Persekolahan berjalan seperti biasa . Rutin harian yang dijalani oleh murid demi mencapai kejayaan di dunia ini . Guru silih berganti masuk mengajar tanpa henti .
Sofea Najwa hanya diam tidak berkutik . Dia diam seribu bahasa . Tiada mood untuk melayani karenah rakan-rakannya . Guru subjek Matematik mereka tidak dapat hadir kerana sakit . Maka riuh la kelas mereka dengan gelak tawa dan bual bicara anak-anak kelas 4 Delta . Sofea hanya termenung memandang papan putih yang penuh dengan contengan guru yang mengajar subjek sebelum itu .
Dia bosan lalu bangun dan mengayunkan kaki ke arah papan putih . Serabut kepalanya melihat contengan di depan ni . Tiba-tiba Nashran datang ke arahnya dan membantu .
"Najwa , pendeknya awak ni . Cuba makan calcium , mesti tinggi macam saya ." Usik Nashran.
Buat masa sekarang , Nashran hanya rapat dengan Sofea Najwa . Sikap Sofea Najwa yang ramah membuatkan dia selesa untuk berkawan dengannya . Selesai tugasnya .
"Ish , awak ni kan Nash kalau sehari tak usik saya memang tak aman hidup awak . Saya baling dengan duster ni kang baru berbirat muka tu . Biar padan muka". Cemberut muka Sofea Najwa tapi hatinya berbunga-bunga .
Masakan tidak , Raykal Nashran seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai pujaan malaya boleh berkawan dengannya . Mukanya putih bersih , hidung mancung , berjambang nipis dan berbibir nipis . Sungguh indah ciptaan Allah .
"Okey , saya tak kacau dah . Janji . Jom !".Ajak Nashran .
Sofea Najwa yang kian memahami dengan perangai Nashran terus meletakkan duster dan membetulkan tudungnya . Salah satu faktor mereka menjadi rapat adalah mempunyai hobi yang sama . Masing-masing akan turun membeli air atau makanan apabila tiada guru di kelas .
Sesi persekolahan tamat tepat jam 2 petang . Sofea Najwa dan rakan-rakannya beriringan menuju ke kantin . Sudah menjadi kemestian kepada mereka untuk berkumpul di kantin selepas waktu pulang kerana tidak mahu bersesak dengan pelajar-pelajar lain . Mereka akan pulang setelah suasana reda .
Sedang masing-masing berbual itu dan ini , Nashran tiba-tiba datang dan menarik tudung Sofea . Menjerit kecil gadis itu . Pantang betul ada orang sentuh tudung aku ni haaa . Gumam Sofea . Tak lain tak bukan ada la tu hajat dia datang tu , umpat Sofea dalam hati .
"Waa , teman saya boleh ?."
"Pergi mana ? Alaaaaaa , sibuk jela dia ni ".
"Teman saya ke bandar kejap . Papa saya pesan suruh belikan barang untuk dia ".
Sofea Najwa yang terasa dirinya diperhatikan terus mengangkat muka daripada membetul tudungnya . Rakan-rakannya memandangnya dengan penuh tanda tanya . Sape je yang tak pelik . Setahu mereka Raykal Nashran ni susah nak rapat dengan mana-mana perempuan tapi alih-alih dengan Sofea Najwa boleh pulak bergurau senda dengan manja siap .
Semuanya memandang ke arah Sofea Najwa dengan pelik . Dah la , si Nash tu panggil Fea ni dengan nama Najwa . Sofea hanya buat muka derk dan mengangkat kening ke arah mereka semua . Nashran pula dah pening dengan tingkah Sofea Najwa dan rakan-rakannya . Dia tidak mengenali mereka .
"Taknak perkenal kepada kami ke ?" .
Habis , dah keluar dah suara si minah tu . Itu bukan soalan , itu arahan . Sofe a Najwa bangun dan memperkenalkan sahabatnya seorang demi seorang kepada Nashran ."Nash , mereka semua ni sahabat saya . Belinda , Kayla , Elliana , Irdina , Yasmin , Eryna dan Mya ".
"Girls , ni Nash . Raykal Nashran Bin Dato' Azman ".
Maka , bertambahlah rakan-rakan Nashran . Selepas berkenalan dan mendapat persetujuan Sofea Najwa untuk menemaninya ke bandar , dia lekas berjalan menuju ke arah keretanya . Nama lagi anak orang kaya kan . HAHA .
Sofea Najwa pula hanya tersengih menerima soalan bertubi-tubi daripada sahabatnya . Salahnya juga kerana tak menerangkan hubungannya dan Nashran semakin akrab . Dia tahu sahabatnya hanya ingin melindungi dirinya tapi dia tahu dia sendiri sudah cukup kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...