Bab 14

5.1K 155 0
                                    

Fea hanya melihat lelaki itu sibuk bermain dengan Aiman . Nampak macam Nashran sukakan kanak-kanak . Sifat penyayang begitu terserlah dalam diri lelaki itu . Mungkin kerana lelaki itu seperti dirinya , sunyi tanpa adik beradik . Dia hanya tersenyum memandang gelagat Nashran dan Aiman yang galak bergurau senda itu . Sedang dia ralit , telefonnya tiba-tiba berdering . Dia segera mengangkatnya tanpa melihat nama si pemanggil .

"Fea , please let me speak for the last time ". Fea terkaku . Rayyan . Dia dengar Rayyan seperti menarik nafas dan suaranya sedikit sebak . Kakinya dihalakan ke dapur . Dia tak boleh biarkan Nashran tahu tentang panggilan itu .

"Awak nak apa lagi Rayyan ? ".

"Fea , I know you know how much I love you but saya dah redha awak buat saya macam ni . Mungkin silap saya sebab terlalu mencintai dan mengejar cinta awak hingga nasihat kawan baik saya sendiri pun saya abaikan . Saya tak tahu apa yang awak rasa Fea tapi sejujurnya sekarang saya sedang merasai kesakitan yang amat sangat . Fea , mulai saat ini , saya lepaskan awak . Saya akan cuba lupakan awak walaupun saya tahu sampai bila-bila pun saya takkan mampu . Fea , saya tahu Nashran benar-benar sayangkan awak , jangan sia-siakan dia Fea sebab awak mungkin akan kehilangan dia selamanya . Jaga Nashran dengan baik Fea sebab awak takkan pernah tahu apa yang dia pernah lalui . And pesanan last saya is , if one day you know something bout him , pleasee and please jangan cepat menghukum . Take care Fea , I will always love you my love . Assalamualaikum ".

Fea hanya memandang telefonnya dengan perasaan yang kosong . Kenapa dia merasakan seolah-olah Rayyan tahu sesuatu tentang Nashran . Rahsia apa yang Nashran sembunyikan daripadanya ? Ah lantaklah , buat apa nak ambil tahu , buat sakit kepala je .

Langkah diatur menuju ke taman . Selendang yang dipakainya dikemaskan . Bunyi Aiman mengekek membuatkan hatinya bahagia . Kerusi ditarik dia terus melabuhkan punggungnya . Gelagat Aiman dan Nashran mencuit hatinya . Jam di pergelangan tangan dibelek , hampir 5.30 petang .

"Time's up ! Aiman come to kakak ". Nashran mengambil Aiman dan mendukungnya menuju ke arah kerusi yang Fea duduki . Fea mendepangkan kedua-dua tangannya menunggu Aiman datang memeluknya .

"Aiman , do you want some drink ?".

Aiman hanya mengangguk . Fea menuang air ke dalam dua cawan . Satu untuk dirinya dan Aiman dan satu untuk Nashran . Muka cemberut Nashran dipandang . Dah kenapa pulak mamat ni .

"Awak ni dah kenapa Nash ?". Fea buntu . Nak kata penat main dengan Aiman , dia nampak okey je .

"Awak la . Macam Aiman sorang je wujud kat sini kan . Saya ni dah macam halimunan dah . "Alahai mamat ni mengadanya . Aku cepuk juga karang . Sabar jelah Fea .

"Alololo , sorry sayang . Hahaha ngan Aiman pun nak jealous ke ? Teruk la awak ni ."

"At least , layan la saya ni . Ni tak , Aiman sorang je dapat perhatian awak . Sape pakwe awak sekarang ni ?". Fea gelak sepuas hati . Ape pasal la teruk sangat pakwe aku ni . Aiman yang berada di ribaanya mendongak memandang Fea .

"Akak Fea , why you laugh ?".

"Nothing , sweetheart . Finish up the drink ".

Fea kemudiannya menarik telinga Nashran mendekati bibirnya .

"I love you Nash". Nashran terpaku dengan tindakan Fea . Suara itu sangat merdu menyapa hawa telinganya . Dia berpaling menghadap Fea . Anak rambut Fea yang berjuntaian keluar itu diselitkan ke telinganya . Kepala Fea digosok penuh kasih .

"I love you more sayang ".

"Dah , tak payah nak goda saya . Saya tak cair . Haha . Nash , dinner kat sini eh . Kejap lagi ibu balik la tu ".

"Oke je ."

Setelah menunjukkan bilik kepada Nashran untuk memberinya ruang beristirehat , Fea pantas mendukung Aiman menuju ke bilik mandinya . Aiman dimandikan kerana mamanya akan mengambilnya pukul 8 nanti . Walaupun Fea tidak pernah merasai perasaan menjaga adik , namun dia langsung tidak kekok menguruskan persiapan Aiman . Nashran yang memandang dari luar hanya tersenyum . Awak berbeza Fea . Awak dilahirkan dalam keluarga yang serba mewah namun Fea tidak pernah meninggi diri mahupun bongkak dengan kelebihannya itu . Sifat Fea itulah yang membuatkannya jatuh hati dan mula cintakan perempuan itu .

CINTA DAN DENDAM (COMPLETED✔)Where stories live. Discover now