Petang itu , Fea dan Aryan hanya bersiar-siar di sekitar bandar . Pusing-pusing cari makan then isi perut .
"Yan , kau rasa aku bodoh ke ?". Fea tiba-tiba bertanya saat mereka berehat di tepi pantai .
"Pehal pulak ?".
"Sebab aku selalu sia-siakan orang yang betul-betul sayangkan aku".
"Aku tahu kau kecewa dengan Carl . Dia orang pertama yang ajar kau apa itu cinta dan apa itu sakit . But kau tak perlu nak menangisi perpisahan yang dulu . Come on Fea , dont let him ruin your life again . Aku dah cukup terseksa tengok kau menderita selama 2 tahun ni ". Bentak Aryan .
"I did everything . But it just I cant forget him . I love him . ". Tutur Fea perlahan .
"Kau dah ada Nashran . Aku berharap sangat yang kau takkan buat hal lagi ".Pujuk Aryan .
"Aku bukan tak pernah cuba untuk sayang someone ....".
"Tapi bila rasa sayang tu mula terbit dalam hati , kau yang memilih untuk ingat kejadian lama tu . Kalau betul kau tak percayakan lelaki , aku tak fikir kau akam bersama aku sekarang ni ".
Fea hanya diam menunduk . Ya , apa yang Aryan katakan semuanya benar . Saat rasa sayang mula bercambah , dia sendiri yang akan mengusir pergi perasaan tu . Dia perit . Dia sakit .
"Dahla , kalau cakap pasal ni sampai esok pun takkan habis . Jom , pergi sambung menjelajah".Aryan cuba berjenaka . Tangan Fea ditarik untuk bangun dari duduknya itu namun pantas ditepis .
Fea mengecilkan matanya memandang Aryan . Lelaki itu hanya ketawa dan mengangkat tangan tanda mengalah .
"Okey sorry , salah aku".
______________________________________
Puan Saliha yang sibuk mengemas bagasinya itu tidak sedar dengan kehadiran suaminya . Encik Ahmad Tahir pantas merungkaikan tali lehernya dan meletakkan baju kotornya ke dalam bekas yang disediakan .
"Kenapa awak bagi Fea pergi sorang-sorang ?". Encik Ahmad Tahir bertanya kepada isterinya tentang keputusan yang dibuat tanpa perbincangan itu .
"Ala takpelah bang , bagi dia pergi holiday dengan Safiyya . Lagipun Aryan dah pergi teman dia . Takdelah saya risau sangat".
"Erm , kita terlalu bagi kebebasan kat dia ke ? Saya takut apa-apa berlaku . Saya tahu saya busy dengan kerja sampai masa untuk family sangat terhad tapi dia anak saya . Saya taknak dia tersalah langkah ". Luah Encik Ahmad Tahir .
"Dont worry . She know how to take care of herself . Abang pun tahu kan dia ada Aryan , Shafiq dan Safiyya . Mereka dah berjanji untuk jaga dia elok-elok ". Pujuk si isteri . Barang yang siap dikemas diletak di tepi . Mereka akan ke Penang malam ini .
"Saya risau pasal Fea . Perangai dia berbeza dengan Shafiq dan Safiyya tu . Tak boleh dijangka ".
"Dahla , awak pergi berehat tu . Malam ni nak fly dah . In shaa Allah takde ape-ape . Dia anak kita bang . Saya tahu baik buruk perangai dia ".
Encik Ahmad Tahir yang keletihan iru terus terlelap manakala Puan Saliha pula menyusun pakaian di dalam almari . Dia hanya mengeluh . Mengapa dia dan suaminya tiba-tiba merisaukan Fea . Dia berdoa agar tiada apa-apa yang berlaku .
Fea yang kebosanan sesekali berpaling ke arah Aryan yang nyenyak tidur di kerusi itu . Dia rindukan Nashram sebenarnya . Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melawat Nashran yang berada di Pusat Skuash Nicol David . Pesanan dititipkan buat bodyguard yang berada di situ untuk memberitahu tentang kepergiannya manakala Rizal pula setia mengikuti langkahnya .
Nashran yang ralit melihat rakan-rakannya berlatih dikejutkan dengan kehadiran Fea . Gadis itu terus duduk di sebelah Nashran dan menghulurkan air kegemaran lelaki itu , jus epal . Nashran pantas mencapai dan mengucapkan terima kasih kepadanya .
"Aryan ada kat sini ". Fea memulakan bicara .
"Dia datang buat apa ?".
"Biasalah , family saya memang akan ajak dia kemana je kiteorang pergi". Terang Fea tanpa memyedari dia telah mengguris hati Nashran .
Penting sangatkah Aryan kepada dia dan keluarganya ? Siapa je aku kalau nak banding dengan Aryan . Nashran termenung jauh .
"Dont worry Nash . Hati saya hanya untuk awak ". Fea yang sedar akan kesilapannya terus membetulkan keadaan . Nashran hanya mengangguk .
Dua perlawanan Nashran pada hari itu berjalan dengan lancar dengan kejayaan dia membenamkam kedua-dua lawannya hari itu . Nashran yang kepenatan terus berehat di kerusi sambil mengelap peluhnya . Permainan ini bukanlah sesuatu yang mudah . Ini mungkin kejohanan terakhirnya dan dia ingin meraih kejayaan seperti tahun-tahun sebelum ini . Fea sekadar memerhati . Court dipandangnya . Sebagaimana Nashran minatkan skuash , dia juga ada permainannya sendiri namun hasratnya terpaksa dikuburkan .
Sedang Fea sibuk membantu Nashran mengemas barang-barangnya , Iphone 6snya berbunyi . Panggilan daripada Aryan . Fea mengeluh , ni tak lain tak bukan mesti nak membebel sebab aku tinggal dia macam tu je tadi . Sabar ye telinga , tahan sikit je , salah kau jugak . Fea memujuk diri sendiri .
"Dah tak reti nak kejutkan aku dulu ? Kau ni suka bagi aku sesak nafas kan ". Bebel Aryan .
"Sorry ye Yan . Fea tak sengaja tinggal Yan tadi sebab Fea bosan sangat . Yan janganlah marah Fea".Sesudah Fea berkata , Aryan di sebelah sana terus mengekek ketawa .
"Kau , memang tak sesuai nak jadi gedik . Dah , nanti ajak Nash dinner sekali malam ni . Take care".
"Okey bos".
Nashran hanya membiarkan Fea . Mereka terus bersiap dan balik ke hotel ditemani Rizal . Nashran masih tertanya-tanya mengapa Aryan mengupah pengawal peribadi untuk menjaga Fea sedangkan selama ini tiada apa-apa yang berlaku . Imran pula hanya memandang Fea dengan riak tidak puas hati . Sebab kau , Nash makin jauh dengan aku . Desis Imran .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomansaTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...