Bab 44

3.9K 113 0
                                    

Suasana di rumah Fea meriah dengan suara adik-beradiknya yang berkumpul termasuklah Aryan . Ibu dan ayahnya memgarahkan mereka untuk balik bagi mengumumkan tentang perkahwinan Fea .

"Okey anak2 ibu and ayah . Listen , ayah nak buat satu pengumuman yang sangat penting pada malam ini". Beritahu Encik Ahmad Tahir .

"Pengumuman apa yah ? Pengumuman pasal kiteorang nak dapat ibu baru ke?". Gurau Shafiq. Suka benar mengusik ibunya .

Puan Saliha yang berada di sebelah suaminya itu terus menjeling anak lelaki tunggal mereka . Mulut tu kalau masin nanti bermadulah ibu jawabnya . Monolog Puan Saliha . Gamat ruang tamu itu dengan gelak tawa yang lain .

"Haa , memang pengumuman pasal perkahwinan tapi bukan ayah punya . Mahunya ayah kena kejar dengan parang dek ibu kamu ni tak ke naya . Ni perkahwinan adik kamu si Fea tu ha . Dia akan berkahwin dengan Nashran dalam masa satu bulan dari sekarang".

"Whattt?". Semuanya terkejut dengan berita yang baru disampaikan ayah mereka .

"Ayah , Fea baru 20 tahun la . Bagi dia habiskan belajar dulu". Bantah Shafiq .

"Thats's not the problem . Mereka still boleh belajar walaupun dah kahwin . Lagipun Nashran dan minta untuk dipindahkan ke U yang sama dengan Fea . Shafiq , ni keputusan yang terbaik . Kamu nak ke orang mengata adik kamu ni sebab selalu keluar dengan lelaki yang tiada ikatan ? Sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan benda buruk dengan perkahwinan ni ". Terang Encik Ahmad Tahir .

Shafiq dan Safiyya hanya mengangguk . Benar juga apa yang dikatakan oleh ayah mereka itu . Bila berdua pasti ada yang ketiganya iaitu syaitan . Jadi , perkahwinan merupakan jalan terbaik . Nashran juga seperti begitu ikhlas dengan Fea .

"Patutlah adik ni bangang . Rupanya dia langkah bendul". Gurau kakaknya .

"2 kali bangang sebab dia langkah bendul 2 kali . Dah tua bangka si Fea ni . Nak jadi bini orang dah pun".

"Amboi mulut sedap mengata nampak . Nak makan penumbuk ke ?".

"Bu , tengokla ni . Kalau macam ni la calon isteri Fiq memang awal-awal lagi Fiq reject . Suka hati je nak tumbuk orang". Giat abangnya .

"Ish kamu bertiga ni . Gaduh je kerja . Ikut perangai siapa entah". Bebel Puan Saliha .

"Ikut perangai Puan Saliha". Jawab tiga beradik itu serentak dengan mimik muka yang sangat gedik .

"Yela , asal benda buruk je ibu , benda baik je ayah ". Rajuk Puan Saliha .

Bergema ruang tamu itu dengan gelak ketawa keluarga Encik Ahmad Tahir .

Dalam ralit bergurau senda dengan keluarganya , Encik Ahmad Tahir hairan dengan sikap Aryan yang hanya mendiamkan diri itu . Dia risau andai Aryan berasa kecil hati kerana statusnya yang hanyalah orang luar dalam rumah itu . Aryan tidak bercakap dan dia nampak sedikit sedih .

"Yan , kenapa diam tu ? Mesti sedih sebab teman sehidup semati dia dah nak kahwin". Encik Ahmad Tahir cuba menceriakan Aryan .

"Eh ayah , mana ada . Yan happy la sebab tak sia-sia Yan jaga hubungan dieorang selama ni . Tahniah Fea ". Aryan seperti kelu untuk berkata-kata . Dirinya masih terkejut dengan berita yang tiba-tiba itu .

"Ayah nak ucapkan terima kasih kepada kamu Yan . Kamu anugerah yang Allah dan hantar kepada kami sekeluarga . Ayah dan ibu dah anggap kamu macam anak kami sendiri."

"No prob ayah . Keluarga ni satu-satunya tempat Yan menagih kasih . Yan yang patut ucap terima kasih kepada ayah sekeluarga".

"Apa ni Yan , kan abang Fiq dah pesan jangan ungkit lagi . Kami ni dah sayang Aryan macam adik sendiri tau . Tengok Yan ni bu ". Adu Shafiq .

"Betul tu Yan . Janganlah ungkit pasal tu . Kamu tu dah pun jadi separuh hidup kami . Memang ibu tak mengandungkan kamu tapi ibu sayang kamu sama macam yang lain".

"Terima kasih semua . Yan betul-betul bertuah sebab jumpa keluarga yang sudi Yan menumpang kasih ".

"Sama-sama Yan ". Jawab Encik Ahmad Tahir .

"Hahaha ni aku sayang kau ni Yan . Dah , jangam sedih . Buruk bebenor muka kau macam beruk dah aku tengok . Weh nanti wedding aku tu , aku nak kau jadi bridesmaid aku tau . Apa berlaku sekalipun kau kena ada dengan aku ". Celoteh Fea .

"Mestilah . Kau kan kawan aku".

Aryan hanya mampu mengangguk . Hatinya hancur dengan berita itu . Sedihnya hanya Tuhan yang tahu . Dia cuba untuk senyum bagi mengelakkan keluarga itu menghidu isi hatinya . Namun tidak bagi Puan Saliha . Dia yang membesarkan Aryan sejak dari kecil dan dia begitu peka dengan setiap perubahan anak itu . Dia dah pun menganggap Aryan seperti anaknya sendiri . Puan Saliha memerhati Aryan yang cuba untuk senyum . Dia tahu lelaki itu berat untuk melepaskan Fea . Tapi dia tidak tahu sama ada Aryan menyayangi Fea sebagai kawan atau lebih dan itu yang merungsingkan dirinya .

Aryan pula hanya mampu menunjukkan barisan giginya yang elok tersusun itu . Tiada kata yang mampu diungkap . Semuanya dah berakhir . Memang benar dia ingin melihat Fea bahagia namun hakikatnya dia masih sukar untuk menerima hakikat bahawa gadis itu akan pergi dari hidupnya dan menjadi milik orang lain . Akhirnya dia hanya meminta diri untuk pulang dengan alasan ingin mengambil ayahanda dan bondanya yang baru pulang dari Amerika Syarikat sedangkan itu bukanlah sebabnya yang sebenar .

Pulang sahaja ke rumah , ayahanda dan bondanya terus memanggil Aryan untuk duduk di sofa mewah yang berada di tengah-tengah ruang keluarga itu . Ada perkara yang ingin dibincangkan . Aryan pula hanya membuat mimik muka bosan kerana waktu inilah dia paling malas ingin menghadap kedua orang tuanya . Dia bersikap sedemikian bukan kerana ingin kurang ajar terhadap mereka tapi itulah cara dia meluahkan perasaanya yang terbuku . Dia dambakan kasih sayang mereka , bukannya harta kebendaan .

CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)Where stories live. Discover now