Julia memandang pantulan wajahnya di cermin tandas itu . Ya Allah , terima kasih kerana menyedarkan aku tepat pada waktunya .
Sejurus keluar dari tandas awam di mall itu , Fea terus menyapanya .
"Dah siap ? Jom".
"Dah . Kita nak pergi mana dulu ni ?".
"Kita pergi makan dulu nak ? Fea laparlah". Rengek gadis itu seperti anak kecil sambil menggosok perutnya .
"Haha , yelah . Macam budak kecik je Fea ni . Kita makan Chicken Rice Shop nak tak ?".
"Boleh la asal perut kenyang".
Selesai menjamu selera , mereka terus menuju ke butik muslimah yang terdapat di situ .
"Fea , taknak beli baju ke?".
"Err , tak kot".
"Ish , datang mall tapi taknak shopping . Macam bukan Fea yang Lia kenal je ".
"Haa tak payah nak start ". Fea terus menarik Julia masuk ke butik Padini yang kebetulan berada di mall itu . Julia hanya menggeleng . Bab mengelat nombor satu .
Sedang mereka leka memilih pakaian , tiba-tiba Zureen datang dan merentap kasar tangan Fea . Terkejut gadis itu dengan perlakuan Zureen itu . Julia yang melihat kehadiran Zureen itu terus manapak ke arah tempat mereka berdua . Pasti ada yang tidak kena .
"Kau ni memang cari nahas kan ? Dasar perempuan murah".
"Kau dah kenapa ? Datang tak reti bagi salam then suka hati je nak panggil aku macam tu . Kau ingat kau sape ?".
"Hei perempuan , kau dengar sini . Nashran tu milik aku . Aku takkan sesekali benarkan kau ambil dia . I will do anything to ruin your marriage ".
"Eh , kau ni pehal Zureen . Dah lah kacau Fea . Dia tak pernah kacau kau pun ". Julia masuk campur apabila melihat Fea dimaki hamun oleh Zureen .
"Kau jangan nak berlagak baik . Dia dah rampas Nashran daripada aku dan aku takkan berdiam diri . Satu hari nanti Nashran akan datang berlutut di kaki aku".
"Kesian betul kau ni . Sedarlah yang diri kau tu sebenarnya tak laku . Lepastu sibuk nak terhegeh-hegeh dekat lelaki macam ni . Kau tu yang sebenarnya murah . Apa pun kau sebenarnya dah kalah sebab Nashran dah pun pilih aku untuk jadi pendamping hidup dia dan bukannya kau ". Sinis Fea membalas . Gadis seperti Zureen tidak perlu dibalas dengan kasar . Hanya perlu menggunakan psikologi sahaja .
"Tak guna kau ni . Mesti parents kau ni tak guna jugak kan sampai tak boleh nak jaga anak sampai jadi kurang ajar macam ni". Hambur Zureen .
Pangggg!!!!!
"Kau tampar aku Fea ? Kau kenal tak aku sape ? Aku anak Tan Sri . Kau akan menyesal Fea". Tempik Zureen .
Julia menekup mulutnya . Dia tidak sempat menghalang perlakuan Fea . Dia hanya mampu menarik tangan Fea agar menjauhi Zureen agar tiada lagi perbalahan tapi Fea berkeras . Dia benar-benar panas hati .
"Kau boleh hina aku , tapi bukan parents aku . Mereka dah bagi tunjuk ajat yang cukup untuk aku selama ni . Dan kalaupun ada kekurangan, itu dari diri aku sendiri . Kau tak berhak bercakap pun pasal parents aku . Kau dengar sini , sekai lagi kau sentuh pasal parents aku , aku akan buat kau menyesal sebab cari pasal dengan aku ". Fea sudah tidak menghiraukan orang ramai yang menyaksikan pergaduhan mereka . Baginya , maruah ibubapanya harus dipertahankan .
"Zureen-". Jerit Nashran saat melihat pertengkaran itu . Tidak sangka tempat itu kecoh gara-gara mereka berdua .
Tangan Zureen yang memegang pipinya itu ditarik . Marah sungguh dia saat melihat tapak kesan merah disitu . Terus Fea dipandang dengan tajam .
