Bab 30

4.7K 142 0
                                    

Setelah habis percutiannya di Penang . Fea kembali meneruskan persekolahannya seperti biasa . Safiyya sibuk melaram bersama-sama Kak Maya menjelajahi negeri-negeri di Malaysia . Orang dah tamat belajar katakan , tunggu panggilan untuk menyambung Ijazah pula . Shafiq pun sama . Cuti semnya masih berbaki 2 minggu . Riuh rumah itu dengan karenah anak-anak Encik Ahmad Tahir dan Puan Saliha .

Orang tua Fea pula sekarang berada di Perancis bagi menghadiri kursus di sana . Tinggalah mereka bertiga dan Mak Limah .

"Adik dah sekolah kan besok ? ". Tanya Shafiq .

"Aah ".

"Kalau macam tu eloklah . Abang tolong hantarkan eh . Bosan ah duduk rumah ni . Fiyya tu pulak asyik merayap je".

"Alah abang ni , biarlah dia . Sekali-sekala Kak Fiyya nak juga enjoy . Abang dulu pun macam tu jugak ". Cebik Fea .

"Mulut tu ada je kan nak menjawab".

Fea hanya mengerling ke arah abangnya lalu satu cubitan hinggap tepat-tepat di peha lelaki itu .

"Adik ni kan tak payah la nak cubit-cubit abang . Sakit tahu tak ."

"Bising sangat . Bang ...". Meleret suara itu . Shafiq sudah tahu pasti ada sesuatu yang ingin diminta adiknya itu .

"Apa?".

"Jom pergi court . Fea rindu nak main".

"Fea , apa ni ? Kan Fea dah janji ".

"Benda tu dah bertahun kot , Fea sihat la . Jomla bang". Pujuk Fea .

"Tak boleh la sayang . Abang bukan apa . Abang taknak adik abang ni sakit lagi . Fea dengar cakap abang ya ."

"Okey". Sayu gadis itu berkata .

Shafiq mula rasa bersalah . Bukan niatnya untuk bertegas namun ini demi kebaikan Fea .
______________________________________

Fea yang leka melipat baju-bajunya terkejut apabila Iphone 6snya bergetar menandakan ada mesej yang masuk .

Datang dekat Pavillion sekarang . Ada benda yang kau patut tahu tentang Nashran . Harap kau tak menyesal kalau tak datang".-unknown number .

Fea berasa tidak sedap hati . Apa pula yang berlaku kali ni . Dia bergegas bersiap dan laju mengambil kunci BMW sport abangnya memandangkan kereta Myvi kesayangannya sedang 'dirawat' di bengkel . Fea memandu tanpa menyedari Rizal dan Jerry yang setia mengikutinya . Kedua pembantu peribadi itu pula sudah memaklumkan kepada Aryan tentang Fea . Namun apabila Aryan menelefon menanyakan dimanakah Fea berada , gadis itu berbohong mengatakan dia di Pavillion untuk bershopping dengan abangnya .

Kereta mewah itu diparkir di parking basement . Fea segera mengorak langkah menuju ke lif . Jantungnya berdebar-debar seiring dengan langkahnya yang semakin menghampiri restoran mewah itu . Dibalik cermin lutsinar itu , Fea nampak Nashran bersama perempuan yang sangat seksi . Dia cuba menyedapkan hatinya mengatakan mereka hanya berkawan namun hatinya luluh saat melihat perempuan itu memeluk erat lengan Nashran dan melentokkan kepalanya di bahu Nashran .

Fea bungkam . Permainan apakah ini ? Dia hampir rebah namun tubuhnya sempat dihadang seseorang . Dia berpaling ke arah orang itu dan terus menundukkan kepalanya ke bawah .

"Menangislah Fea . Jangan simpan . Luahkan semua yang kau rasa , biar beban kau berkurang . Aku tahu kau sakit . Aku tahu kau terluka . Maafkan aku sebab tak lindungi kau dengan baik ". Terus gadis itu mengangkat mukanya dan bertentang mata dengan lelaki itu .

"Kenapa aku selalu bernasib malang ? ".

"Sabar Fea . Tabahkan hati kau . Aku tahu kau boleh . Aku mintak maaf kalau apa yang aku cakap ni akan buat kau sakit hati tetapi kau percaya ke Nashran curang dengan kau ?".

