk tubuh Aina.
"Abang Kimi mana, Ju?" soal Aina apabila menyedari Tengku Juliana berada di dalam bilik wad itu.
"Operation kanda Kimi is finished. Now, they just need to watch his condition," beritahu Tengku Juliana.
"Aku ada kat mana ni?" soal Aina.
Tengku Juliana senyum. "Kau pengsan tadi. Ayahanda arahkan supaya kau dibawa dan dirawat di wad VVIP."
Aina mahu bangun daripada katilnya. Dia ingin mencabut IV drop yang ada di tangannya itu.
"Kau nak pergi mana?" tanya Tengku Juliana sambil menghalang tindakan Aina yang mahu mencabut wayar yang ada di tangannya itu.
"Aku nak pergi jumpa abang Kimi," kata Aina.
Tengku Juliana menggelengkan kepalanya. "No, kau kena banyak rehat. Doktor nasihatkan kau supaya banyakkan rehat and don't think too much. It'll affect your health, Aina," kata Tengku Juliana.
Aina mengeluh. Dia kembali duduk di katil wad itu.
"Abang Kimi akan okay?" soal Aina, memandang Tengku Juliana penuh mengharap.
Tengku Juliana tidak menjawab. Dia baru sahaja berjumpa dengan Amir. Amir sendiri menerangkan bahawa keadaan Tengku Hakimi. Mereka tidak pasti sama ada Tengku Hakimi akan sedar semula.
"Tell me, Ju. Abang Kimi okay kan?"
Tengku Juliana mengeluh. "Kanda Kimi koma. Mereka tidak tahu bila kanda Kimi akan sedar. Sekarang ni, dia ada di CCU. Kita tak boleh melawatnya lagi. Keadaannya belum stabil," ucap Tengku Juliana, menahan sebak.
Aina terkelu. Dia teringat kembali mimpinya yang berjumpa dengan Tengku Hakimi.
"No! Abang Kimi akan baik. Dia akan sedar. Dia kan kuat," kata Aina, yakin dengan kekuatan Tengku Hakimi.
Tiba-tiba pintu wad VVIP itu dibuka dari luar. Akif melangkah masuk ke wad itu sambil menolak kerusi roda ibunya.
"Asya," panggil ibunya, Mak Aini. Akif segera menolak ibunya mendekati Aina yang sedang duduk di atas katilnya.
Aina segera memeluk ibunya. "Mak..abang Kimi," ucap Aina. Air matanya kembali jatuh di pipinya.
Mak Aini menyeka air mata anak gadisnya itu. "Sabar, sayang. Semua ni takdir Allah, sayang. Asya kena sabar. Kena kuat untuk Hakimi," pujuk Mak Aini, lembut.
Aina menangis teresak-esak di bahu ibunya itu. Akif hanya memerhati Aina dan ibunya itu. Sesekali dia mengusap-usap belakang Aina.
Tengku Juliana yang selama ini menahan dirinya daripada menangis turut menitiskan air mata apabila melihat Aina yang lemah di hadapannya.
Akif memegang bahu Aina. "Abang nak pergi jumpa Amir kejap. Nanti abang datang balik lepas abang dapat berita daripada dia, hmm, sayang?"
Aina mengangkat kepalanya daripada bahu ibunya. Dia mengangguk. Dia masih lagi lemah untuk bergerak mengikut Akif berjumpa dengan Amir.
Akif melangkah keluar daripada wad itu. Aina hanya memerhati sahaja kelibat Akif yang menghilang di sebalik pintu wad itu.
--------------------------------------------------------------
"Amir," panggil Akif yang ternampak kelibat Amir bersama-sama dengan Tengku Hafizi dan Sultan Ismail.
Akif menunduk hormat terhadap Sultan Ismail dan Tengku Hafizi.
YOU ARE READING
Bahagia Untuk Awak
RomanceBagi Aina Natasya, dia tidak layak untuk bahagia atas sebab-sebab tertentu. "Saya tak layak untuk dapat kebahagiaan." -Aina Natasya Namun, Tengku Hakimi datang untuk merawat hati Aina yang terluka. "Because you like the star to me. Cantik tapi susah...