"Siapa bagi awak kebenaran tampar anak orang suka-suka hati ni ?".
Julia cuba menjelaskan perkara sebenarnya tapi tangan Fea menarik gadis itu menandakan jangan masuk campur .
"Kenapa ? Awak nak back up dia ?".
"Bukan itu masalahnya , sekarang explain apa hak awak nak tampar dia hah?".
"Awak tak perlu tahu sebab bukan urusan awak . Go !". Fea terus menarik Nashran daripada memeluk gadis itu . Nampak Zureen tersenyun di sebalik rambut panjangnya . Sakit hatinya melihat mereka berpelukan .
"No , I will stay . She is my friend ". Mencerlung Nashran memandang Fea . Baginya Fea sangat keterlaluan kerana tidak malu untuk bergaduh di khalayak ramai dan menampar Zureen sesuka hati .
"Oo , nak back up perempuan ni la pulak . And who am I to you ? Lupa , she's not just a friend . but your girlfriend . Kenapa ? Marah saya tampar kekasih hati awak ni ? Hei boleh pergi mati la . And this , take it back dan we're over . Pergilah kahwin dengan gadis yang awak puja sangat tu". Pekik Fea sambil membuang cincing pertunangannya lalu membaling tepat-tepat ke arah wajah Zureen . Mengaduh sakit gadis itu . Sungguh dia sangat marah dengan tindakan Nashran .
"Fea-!"
Pangg!
"You tampar I Nash ? Just because of this girl ? Wowww , impressed !". Matanya sudah berair .
Menggigil tangan Nashran . Dia sendiri tidak menyangka dengan tindakan drastiknya itu . Fea terkedu . Bukan kerana pipinya yang sakit ditampar namun hatinya yang sudahpun berderai . Selama hampir dua tahun membina perhubungan dan mereka hampir menikah , lelaki itu tidak pernah menaikkan tangan ke tubuhnya namun pada hari itu , dia ditampar kerana tindakannya menampar zureen .
salahkah tindakannya mempertahankan ibu bapanya dari dihina oleh zureen ? Salahkah dia memarahi Nashran ? dia melihat lelaki itu berpelukan dengan zureen di depan matanya sendiri . Malah lelaki itu lebih mempertahankan dirinya sedangkan dia tunang lelaki itu . Dia ingin mempertahankan hatinya .
"Sampai hati you Nash . And thanks for this . You and Carl takde beza . Dua-dua dayus , dua-dua hanya buat I terluka . Dua-dua berkasar dengan I sebab nak pertahankan perempuan lain . Baru I sedar , I ni bukan sape-sape pun dalam hidup you selama ni . Janji you dulu cuma tinggal janji . Carl pernah meninggalkan 'tanda cinta' dia here 4 years ago and now its your turn . Thanks a lot Nash ." Fea berpaling untuk pergi sambil memegang pipinya yang merah . Julia kemudiannya menarik Fea pergi tapi sempat berkata kepada Nashran .
"Kau silap Nash . Kau dah pun hancurkan sekeping hati semata-mata kerana ego kau . Dan aku janji aku takkam sesekali benarkan kau hadir dalam hidup dia lagi lepas ni . She did everything just for you . Kau Zureen , bertepuklah selagi kau boleh kerana berjaya rampas Nashran tapi Allah itu Maha Adil , dia dengar doa orang-orang yang teraniaya ".
"Mulai hari ini , I haramkan you jejak kaki di rumah I dan sumpah I menyesal kerana terima you dalam hidup I ".
Sebentar kemudian , Fea terasa seperti ada cecair pekat mengalir di hidungnya . Tangan kanannya terus menguis bawah hidung dan ternyata ianya adalah darah .
"Fea-". Julia tergamam . Hidung Fea berdarah dan gadis itu cuba untuk tersenyum namun tubuh itu terus rebah tidak sedarkan diri .
*ps : Hati Rapuh by diyananajwaa_ sangat sesuai for those yang nak gain semangat untuk bangkit daripada terus hanyut dengan dugaan hidup .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...