Bab 7

6.4K 186 2
                                    

Sebulan itu mereka bertungkus lumus mengulangkaji semua matapelajaran yang agak mereka ketinggalan . Peperiksaan akhir tahun hampir menjelma . Mana tidaknya , masa cikgu mengajar sibuk bermain aje . Fea melipat lengan bajunya mendedahkan bahagian tangannya yang putih melepak itu . Cuaca terlalu panas menyebabkan mukanya yang putih itu kelihatan seperti udang yang dipanggang .

"Weh , kau dah ulangkaji ke killer subjek ?". Soal Fea kepada kawan sekelasnya .

"Belum la . Nanti kita ulangkaji sama-sama eh".Jawab Nur Diniy yang duduk bersebelahan kanan meja Fea .

"Yela , set date oke ".

Ketika rehat semua sahabatnya sudah turun . Mengeluh geram Fea . Tahulah dia tidak sekelas tapi takkan dia nak turun sesorang . huaaa ibu tengok la dieorang ni .

"Eh Waa , alone ke ? Jom ah teman saya turun . Saya lapar ni ". Rengek Nashran .

"Haaa ada pun teman , baguslah . Jom teman saya pergi kantin . Dieorang tinggalkan saya huhuhuhu ".

Mereka berjalan beriringan . Sesiapa yang melihat pasti akan menyangka Fea dan Nashran pasangan kekasih kerana mereka sangat sepadan antara satu sama lain .

Tiba di tangga , saat Fea mula mengorak langkah untuk turun . Seseorang menegur Nashran .

"Emmm , abang Nashran . Saya nak minta id wechat awak boleh ? Ada seseorang yang suruh kami minta daripada awak ".Takut-takut junior itu memandang kami .

Fea mula rasa cemburu dengan tingkah dua juniornya itu . Dengan rasa mendongkol geram , Fea melangkah turun meninggalkan Nashran . Langkahnya yang terburu-buru itu menyebabkan kakinys tersalah langkah lalu tubuhnya hilang keseimbangan . Fea panik . Dia hanya pasrah andai dia tergolek atas tangga ni .

Matanya yang dipejam terbuka apabila merasakan ada yang tidak kena . Dia seolah-olah berada dalam dakapan seseorang . Pandangannya dihala ke atas .

"Kau ni kan Fea , boleh tak hati-hati sikit . Kalau aku takde kat sini takdi mahunya kepala kau tu terhantuk dekat lantai ke apa ke . Dah tak sayang nyawa ke ?"Bebel lelaki itu . Fea pantas bangun dan membetulkan baju dan tudungnya . Suasana yang gamat dengan usikan kawan-kawan lelaki itu menarik perhatian Nashrin untuk bergegas turun . Risau dia apabila berpaling dan mendapati Fea dah tak ada kat tangga tu .

"Aku okey la . Thanks Ary ".

"Fea , kau masih marah kat aku ke ? Aku rindu kau ni . Dah lama tak dengar kau membebel dekat aku dengan Alin ". Pujuk Aryan .

Aryan sebenarnya salah seorang kawan baik yang Fea ada . Masalahnya sekarang , Fea masih merajuk dengan lelaki itu kerana tak memdengar nasihatnya .

"Waa , awak okey tak ni ?" . Pucat wajah Nashran .

"Saya okey Nash . Dont worry ". Riak cemburunya cuba disembunyikan . Apesal la aku nak cemburu dengan dia ni . Fea , jaga hati kau . Kau nak ke perkara dulu berulang balik . Fea cuba menyedarkan dirinya .

Nashran dan Aryan saling berpandangan . Pandangan mata Nashrin seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu . Pandangan itu seperti tidak selesa dengan dirinya . Aryan hanya buat tidak endah dengan pandangan Nashrin itu . Bukan dia tidak boleh baca apa yang tersirat di sebalik pandangan itu . Dia juga lelaki .

"Weh Fea , mari ikut aku kejap . We need to talk . now !". Tegas arahan Aryan lantas terus menarik bucu baju Fea . Dia masih menghormati Fea sebagai seorang perempuan . Lagipun gila apa nak sentuh Fea , mampus dia dikerjakan nanti .

"Ish kau ni kan mangkuk hayun betul laa . Tak payah la nak tarik-tarik bagai . Aku sekeh jugak kepala tu kang".Marah Fea apabila Aryan dengan selambanya menarik dirinya ke tempat yang tidak ramai orang .

"Kau buat lagi kan ? Berapa lama pulak kali ni?".Asak Aryan . Dia tahu Nashrin akan menjadi yang seterusnya .

"Mind your own bussiness . Sibuk nak nasihatkan aku tapi kalau aku yang nasihatkan kau ada kau dengar ke ? So , suka hati aku la . Lagipun sape je yang taknak dengan dia ".

Aryan mengeluh kecil . Inilah Fea . Sukar dinasihatkan . Kalau dia dengar pun ketika Aryan betul-betul marah dengannya .

Nashran hanya memandang . Sakit hatinya memandang perlakuan lelaki tadi . Siapa pulak mamat tu ? Jangan cakap dia nak cross line aku sudah . Nashran kemudiannya turun ke arah mereka .

"Waa , jom . Dah pukul berapa ni , kata nak rehat . Lepas ni subjek BM la . Saya taknak kena denda tau ".

"Ops , saya lupa . Sorry ".

Pemergian Fea dan Nashran hanya dipandang oleh Aryan .

Fea , fea . Sampai bila kau nak usung dendam kau tu . Desis Aryan . Dia kemudiannya terus berjalan naik ke kelas apabila kawan-kawannya mula bising .

Petang itu Fea pulang dihantar oleh Nashran . Mereka sempat singgah di kedai untuk makan tengahari . Hubungan mereka semakin rapat dari hari ke hari . Nashran semakin leka dengan layanan Fea yang seolah-olah memberi greenlight untuknya melangkah ke fasa yang berikutnya . Dia yakin pasti gadis itu juga merasakan apa yang dia rasa .

"Waa , weekend ni awak busy tak ?"

"Rasanya tak . Kenapa ?"

"Saya ambil awak kat rumah okey . Bersiap 8 a.m sharp"

"Okey bos". Fea menjawab sambil membuat tabik hormat . Nashran hanya tersenyum dengan tingkah Fea itu .

CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)Where stories live. Discover now