"Kau masih nak tanya aku soalan bodoh macam tu ke Yan ? Kau pun nampak kan". Mereka masih berdiri di sebalik cermin itu , melihat gelagat dua manusia yang sedang bergelak mesra .

"Aku dah selidik semuanya . Kalau kau nak tahu , nama perempuan tu Zureen . Zureen Deena Tan Sri Affendi . Dia bekas kekasih Nashran ".

"Macam mana-".

"Aku takkan lepaskan kawan aku sewenang-wenangnya dekat orang lain . Cukup sekali kau terluka ".

"Tapi kalau betul dieorang dah break up , tu apa ?!!!". Aryan hanya diam , tidak mampu menjawab kerana dia sendiri tidak mengetahui jawapannya . Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Fea .

"Kau ikut aku sekarang . Kalau kau sayangkan aku , tolong aku". Aryan pula hanya mengikut langkah gadis itu . Hatinya dihambat perasaan risau . Khuatir Fea akan mengamuk di situ namun apakan daya , dia tiada pilihan lain selain mengikut gadis itu .

Sesampainya di meja Nashran , Fea terus menyapa dua makhluk itu dengan gembira . Hilang sudah perasaan sedihnya tadi . Yang ada hanyalah dendam yang kembali mekar .

"Hai Nash , you tak bagitahu pun nak hang out harini . Kalau tak kiteorang ajak hang sekali". Fea memulakan serangannya .

Nashran terkedu . Bagaimana Fea boleh berada di sini . Pautan tangan Zureen di lengannya cuba dileraikan .

"Hai , you ni kawan Nash ke ?". Tanya perempuan itu sedikit gedik .

"Aah , he's my classmate . Btw ni pakwe I , Aryan . And you ?".

"Im Zureen , Nash's girlfriend . You pun datang window shopping ke ?

"Yup , I teman pakwe I ni haa . Sibuk je dia nak shopping . Macam perempuan ". Tiada lagi awak-saya namun digantikan dengan I-You . Panggilan yang biasa Fea gunakan apabila bersama orang yang tidak rapat dengannya . Fea memaut lengan Aryan dan ketawa . Sungguh dia lelah dengan semua ini . Dia perlu akhirinya .

"Fea , apa ni ?". Tanya Nashran dengan marah .

"Apa yang apanya ? Haha . Okeylah Nash , we all gerak dulu". Saat Fea mula melangkah pergi , dirinya ditarik oleh Nashran .

"We need to talk".

"Let her go . Aku takkan benarkan kau sentuh dia seinci pun ". Terus tubuh Nashran ditolak menyebabkan lelaki iru terdorong ke belakang dan hampir jatuh namun sempat berpaut pada meja . Banyak mata yang memandang namun kehadiran beberapa orang Aryan meredakan pengunjung restoran itu . Tempat mereka dikosongan meninggalkan mereka berempat .

"Hei , apa ni ? Berani you sentuh teman lelaki I . I saman you nanti . Papa I Tan Sri okey ". Marah Zureen sambil memegang Nashran . Sakit hati Fea melihatnya .

"Orang bodoh macam you je akan guna nama bapak untuk menakutkan orang . Tapi bukan untuk I ". Sinis Fea berkata .

"Berani you . Siap you I kerjakan nanti . Lets go Nash ".

"Just go Reen . I need to talk to her".

"What the heck . I ni girlfriend you tahu tak . Siapa perempuan ni ?".

"Just go Reen . Im promise I will give you a call ". Perempuan itu terus melangkah pergi dengan wajah masam mencuka . Sebaik sahaja Nashran berpaling ke arah Fea , gadis itu menarik tangan Aryan untuk pergi dari situ .

"Wait Fea . I can explain . Please ".

"No need . We're over ".

"Sayang please , awak pun tahu betapa saya cintakan awak-".

"Yaa , cinta". Perli Fea .

"Yan , tolong aku . Aku tak bermaksud nak buat semua ni . Aku terpaksa Yan . Please percayakan aku ".

Malangnya Fea hanya pergi begitu sahaja meninggalkan Aryan dan Nashran disitu . Aryan segera mendapatkan Rizal dan mengarahkannya untuk mengekori Fea . Dia tahu Fea inginkan ketenangan . .

CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)Where stories live. Discover now