Suasana hingar bingar di kantin itu tak dihiraukan oleh mereka . Masing-masing leka dengan makanan yang baru dibeli . Perut yang berkeroncong mesti diisi . Sofea Najwa bersama-sama sahabatnya sibuk berceloteh menceritakan hal masing-masing . Kayla Izzati , Syakilah Elliana , Juwairiah Yasmin , Imanina Irdina , Tengku Anis Eryna , Aisah Belinda dan Mya Shafiqah dipandang satu persatu . Inilah sahabat dunia akhirat Sofea Najwa .
Dia menyambung acara makan yang tergendala . Selesai makan , mereka berjalan sambil bergurau senda menuju ke koperasi sekolah , satu tempat yang wajib disinggah selepas rehat .
"Weh , nak makan apa ni ? Aku mesti beli gula-gula . Al-maklumlah lepasni aku akan mengadap muka cikgu BM kesayangan korang tu. " Giat Sofea Najwa .
"Berdosa lah kau ni Fea . Tapi kau memang patut beli . Aku jamin kau akan mengantuk lepasni ."
"Bangang punya kawan . Dah , korang ni sampai esok pun tak habis . Jom naik kelas ."
Dalam perjalanan ke kelas , mereka tidak henti berbual . Perempuan kan . Gosip sana , gosip sini .
"Weh , apa cita dengan pakwe kau yang nama Nazmi tu ? Dah break up ke apa ?"
Soalan Elliana tidak asing bagi mereka . Bukan sehari dua mereka mengenali Fea . Bertukar-tukar pasangan itu tidak lagi menjadi pelik bagi mereka . Kisah silam Fea banyak mengubah sikap Fea . Mereka bernasib baik kerana Fea masih bersikap seperti sediakala apabila bersama mereka .
"As usual , aku takkan stick with one person la . "
Ringkas balasan aku namun cukup untuk menutup mulut mereka dari terus bertanya . Aku ni bukan boleh kira sangat , datang mood baran aku ni habis semua kena maki nanti . Satu peringatan , jangan kerap bertanya melainkan aku sendiri yang ingin bercerita . Hehehe . Teruk gak perangai aku .
Sofea Najwa dan rakan-rakannya sedang bergelak tawa . Kalau semua dah berkumpul alamatnya kecohla mulut masing-masing . Tiba-tiba mereka lihat pelajar lelaki . Berpakaian putih , tidak berlencana , handsome , tinggi dan cukup pakej dan semuanya terpaku . Pelajar tu segan kerana menjadi perhatian .
"Fea , seems like you gonna have new soulmate . "
Rakan-rakannya mula mengusik . Botol air yang dipegangnya dibaling ke arah Kayla , tepat mengenai kepalanya . Nasib baik botol air tu kosong . Mengaduh kesakitan Kayla . Geram betul dia dengan Fea . Suka hati je baling kat kepala , nasib baik tak bengong kepala dia .
Masa rehat yang hampir tamat menyebabkan mereka tak sempat untuk bergosip mengenai pelajar baru itu .
Fea mengeluh bosan . Guru subjek kimianya tidak hadir pada hari itu . Dia malas untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh gurunya . Dia terkenangkan lelaki tadi . Bertuahnya dia andai dia dapat memiliki lelaki itu . HAHAHAHA . Berangan je Fea ni . Sofea Najwa gelak seorang diri menyebabkan classmatenya memandang dia dengan muka pelik . Last2 dia keluar dengan alasan hendak ke tandas . Padahal pergi menerewang tempat lain . Biasalah . Dia keseorangan . Gengnya tidak sekelas dengan dia kerana dalam kalangan mereka hanya Fea yang mengambil subjek Biologi manakala yang lain memilih untuk mengambil Rekacipta .
Sofea Najwa bosan berjalan berseorangan . Langkahnya dihala ke arah koperasi sekolah . Air mineral sejuk dipilih . Tekaknya yang kering perlu dibasahkan . Sedang dia ralit meneguk air sambil berehat di kerusi batu , cikgu Katrina datang dan menyuruhnya untuk menjadi pemandu arah kepada pelajar lelaki ke kelas barunya . Fea hanya mengangguk lantas bangun dan mula berjalan . Fikirannya mula memikirkan sesuatu . Dia perlu memulakan perkenalan ini .
"Hai , nama saya Fea . Sofea Najwa Binti Ahmad Tahir . Awak ni student baru eh ? Awak dapat kelas mana ?"
"Hai , nama saya Raykal Nashran Bin Dato' Azman . Aah , saya baru dapat tawaran ke sekolah ni . Saya dapat kelas 4 Delta . Nice to meet you."
"Whatttttt ? Whoaaa . In that case , we are gonna be classmate bro . Welcome to this school and to our class . Harap awak selesa berkawan dengan saya"
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...