Aida duduk di anjung rumah, melihat pemandangan laman rumahnya.
Puan Aini masuk ke dalam biliknya dan berjalan ke arah Aida.
"Amboi, jauhnya termenung." Aida tersenyum memandang ibunya.
"Tak adalah, umi. Adik tengah fikirkan something."
"Something? Apa dia?"
"Aida ingat, Aida tak nak sambung belajar lagi la. Maybe 3/4 tahun lagi. Sebab..adik tak ready lagi."
Puan Aini tersenyum lalu mengusap kepalanya anak gadisnya.
"Tak apalah, dik. Umi faham. Kalau itu keputusan adik, umi terima."
"Thanks, umi."
"Siap-siap tau. Kejap lagi kita breakfast sama-sama."
"Ok, boss." Puan Aini tersenyum lalu berjalan ke luar.
Aida termenung sekali lagi dan mengeluh berat.
Flashback
Aida mengemas ruang dapur sambil menyusun barang-barang yang telah dibeli oleh Zarith tadi.
Zarith pula yang sedang menonton televisyen bergerak ke ruang dapur.
Dia memandang Aida yang sedang terjengket-jengket cuba meletakkan barang di bahagian atas rak.
"Yang kau terloncat-loncat macam kera kena belacan ni apasal?"
"AAAAARRGHH!!"
Zarith terus menyambut Aida sebelum sempat terjatuh di atas lantai seramik.
"Kau ni... apasal nak susun barang tak panggil aku?"
"Bukan tak nak... Tapi..nanti susahkan awak pula."
"Kau ni... kalau jatuh macam mana tadi?"
"Alaa, bukannya mengandung pun."
"Menjawab nombor satu, kan?" Aida mencebik dan terpandang ke atas.
"AWAAAK!!" Aida terus memeluk kepala Zarith dan periuk berbesi tebal terus menghempuk kepala Aida. Aida terus rebah di atas tanah.
"Aidaa!!" Zarith memangku kepala Aida. Seluar trek putih kini bertukar merah.
"Allahuakhbar.. Aida.."
"Rith...sakit..."
"Aku bawak kau pergi hospital. Hang on!"
Zarith terus mencempung tubuh kecil Aida masuk ke dalam kereta. Tidak lupa juga tudung indon untuk Aida.
"Jadi, bila kepala dia akan sembuh?"
"Encik janganlah risau. Mungkin kepala dia akan sembuh dalam 4/5 minggu. Alhamdulillah, kepala dia tak ada darah beku. Kalau tak, mungkin susah nanti."
"Alhamdulillah.. jadi, dia dah boleh discharged?"
"Alhamdulillah, petang nanti dia boleh discharged. Cuma, bagi dia rehat sepanjang masa. Hantukan yang kuat boleh buat otak dia bergegar teruk. Jadi, bahaya kalau bagi dia buat kerja nanti."
"Okay, thanks, doc." Doktor Safiya beredar. Zarith duduk di birai katil Aida.
"Dengar tak doktor cakap apa?"
"Dengar..."
"Lain kali jangan buat macam tu."
"Mana boleh!" Zarith terkejut dengan tindakan drastik Aida. Aida yang baru sedar akan kelakuannya itu berdehem dan bersandar semula.
"Apa..sal tak boleh?"
"Sebab...kalau awak sakit, saya kena jaga. Awak tu banyak karenah."
"Ceh."
Dan, saya sayangkan awak, Zarith. Saya tak nak awak jatuh sakit sebab saya. Bisik Aida sambil tersenyum.
"Kau apasal sengih sorang-sorang?"
"M-manada!"
Zarith tersengih jahat dan otaknya sudah merancang pelbagai strategi untuk mengenakan Aida.
"Kau mesti bisik something dalam hati kau, kan?"
"Mana ada!" Pipinya semakin merah dan ketawa Zarith semakin kuat.
Kemudian, Aida tersenyum melihat Zarith.
End flashback
Aida mengeluh dan mendongakkan kepalanya memandang langit.
Aida rindukan kenangan kita, biey. Rindu sangat-sangat...
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...