Zarith keluar dari bilik kerjanya dan melihat ruang tamu begitu sunyi. Memanglah TV dihidupkan tapi ke manakah penontonnya? Di dapur juga macam tu.
'Aik, mana bini aku ni?' Dia ke ruang tamu kembali dan perasan pintu terbuka.
Dia melihat Aida berada di laman rumah. Zarith mengeluh kecil.
'Kat sini rupanya...'
Zarith menyarung selipar dan berjalan ke arah Aida.
"Duduk sini rupanya, sayang biey. Risau biey bila tengok rumah biey ni kosong je tak ada sayang."
Aida yang kusyuk dengan dunianya terkejut kecil bila disergah oleh Zarith secara tiba-tiba.
"Terkejut saya. Biey ni!" Aida memukul kecil lengan Zarith.
"Aduh, aduh, sayang! Sakitlah, sayang! Kenapa pukul biey?!" Aduh manja Zarith.
"Kenapa terkejut saya?! Kalau saya ada sakit jantung macam mana?!" Zarith tertawa kecil laku duduk di sisi Aida sambil merangkul bahu isterinya.
"Alaa, sayang. Biey gurau je. Lagipun, hari ni tak gurau lagi dengan sayang biey. So, biey rasa sunyi." Aida tersenyum bila mendengar rintihan encik suaminya.
"Alolololo, meh cini. Baby titew unyi la. Ciannye tia. Hahaha"
"Sayang ingat biey ni budak tadika nak dipujuk macam tu?"
"Habis tu, nak yang versi macam mana lagi?"
"Nak versi hubby honey."
"Versi apa tu? Tak pernah dengar pon."
"Memang tak pernah dengar. Versi ni biey yang cipta tau. