Bab 17

4.9K 138 1
                                    

Nashran yang baru selesai menjalani latihan bersama pasukannya terus keluar daripada court dan menuju ke arah bangku yang menempatkan beg Ashwaynya . Raket Prince miliknya disimpan ke dalam beg dan botol air mineral dicapai . Tekaknya yang dahaga diisi dengan air . Setelah dirinya berasa sedikit tenang , urat-uratnya diregang . Telefon dicapai dan applikasi sosialnya diperiksa satu persatu . Tangannya berhenti scroll chat disaat matanya terpandangkan satu nombor yang tak dikenali menghantar chat kepadanya . Tetingkap chat itu dibuka . Terkejut Nashran menatap gambar itu . Gambar Fea berpelukan dengan Aryan di dalam kereta . Hatinya menjadi sebak . Melihat perempuan yang dicintainya berada di pelukan orang lain bukanlah sesuatu yang mudah .

Dia masih belum ingin menanyakan tentang itu kepada Fea . Dia perlu concentrate untuk berlatih . Pertandingan itu hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi . Dia tidak boleh biarkan emosi mempengaruhi permainannya . Kejohanan ini sangat penting baginya . Dia lantas bangun dan mengambil kembali raketnya menuju ke dalam court .

"Kau ni dah kenapa Nash ? Bukan coach bagi rehat ke ?". Soal Imran , rakan sepasukan merangkap sahabat baiknya sejak kecil . Membesar bersama dalam dunia skuash membuatkan mereka sangat rapat walaupun berlainan sekolah .

"Takde papelah . Saja nak main . Kejap lagi mesti aku dah rindu". Nashran beralasan .

Nashran kembali berlatih tanpa menghiraukan Imran yang memerhatinya . Dia fokus memanaskan bola kecil itu . Setiap pukulannya seolah-olah melepaskan geram yang terbuku di hati . Imran yang semakin tidak tahan melihat Nashran terus mengheretnya keluar daripada court .

"Kau bagitahu sekarang , apa perempuan tu buat dekat kau ?".Arah Imran .

"Sape ?".Tanya Nash bodoh .

"Hanya Zureen yang boleh buat kau jadi macam ni . Kau bagitahu aku ape lagi yang dia buat . Aku ingatkan korang dah break up dulu terus tak berhubung . Kau ni dah kenapa Nash ?".Imran mula naik angin .

"Tak . Bukan dia . Someone else ".Balas Nash sambil meraup mukanya .

"Then , who is she ?".

"Sofea Najwa".

"That girl ? Are you kidding me ? Bro , kau serius ke dengan dia ?".

"Im serious . And I love her ".

"Up to you man . Aku takde hak nak halang kau . Aku mampu doakan yang terbaik je". Imran berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati . Kawan mana yang sanggup melihat sahabatnya disakiti . Tapi apakan daya , dia tiada hak untuk masuk campur urusan Nashran .
______________________________________

"Babe , lama tak hangout sesama . Jumlah keluar". Ajak Kayla . Mereka berlapan berkumpul di rumah Belinda . Homework yang dibawa langsung tak disentuh . Al-maklumlah , dah ramai tu berbual ajelah kerjanya .

"Aah kan . Lama sangat dah tak hangout . Yelah , orang tu pun dah jumpa yang baru . Mana nak hang dengan kita dah".Elliana pula pura-pura merajuk .

Fea yang terasa dirinya disindir terus membaling bantal yang dipeluknya . Tingg ! Yes , tepat mengenai kepala Elliana . Pantas Fea bangun dan meloncat di atas katil . Semua sahabatnya mula geram . Tak habis-habis dengan perangai kebudakan dia tu . Mereka terus menarik Fea duduk kembali dan memukul lengannya .

"Okey2 , sorry . Jum hang out . Aku belanja . Kita pergi tengok wayang ". Maka melompat kegembiraanlah anak-anak gadis itu dengan pengumuman yang dibuat oleh Fea . Mereka terus bersiap dan menuju ke Alamanda . Best sikit katanya .

Selesai menonton wayang , mereka berjalan beriringan menuju ke kereta . Destinasi seterusnya pastilah gerai mamak yang selalu mereka kunjungi itu . Selesai memberi pesanan , mereka berlapan berbual-bual . Fea kemudiannya meminta diri untuk ke tandas . Dalam perjalanan menuju ke tandas yang berada sedikit jauh dari gerai itu , dia tidak perasan tentang kehadiran Nashran yang turut sama melalui jalan itu . Nashran yang datang dari arah kiri lorong itu sambil bercakap di telefon terus terlanggar Fea yang sedang berjalan . Mengaduh kesakitan wanita muda itu . Nashran yang perasan kesalahannya itu terus menyimpan telefonnya dan membantu mangsa rempuhannya itu . Terkejut dia disaat Fea medongakkan kepalanya memandang Nashran . Pantas dia mengangkat gadis itu bangun . Kaki Fea terseliuh dan bengkak menyebabkan dia tidak dapat berjalan dengan betul .

"Sayang , so sorry . Nash tak sengaja ". Tangan kanan Fea diletakkan di atas bahunya untuk menampung badan gadis itu .

"Sokey , Nash pun tak sengaja kan".

"Awak dari mana ni ? Alone ?"

"From that stall . Having some lunch with them ". Nashran hanya menganggukkan kepala tanda mengerti . Dia terus memapah Fea menuju ke kerusi yang berada berdekatan dengan mereka .

Nashran tunduk dan memegang kaki Fea . Bengkak . Dia berasa bersalah kerana dirinya yang menjadi penyebab Fea menanggung kesakitan .
Dia cuba melurut perlahan bahagian buku lali Fea . Mengaduh kesakitan gadis itu .

"Awak datang dengan apa ni ? Your car or their car ?".

"Kereta Irdina".

"Kita pergi klinik sekarang".Nashran memberi arahan . Fea cuba membantah namun hanya diam setelah diberi jelingan oleh Nashran . Sebelum itu , Nashran terlebih dahulu menelefon Yasmin dan memberitahu tentang keadaan Fea . Mujur mereka mengerti walaupun pada mulanya mereka semua panik dengan berita itu . Nashran kemudiannya memapah Fea menuju ke kereta Fordnya dan memecut laju menuju ke klinik milik keluarga mereka .

CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)Where stories live. Discover now