"Kau masih mengharapkan dia ?".
"Aku akan sentiasa tunggu dia walaupun harapan aku sangat tipis".
"Kau ada peluang tu".
"Aku taknak kacau rumahtangga dia dah Len . Cukup sekali aku lukakan dia ".
"Dia baru bercerai . You just got that chance bro". Ujar Lenny berserta senyuman .
"Kau jangan memain bro . Benda ni tak lawak langsung ".
"Im serious bro . Nashran dah lepaskan dia semata-mata nak bersama Zureen ".
"Tapi tak mungkin dia inginkan aku balik . Sekali hati dia tertutup , dia takkan pernah bukak balik . I know her well . But yaa its okey , we can be a friend ".
"Up to you bro . Aku just bagitahu je".
Kedua-duanya berdiam diri dan kembali menjamah makanan yang dipesan itu . Lenny perasan akan perubahan Carl . Dia bukanlah seperti Carl yang dulu dimana suka memaksa orang untuk mengikut telunjuknya . Itu yang membuatkan dia gembira dengan perubahan sahabatnya itu .
______________________________________
"You , bila kita nak kahwin ni ? You janji dengan I nak kahwin kan ".
"Ye sayang . Sabar sikit . I tengah usaha nak pujuk mama dengan papa ni . You know what ? Papa ugut I takkan bagi sesen pun harta kalau I kahwin dengan you . Macam mana kita nak hidup ? Takkan I nak bagi you makan ikan kering je hari-hari".
"Dont worry bout that laa . Daddy I kaya . Kita boleh hidup senang-lenang la ". Angkuh sungguh bicara Zureen Deena .
Entah kenapa hati dia langsung tak bahagia sekarang walaupun peluang untuk mengahwini Zureen terbentang luas di depan mata . Hatinya seperti tidak tenteram . Dia akhirnya hanya mengukir senyuman palsu kepada wanita jelita di hadapannya itu . Bukan soal harta yang difikirkannya tapi ada benda lain namun dia sendiri tidak mengetahuinya .
Saat mereka leka menjamu selera , Aryan tiba-tiba muncul dengan beberapa orang lelaki lengkap bersut dan berkaca mata hitam . Nashran tahu pasti orang-orang Aryan .
"Kau nak ape ? Aku takde urusan dengan kau . Blah ! ".
"Kau memang lupa diri Nashran . Kau ingat aku akan berdiam diri setelah apa yang kau lakukan kat Fea ?".Bentak Aryan .
"Hey , you ni siapa ?".
"Kau diam betina murahan ".
"Kurang ajar". Pantas Nashran bangun dan menumbuk pipi Aryan .
Melihat bos mereka dipukul , orang-orang Aryan terus bertindak balas dengan memukul Nashran tanpa belas kasihan . Aryan mengelap darah yang mengalir di celah bibirnya dengan muka yang merah menahan kemarahan . Tempikan Zureen tidak dihiraukan .
Aryan tidak risau kerana dia sudahpun mengarahkan pemilik restoran itu mengosongkan premis itu dan menutup semua CCTV bagi menghapuskan bukti jika ada yang melaporkan kepada pihak polis . Setelah puas melihat Nashran dikerjakan , dia lantas mengangkat tangan mengarahkan orangnya untuk berhenti .
Kakinya dihala ke arah Nashran yang sudah pun terkulai layu di riba Zureen . Rambut lelaki itu ditarik kuat agar dia dapat melihat wajah lelaki itu .
"Aku dah bagi amaran pada kau dulu tapi kau layan Fea macam sampah . Kau bodoh . Kau nak sangat kenal aku siapa kan ? Meh aku kenalkan . Akulah Tengku Aryan Mikail , pewaris empayar terbesar kat Asia ni . Dan aku akan buat ape je untuk pastikan kau menderita". Puas dia melihat wajah itu penuh dengan lebam .
Matanya dihala pula ke arah Zureen . Benci sungguh matanya melihat wanita yang menjadi penyebab Fea menderita sekarang . Pipi mulus itu dicengkam kuat .
"Kau tak kenal aku siapa Zureen . Kau mungkin akan gunakan bapak kau untuk dapatkan apa yang kau nak tapi aku takkan benarkan kau terus menang . Kau nak bermain dengan api ? Tunggu api ni bakar diri kau hidup-hidup . Aku akan seksa kau sampai mampus . Aku akan buat kau sujud merayu kat kaki Fea . Tu janji aku ".
"Tak guna punya jantan".
"Kau tu tak guna . Dasar betina murahan ". Terus pipi itu ditampar sekuat hati . Terduduk wanita itu menahan tangis .
Aryan kembali berdiri dan mengemaskan kotnya . Pandangannya dihalakan kearah dua manusia yang sangat dibencinya itu .
"Have fun now because later gonna be your worst part of life ever . Enjoy ". Sinis Aryan berkata sambil berjalam keluar daripada restoran mewah itu dengan hati yang puas . Ya puas kerana dia akan mulakan rancangannya satu persatu selepas ini .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...