Hari itu Fea terbangun lewat . Laju dia mandi dan bersiap . Baju juga main pilih saja tanpa mencuba dulu . Bedak ditempek ke mukanya dan sedikit lip gloss dicalit ke bibir . Fea tidak gemar bermake up kerana dia lebih sukakan mukanya natural .
Waa , saya dah sampai ni .- Nash
Fea pantas mengambil begnya dan berlari turun . Tangan ibunya disalam . Puan Saliha hanya memandang pemergian Sofea Najwa dengan senyuman .
"Nak bawa saya pergi mana ni em ? "
"Adelah . Just wait and see okey ". Tersenyum Nashrin memandang Fea yang memuncungkan mulutnya tanda protes .
Lebih kurang 20 minit perjalanan , mereka tiba di sebuah restoran . Nashrin pantas turun dan membuka pintu keretanya . Dia tahu Fea akan marah kerana melayannya sebegitu namun dia hanya bersikap selamba . Peduli ah . harini special day . Desis Nashran .
Mereka masuk ke restoran itu dan menuju ke tempat yang telah ditempah oleh Nashran dengan diiringi oleh pelayan restoran itu . Fea duduk dengan teragak-agak apabila Nashran menarik kerusi untuknya . Makanan yang dipesan dimakan dengan begitu tertib . Sesekali mereka berbual dan bergelak ketawa apabila masing-masing sibuk bergurau dan mengusik antara satu sama lain . Setelah selesai menjamu selera . Nashran memesan dessert kesukaannya . Riak wajah dia nampak gelisah .
"Waa , actually there is something that I want to tell you . But please , dont laugh . Im serious ". Nashran memulakan bicara apabila dia sudah berjaya mengumpul kekuatannya .
"Wait , give me a few second to laugh ".
"What ? Saya serious ni boleh pulak dia memain ". Rajuk Nashran .
"Alololo , sorry ye Raykal Nashran . Sofea Najwa janji takkan buat lagi . Awak tu haa , makan comot sangat ". Fea berhenti ketawa sambil mengelap bibir Nashrn yang comot dengan menggunakan tisu .
Nashran terpaku dengan tindakan Fea itu . Dia hanya diam dan memandang ke arah Fea . Tidak berkelip mata Nashran saat Fea membalas renungan matanya . Perbuatan Fea terhenti akibat terkejut . Dia berdehem untuk menyedarkan Nashran yang kelihatan seperti tenggelam dalam dunianya itu .
"Okey , apa yang awak nak bagitahu sangat tu ? Macam series je ".
"Waa , sebenarnya saya dah lama sukakan awak . Since kita start rapat dulu . Saya mula jatuh cinta dengan senyuman awak , raut wajah awak dan yang paling penting lesung pipit awak ni haa". Terluah jua luahan itu dari bibir Nashran . Dia menghembuskan nafas setelah berjaya menyatakan hasrat hatinya .
"Will you be mine Sofea Najwa ?".
Fea hanya memandang Nashran dengan riak terkejut . Tak sangka secepat ini Nashran akan tunduk kepadanya . Dia tersenyum sendirian sambil membetulkan kedudukanya . Nashran kemudiannya menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kotak kecil yang berbalut cantik dengan dihiasi reben kecil berwarna merah . Dia membukanya dan menolak kotak itu ke arah Fea .
"Kalau awak terima saya , tolong pakai pemberian saya ni". Nashran memandang Fea dengan penuh pengharapan . Dia tidak memaksa Fea untuk menerima dirinya tetapi dia pasti akan kecewa andai keputusan Fea adalah sebaliknya .
Fea hanya tersenyum . Tak sangka skill aku masih berbisa . Dia mencapai kotak itu dan mengambil isinya . Dipakainya cincin itu ke jarinya dan rantai itu ke lehernya . Cantik . Desis hati Fea . Not bad taste mamat ni . Nashran yang melihatnya ternganga kerana tidak menyangka reaksi Fea adalah positif . Terasa ingin melompat gembira dan memeluk Fea disitu juga kerana sudi memberi peluang kepadanya memiliki Fea .
"Saya terima ". Ringkas jawapan Fea .
"Thanks Fea . Saya betul-betul tak sangka jawapan awak adalah positif . Terima kasih menerima diri saya dan saya janji saya akan buat yang terbaik untuk bahagiakan awak ". Ucap Nashran dengan girang .
Selesai makan , Nashran membawa Fea bersiar-siar di bandar . Tidak puas rasanya meluangkan masa bersama dengan Fea . Tempoh perkenalan selama 5 bulan ini tidak disangka telah membibitkan rasa cinta dalam hati Nashran . Fea hanya melihat Nashran yang tersenyum kegembiraan . Terserlah keceriaan di wajah itu .
Nashran , aku berharap kau dapat menyembuhkan luka aku yang telah lama berdarah ni . Mungkin aku mendampingi engkau dengan niat yang tidak baik , tetapi setiap lelaki yang aku telah dampingi adalah untuk mencari orang yang mampu merawat luka aku ni . 2 tahun bukan tempoh yang singkat Nash . Aku cuba lupakan dia tetapi aku tak mampu . Aku berharap engkau lah orangnya . Jika tidak , maafkan aku andai engkau menjadi mangsa seterusnya , rintih hati Fea yang sedih melihat kebahagiaan Nashran yang entah bertahan untuk berapa lama .
YOU ARE READING
CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)
RomanceTidak mudah untuk Sofea Najwa bangkit setelah apa yang Carl Daniel lakukan kepadanya . Kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan selama ini musnah begitu sahaja dek kerana Carl yang tidak pernah menghargai cinta Sofea kepadanya . "Cukup sampai sini s...