Prolog

20.6K 504 3
                                    

Nur Aida Halwani memandang ke bawah, melihat para tetamu yang hadis ke majlis perkahwinannya bersama anak lelaki rakan kongsi abahnya, Muhammad Zarith. Dia dan Zarith tidak pernah berjumpa. Namun, mereka berkahwin atas permintaan keluarga mereka.

Walaupun dia dipaksa berkahwin, dia masih redha dengan jodohnya. Namun, dia tidak tahu apa yang Zarith fikirkan.

Pintu dikuak membuatkan Aida tersentak. Dia melihat Zarith masuk ke dalam dan menutup pintu.

"Asal kau masuk awal sangat? Umi kau cari kau tau?"

"Maaf, saya cuma rasa letih." Zarith menyalin bajunya dan Aida terkejut apabila melihat sixpack milik Zarith. Dia terus berpaling muka dengan wajahnya yang merona kemerahan. Zarith tersenyum sinis.

"Asal? Malu? Dahlah. Tak payah nak berlagak suci sangat. Sekarang, amik barang kau, pergi tidur atas sofa sana."

"Hah?"

"Kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni? Aku cakap pergi amik bantal dan selimut kau ni, pergi tidur atas sofa tu. Aku tak nak kongsi katil dengan orang." Aida tahu Zarith masih tak dapat terima perkahwinan mereka. Jadi, dia hanya menurut saja arahan Zarith itu. Zarith terus merebahkan tubuhnya di atas katil.

Aida baring di atas sofa lalu melelapka matanya secara perlahan-lahan.


Keesokan paginya, Aida mengejutkan suaminya yang masih tidur terlentang di atas katil. Dia mengocok sedikit bahu lelaki itu.

"Awak... Awak... Bangun solat subuh."

"Hmm.."

"Awak..."

"Apa dia?!"

"Solat subuh.."

"Pergi je la. Tak payah kacau aku nak tidur."

Aida terus bangun dan beredar keluar dari bilik itu. Takut-takut si Zarith marah lagi.


Puan Syikin melihat menantunya sedang memasak di dapur.

"Rajin betul menantu mama ni, ya? PAgi-pagi dah masuk dapur memasak." Aida tersenyum mendengar pujian ibu mertuanya. Aida menyeduk nasi goreng ke dalam mangkuk.

"Mana ada rajin, mama. Lagipun, Aida masak benda senang je."

"Zarith dah bangun ke?" Aida terdiam bila tentang Zarith ditanya. Puan Syikin tersenyum lalu menggosok bahu menantunya.

"Sabarlah, Aida. Mula-mula memang Zarith berperangai macam tu. Lama-lama nanti, tentu dia dapat terima semua ni."


Semasa Puan Syikin dan Aida berbual di meja makan, Zarith menuruni tangga dengan segak bergaya.

"Hey, Zarith. Kamu nak ke mana siap bergaya lagi?"

"Nak keluar, ma."

"Kalau ya pun, marilah makan. Rasa air tangan isteri kamu ni."

"Tak payahlah, ma. Zarith lebih suka makan kat luar. Zarith tak lalu nak makan perempuan tu masak." Aida tertunduk.

"Zarith pergi dulu." Zarith terus beredar. Puan Syikin meraih tangan Aida lalu mengusapnya dengan lembut.

"Sory, Aida. Mama mintak maaf bagi pihak Zarith. Dia perlukan masa untuk semua ni. Mama harap kamu faham, Aida." Aida tersenyum hambar lalu mengangguk.


Aida duduk melipat kain di dalam biliknya. Zarith masuk ke dalam bilik dan terus berbaring di atas katilnya. Aida tidak sedar akan kepulangan Zarith. Zarith hanya memandang Aida.

Andainya Bintang Masih BersinarWhere stories live. Discover now