Pagi-pagi lagi Nashran sudah pun tegak berdiri di hadapan bilik Fea . Mana taknya , bilik hanya sebelah menyebelah . Ini semua kerja si Fea . Demi untuk duduk bersebelahan dengan Nashran , dia sanggup memberi ganjaran kepada orang asal yang berada di bilik itu untuk berpindah ke bilik yang lain .
"Dah siap ? Jom breakfast ". Ajak Nashran setelah Fea membuka pintu . Rambut gadis itu yang masih basah menandakan dia baru sahaja selesai mandi .
"Dah , kejap nak ambil beg".
Kehadiran Fea disisi Nashran pada pagi itu sedikit menarik perhatian ahli pasukannya yang berada di situ . Imran yang melihat pasangan itu hanya mencebik . Dia tahu semuanya tentang Fea namun dia pasti apa sahaja yang dia beritahu takkan membuahkan apa-apa hasil . Nashran terlalu menyayangi gadis itu . Jadi , dia hanya bertindak untuk berdiam diri .
Nashran yang melihat tempat dua kerusi kosong di sebelah Imran terus mengajak Fea untuk duduk di situ . Fea hanya bersetuju memandangkan dia sangat segan dengan pandangan ahli pasukan Nash yang merenungnya .
"Have a sit . Saya ambilkan makanan".Fea hanya tersenyum dan mengangguk .
"Kau makwe Nash ?". Tanya Imran .
"Ye saya . Nama saya Sofea Najwa Binti Ahmad Tahir ". Fea cuba mewujudkan satu suasana yabg harmoni namun reaksi Imran membuatkan Fea berasa gelisah dsn tidak senang duduk .
"Make sure yang Nash takkan kecewa . Kalau tak , tahulah nasib kau". Imran memberi amaran . Terluah jua ketidakpuasan hatinya selama ini .
Fea hanya diam . Nalurinya benar . Lelaki ini tidak sukakannya . Imran pula kembali menyambung aktiviti mengisi perut dan tidak mengendahkan Fea yang masih berada di sebelahnya itu . Nashran datang bersama dua pinggan bihun goreng dan disua kepada Fea . Mereka berdua bereaksi biasa seperti tiada apa yang berlaku .
Fea meminta diri setelah siap bersarapan . Alasannya adalah untuk menjenguk kakaknya yang berada di universiti . Rizal dan Jerry pula setia di sisi gadis itu menambahkan keinginan orang-orang di sekeliling mereka untuk terus memerhati gerak Fea .
______________________________________
"Yan , why dont you tell them bout Nash ?".
"Sorry , aku lupa la weh . Haha ".
"And kau suka hati je kan hantar orang jaga aku . Weh , aku dah besar la , aku boleh jaga diri sendiri . Ni mesti ibu yang bagitahu kau aku nak datang sini".Rajuk Fea .
"Apa pun kau cakap , aku tetap dengan keputusan aku . Dieorang akan guide kau tak kira kemana kau pergi . Flight aku malam ni ".
"Ah , tak payah datang . Sibuk je". Terus Fea mematikan panggilannya .
Kereta Alphard putih itu meluncur laju menuju ke kolej kediaman kakaknya . Fea sudah berjanji untuk menemani kakaknya dan kak Maya untuk shopping . Maka sebagai adik yang baik , Fea hanya turutkan kemahuan kakaknya itu .
"Fea ikut je . Sekarang , kereta ni korang yang punya ". Fea akhirnya nengalah . Bergelak sakan kedua-duanya . Fea yang berada di seat paling belakang hanya menggeleng . Macam budak-budak , desis Fea .
Fea yang malas melayan karenah kakaknya itu mencapai Iphone 6snya dan membuka aplikasi Whatsapp . Chat yang tertera nama Aryan dibuka . Terkejut bukan kepalang Fea apabila membaca chat itu . Mana tidaknya Aryan mengkhabarkan dia sudah pun berada di Penang dan menunggu dia di lobi hotel . Rizal dan Jerry akan menghantarnya ke hotel setelah menghantar kakaknya dan Kak Maya ke mall yang ingin dituju .
"Kak , Yan dah ada kat lobi hotel . Sorry takleh join ".
"Ish Yan ni kan spoil mood ah . Then camne kakak nak balik nanti ?". Tanya Safiyya .
"Dont worry , Rizal and Jerry akan ikut kakak . Aryan kan ada and Im pretty sure lebih ramai orang akan iring adik kat sana nanti ". Terang Fea dengan muka menyampah . Safiyya dan Maya hanya gelak dengan reaksi gadis itu .
Sesampainya di lobi hotel . Seperti yang Fea jangkakan , 4 orang lelaki berpakaian segak sudahpun menunggunya . Fea menarik muka . Yan ni agak-agak ah . Macam la aku dapat surat ugutan .
"Aku nak kau hantar 2 orang balik . Cukupla weh . Aku dah rasa muak ". Marah Fea kepada Aryan yang duduk bersilang kaki di sofa itu .
"Okey ". Dia pantas berpaling dan dua daripada empat orang suruhannya berjalan pergi meninggalkan mereka .
Aryan hanya mengukir senyuman . Dengan Fea , jangan dilawan api sama api nanti makin marak jadinya . Dia lebih suka diam dan ikut kata Fea untuk tidak merumitkan keadaan .
Emosi Fea susah untuk dijangka . Dia boleh meletup bila-bila masa .
Fea juga tersenyum dan duduk di sofa yang bertentangan dengan Aryan . Takdelah dia rasa kekok sangat . Ini tidak , satu batalion ingin dibawanya . Ini semua Carl punya pasal . Ahh dia lagi , macamlah takde orang lain . Lantaklah .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...