Pemandangan di tasik itu sangat mendamaikan . Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan kemarahan Fea buat sementara . Basikal dikayuh dengan perlahan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan . Setelah penat , mereka berhenti di kafe yang terletak di situ .
"Kau nak apa ?".Tanya Aryan .
"Orange juice please". Order Fea .
"Banyaknya cantik muka kau . Nasib baiklah hati aku murni harini ". Pantas Aryan menarik rambut Fea .
"Memang aku cantik pun".
"Boleh pergi mati . Hahaha . Ampun buk ". Terus Aryan lari apabila Fea membulatkan matanya . Gila punya kawan .
Sambil menunggu Aryan membeli air , Fea membuka telefonnya yang dimatikan tadi . 30 missed call , 14 mesej . Semuanya daripada Nash . Ahh , lantaklah kau . Malas aku nak layan . Telefonnya kemudian diletak di atas meja . Kakinya yang sedikit bengkak diusap . Get well soon dear kaki , ucap Fea . Dia hanya tersengih sendirian .
Setelah lama menunggu , akhirnya Aryan datang dengan membawa dua gelas air dan sedikit makanan ringan . Jus orange diambil dan disedut dengan lahap . Terus dirinya tersedak . Aryan yang melihat terus menepuk-nepuk belakang badan Fea .
"Itulah gelojoh sangat".
"Gelojoh ke apa ke , tangan tu takyah nak merayap".Marah Fea .
"Sorry".
Mereka kembali menyambung perjalanan dan berhenti di tepi tasik yang mempunyai jeti mini . Sangat indah suasana ketika itu . Fea menarik nafas dengan dalam menikmati angin segar . Aryan pula sibuk mencari tandas . Itulah makan banyak sangat . Sedang Fea berjalan-jalan di sekitar itu , dia hampir terjatuh apabila seseorang melanggarnya dengan kuat dari arah belakang . Mungkin sekumpulan lelaki sedang beriadah . Kakinya yang sedia bengkak itu sedikit berdenyut . Mujur ada yang menolongnya . Saat dia ingin bangun untuk berterima kasih kepada orang itu , lidahnya kelu , hatinya berdegup pantas .
Tak , tak mungkin dia . Fea terus berpusing ke hadapan dan berusaha berjalan meninggalkan kawasan itu walaupun kakinya terasa sengal . Dia dengar lelaki itu memanggil namanya . Dia menahan tangis sambil cuba melangkah . Namun tenaganya tidak sebanyak lelaki itu ditambah kakinya yang cedera . Dia terasa lengan kirinya dipegang seseorang namun dia tidak mempunyai kekuatan untuk berpaling . Aryan , where are you ? Rintih Fea .
"Wawa , is that you ? Is that really you ?". Soal suara itu . Fea hanya diam tidak berkutik . Lelaki itu tidak berpuas hati lalu menarik Fea menghadapnya .
Fea hanya mampu memejamkan matanya . Dia tidak percayakan semua ini . Tak mungkin . Dia hanya bermimpi . Ya , dia hanya bermimpi .
"Wawa , open your eyes dear . Look at me ". Rayu suara itu .
Tidak , dia tidak bermimpi . Ini adalah realiti . Bangun Fea , bangun .
"Who the hell are you?".Tanya Fea mendatar namun tegas .
Lelaki itu terpempan . Sungguh dia tidak menyangka dengan ayat yang keluar daripada bibir mungil itu .
"Wawa , stop it . Carl tahu wawa pura-pura kan ? Hei its me , Carl . Wake up". Lelaki itu cuba menyedapkan hatinya . Kedua-dua tangan Fea dipegangnya . Fea hanya mampu menahan gelojak jiwanya . Jika dahulu , tangan inilah yang membelai dan melindungi dia . Jiwanya merintih kesakitan .
Tiba-tiba satu tumbukan hinggap di muka kacak itu . Darah mengalir keluar daripada hidungnya . Aryan terus menarik Fea ke belakangya . Fea pula masih tergamam . Kawan-kawan lelaki itu yang melihat situasi itu terus menghampiri dan ingin menyerang Aryan namun pantas dihalang oleh Fea .
"Enough Lenny . You dont have any right to hit him ".Fea terus mara kehadapan Aryan . Tangannya memegang tangan Aryan , ingin meminjam kekuatan lelaki itu . Dia sungguh lemah ketika ini .
"But he start it". Bela Lenny .
"No , he's the one who start it ".Balas Fea .
"Habiskan dia". Arah lelaki itu sambil mengesat darah di hidungnya . Mereka mula menghampiri Aryan namun Fea lebih pantas . Sekali lagi dia berdiri di hadapan Aryan dan menampar pipi Carl .
"Dont you dare to touch him . He got nothing to do with you".Fea memberi amaran .
"Lenny , get out of here or else...". Fea memberi arahan tanpa menghabiskannya namun Lenny patuh kepada arahannya walaupun dia separuh ikhlas . Lelaki itu hanya mampu melihat dari jauh .
Sejurus kumpulan itu pergi , Fea terjelepok ke tanah . Aryan pantas membantu Fea untuk bangun namun gadis itu begitu lemah . Aryan akhirnya mengangkat Fea menuju ke pondok yang tersedia di tepi tasik . Fea menangis teresak-esak di dada bidang Aryan . Esakannya memeritkan hati Aryan . Bodohnya dia kerana tinggalkan Fea keseorangan .
"Aku call dieorang".
"Tak payah . Aku taknak dieorang risau".Balas Fea . Tangan Aryan yang baru hendak berdiri ditarik mendekatinya .
"Keep it secret please".Rayu Fea .
"No worries . Im here . Shhhh . Dah ". Aryan cuba menenangkan Fea yang masih menangis . Pegangannya di tangan Aryan tidak dilepaskan . Dia perlukan kekuatan sekarang .
"Pergi rumah Qila please".
"Jom". Terus Aryan memapah Fea menuju ke kereta . Basikal diserahkan kepada pekerja yang kebetulan melalui jalan itu .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...