Cuti pertengahan tahun kali ini sangat membosankan bagi Fea . Abang dan kakaknya sibuk di universiti dan tidak dapat balik menemaninya . Oh ya , lupa nak kenalkan . Sofea Najwa adalah anak bongsu daripada 3 orang adik beradik . Abangnya bernama Shafiq Nuzaifi manakala kakaknya Safiyya Natalia . Dalam asyik dia berguling di atas katilnya , telefonnya berdering menandakan ada notification yang masuk .
Whatsapp daripada Nashran yang mengajaknya untuk keluar bersiar-siar .
Fea , jom keluar . Saya bosan ah duk rumah sesorang . Please , awak cakap je nak pergi mana , saya jadi driver awak harini eh .-Nash
Boleh jugak , saya bosan nih . Ibu dengan ayah saya outstation . Datang ambik saya tau . Tapi boleh tak kalau saya ajak geng saya lepak sekali . Saya rindu dengan dieorang .-Fea
Boleh je , lagi ramai lagi meriah . Bersiap , lagi 30 minit saya sampai.-Nash
Okey Nash . Drive leklok.-Fea
Fea terus hantar whatsapp dalam group mereka untuk mengajak mereka hang out sekali . Semuanya bersetuju memandangkan hari itu mereka tidak terlalu sibuk .
Nashran seperti agak kekok pada mulanya . Dia sedikit terkejut kerana sangkanya Fea akan ke restoran tetapi sangkaannya meleset apabila mereka hanyalah akan lepak di gerai mamak di tepi . Oh gosh , this is my first time being here , detik Nashran .
Fea hanya tahan senyum . Dia tahu Nashran tidak selesa tapi dia harus membiasakan diri . Inilah tempat mereka . Mungkin mereka mampu untuk ke restoran yang mewah namun kepuasan yang mereka dapat itu tak setanding di gerai-gerai mamak ini . Sahabatnya hanya tersenyum memandang Nashran yang nampak gusar itu . Masakan tidak dia asyik memandang ke kiri dan ke kanan .
Kak Jah yang juga pemilik gerai itu datang untuk mengambil pesanan . Dia sudah biasa dengan budak-budak ni kerana mereka adalah pelanggan tetapnya .
"Haa , lama korang tak datang sini ? Sibuk ke ?". Tanya Mak Jah .
"Haah , memang sibuk Mak Jah . Sibuk mengorat anak teruna orang". Balas Elliana sambil melirik kepada Fea . Malangnya Sofea hanya bereaksi selamba tetapi Nashran pulak yang terbatuk .
"Mak Jah , kami macam biasa yer." Sampuk Kayla .
"Ni anak yang hensem ni nak makan apa ?" Soalan dituju khas kepada Nashran .
"Bagi dia mee goreng basah ye Mak Jah". Balas Fea bagi pihak Nashran . kasihan juga dia melihat Nashran yang berkerut memikirkan menu untuk dipesan memandangkan tiada kertas menu seperti kebiasaan di restoran .
Mereka berbual dan makan dengan lahapnya . Gelak tawa dan usik-mengusik tak pernah lekang . Masing-masing sibuk bercerita manakala Nashran hanya mendengar . Matanya tak lepas memandang Fea yang asyik gelak itu .
Cantiknya kau Fea , aku taktau kenapa hati aku meronta-ronta ingin berada di samping kau . Mata kau seolah tidak menggambarkan perlakuan kau . Apa yang kau sembunyikan daripada aku Fea . Bisik hati Nashran .
Setelah hampir dua jam berada di situ . Mereka mula bosan . Destinasi seterusnya adalah Aeon Mall . Masing-masing bersetuju . Mereka menuju ke Mall itu dengan 3 buah kenderaan . Yelah , mana muat semua kalau guna satu kereta je kan .
"Fea , saya nak tanya benda boleh ?" Pinta Nashran .
"Tak boleh . Satu soalan 10 ringgit". Giat Fea . Saja nak kenakan Nashran .
"Untuk awak , 100 ringgit pun saya sanggup". Ayat itu meluncur laju keluar dari mulutnya . Fea ternganga tapi kemudian tersenyum .
Sikit lagi Nash , sikit lagi . Pasti hati kau akan jadi milik aku sepenuhnya . Tunggu saat itu .
"Yela2 , tanyela . Apa ?"
"Awak dah ada boyfriend ke ?"
"Ada . Ramai pulak tu . Antaranya awak ." Loyar buruk pula si Fea ni .
"Maksud saya teman istimewa , awak faham kan ?"
"Ye , saya faham . Buat masa ni takde lagi . Nanti-nanti la kut." Dalam maksud ayat Fea .
"Ohh , okey ."
Sofea Najwa dan sahabatnya duduk di dalam restoran itu dan mengeluh kepenatan . Mana taknya daripada mula sampai tadi terus dijelajahnya butik-butik dalam Mall ini . Semua benda nak dibelinya . Membazir betul minah ni sorang .
Nashran pula sibuk membuat pesanan makanan dan minuman untuk mereka . Dia yang beria-ia hendak belanja memandangkan di gerai tadi Fea yang membayar untuknya .
Setelah puas mengisi perut , sahabatnya meminta izin untuk pulang . Penat katanya .
"Weh Nash , jaga elok-elok kawan aku ni . Kalau kau buat benda tak elok kat dia nahaslah kau aku kerjakan".Amaran pertama daripada Belinda .
"Ye , kalau ada apa-apa , call kami terus . Dan kau Fea jangan reti merayap je . Jangan balik lewat sangat ." Asakan Irdina pula .
Fea yang bosan dengan bebelan sahabatnya itu berpura-pura menguap dan tidur . Aduh perempuan ni memang la . Mya yang geram dengan tingkah Fea tu terus menepuk dahi Fea dengan kuat dan berjalan pergi dengan selambanya .
"Woi sakitla , kau ni kan Myaaaa ." Jerit Fea sambil menggosok dahinya yang pedih itu . Perempuan ni memangla , tangan tak boleh duduk diam . Bebel Fea .
"Eh nyamukla Fea".Sampuk Elliana . Dan sekali lagi dahinya menjadi mangsa tangan-tangan yang tidak berperikemanusiaan . Saja je la dieorang ni .
"Dah , tak payah nak gaduh . Dah besar panjang pun nak gaduh lagi . Malu sikit kat Nashran tu." Tingkah Eryna yang dah bosan dengan sahabatnya . Kalau tak dilarang ni , makin melaratlah jawabnya .
"Okeyla Nash , Fea kiteorang gerak dulu . Kaki dah penat sangat ni . Assalamualaikum . Take care girl". Yasmin memgakhiri perbalahan mereka .
Fea dan Nashran pula memyambung aktiviti mereka selepas itu . Hairan juga Nashran dengan perempuan ni , tak reti penat sungguh . Sabar jelah .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomansaTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...