28. Beritahu

4.7K 208 1
                                    


"Bila seseorang pergi dalam hidup kita, baru kita rasa betapa pentingnya dia dalam hidup kita."


Aina melangkah masuk ke dalam kondominium mewah Tengku Juliana itu. Suasana agak sunyi memandangkan Tengku Juliana dan Aimi tiada di kondo tersebut. Tengku Juliana telah memberitahunya bahawa dia akan berada di Kediaman Rasmi untuk beberapa hari apabila Aina memberitahu yang dia mahu pulang pada hari Isnin.

Aina meletakkan barangnya di biliknya. Dia menghempaskan badannya di atas katilnya yang empuk itu. Dia mengeluh.

Dia teringat kembali kata-kata abang-abangnya mengenai Tengku Hakimi sewaktu mereka menghantarnya pulang ke Amanputra. Amir dan Akif yang menghantarnya ke Amanputra kerana mereka mempunyai urusan di sini. Mereka mahu menziarahi rakan mereka yang sakit.

" Ingat pesanan abang ni. Kalau boleh, Asya janganlah layan Tengku Hakimi dengan kasar," ucap Amir, lembut.

" La, kenapa pula? Dia kawan Asya. So, suka hati Asya lah nak layan dia macam mana," ucap Aina, agak berang dengan permintaan Amir itu.

" Aina Natasya," panggil Akif. Akif sememangnya tidak menyukai apabila Aina meninggikan suaranya.

" Maaf," ucap Aina.

" Abang just nak Asya hormat pada dia. Dia tu Tengku Mahkota. Ingat abang tak tahu ke yang Asya layan dia macam mana," kata Amir.

Aina tersenyum sinis. " La, Asya layan dia dengan hormat apa. Abang sendiri tengok macam mana Asya layan dia masa kat kampung hari tu," kata Aina.

" Layan dengan hormat dengan layan dengan sinis, lain maksudnya. Ingat abang tak tahu yang Aina bersikap sinis dengan Tengku Hakimi?" soal Akif.

" Pastu, abang nak Asya layan macam mana lagi? Abang bukannya kenal dengan Tengku Hakimi pun sampai abang nak bela dia macam tu," bangkang Aina.

" Kalau abang kata abang kenal dengan Tengku Hakimi, macam mana? Asya percaya?" soal Amir pula.

Aina membeliakkan matanya. " Tipulah. Macam mana abang kenal dengan dia?" soal Aina.

Amir berpandangan dengan Akif. Akif menganggukkan kepalanya. Mereka telah bersetuju untuk memberitahu kepada Aina bahawa mereka sememangnya mengenali Tengku Hakimi dengan lebih rapat.

"Kitorang kenal dengan Tengku Hakimi sebelum Asya kenal dengan dia lagi. Kitorang tahu hati budi dia," jelas Akif.

Aina tidak mempercayai kata-kata abang-abangnya itu.

" It's true. Walaupun kitorang kenal melalui orang yang berlainan, kami amat rapat dengan Tengku Hakimi. Abang percayakan dia seperti mana dia percayakan abang dalam urusan sekolah asrama yang abang uruskan tu. Dialah pengasas sekolah asrama tu," kata Akif lagi.

" Yeah, that's right. Tengku Hakimi seorang yang baik. Dan untuk kitorang kehilangan dia sebagai seorang sahabat, kitorang tak sanggup. Dia terlalu baik," ucap Amir.

Aina mengeluh. " Abang tahu kan macam mana Asya berinteraksi dengan lelaki yang Asya tak kenal. Asya takut," luah Aina.

Amir tersenyum. " Yes, I know. I'm your doctor, Asya. And I think it's better for you to learn by interaction between you and Kimi. Both of you had gone through so many in your life. You know the difficulties in life and he also knew about that," kata Amir.

" Abang cakap senang lah. Abang bukan ada kat tempat Asya," kata Aina.

" Ya, betul kata Asya tu. Tapi, Asya kena ingat. Asya kena berani untuk berdepan dengan masalah Asya. Jangan asyik larikan diri bila masalah datang," tingkah Akif.

" Please, Asya. Listen to us. Don't ignore what we are saying. Semua ini untuk kebaikan Asya juga. Abang tak sanggup nak tengok Asya jadi macam tu lagi. Cukuplah sekali je Asya jadi macam tu," tambah Amir.

Akif turut menganggukkan kepalanya.

Aina hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu kata-kata abangnya itu benar belaka. Tapi, dia juga tahu, untuk melaksanakan permintaan abangnya agak susah.

Akif memegang bahu Aina. " Abang just taknak Asya menyesal satu hari nanti. Tengku Hakimi seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang tak kisah kalau Tengku Hakimi mahu memperisterikan Asya."

Aina memandang Akif dengan pandangan tidak percaya. Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya yang agak panas. Dia mengalihkan pandangannya ke arah persekitaran yang hijau itu. Dia tidak mahu meninggikan suara pada Akif.

Amir segera memegang bahu Akif. Dia mendekatkan mulutnya pada telinga Akif.

" Akif, please. Jangan bangkitkan perkara yang hanya kita sahaja tahu. Biar Asya tahu sendiri," bisik Amir, perlahan.

" Wh.. what did you mean, abang Akif?" soal Aina, tergagap.

Amir segera menjauhkan dirinya dengan Akif apabila Aina kembali berpaling ke arah mereka berdua.

Akif hanya tersenyum hambar. " Just ignore what I'm saying, Asya. It is just my selfish request."

Aina mengeluh. " Abang tahu tak, semua perkara yang abang baru je bagitau pada Asya, sangat-sangat mengejutkan. Kenapa baru sekarang abang nak bagitahu tentang semuanya? Kenapa baru sekarang abang beritahu yang abang berkawan dengan Tengku Hakimi?

Dan kenapa abang tak bagi Asya berkawan dengan Tengku Juliana sedangkan abang boleh berkawan rapat dengan Tengku Hakimi?" soal Aina, bertalu-talu.

Amir dan Akif berpandangan. Mereka mengeluh serentak. " Can we discuss this later on? We already late to visit our friend at hospital," pinta Amir, lembut.

Aina mengeluh. Dia hanya mengangguk lemah. Dia tahu abang-abangnya mengelak untuk berbicara tentang perkara itu. Dia tahu ada perkara yang abang-abangnya sembunyikan.

" Kitorang pergi dahulu. Asya pergilah naik atas dulu. Kalau ada apa-apa, abang call Asya. Asya pun sama. Rajin-rajinlah call mak dengan ayah kat kampung tu," suruh Akif.

Aina menganggukkan kepalanya. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan abang-abangnya itu.

" Abang pergi dulu. Assalamualaikum," ucap Amir.

Akif dan Amir segera memasuki kereta mereka itu. Mereka melambai-lambai tangan mereka lalu kereta tersebut mula bergerak meninggalkan perkarangan blok kondominium itu.

Lamunan Aina terganggu apabila dia mendengar loceng rumah tersebut berbunyi.

" Siapa yang datang ye? Aimi dengan Ju mesti ada kunci. Diorang takkan bunyikan loceng kalau diorang nak masuk," kata Aina, sendirian.

Dia segera bangkit daripada katilnya itu lalu mula berjalan ke arah pintu kondominium itu.

~~~~~~~~~~~

Author's note:

Siapa yang datang tu? Perlu ke Aina ikut nasihat abang-abangnya tu?

Please leave a comment and vote this chapter :-)

Bahagia Untuk AwakWhere stories live. Discover now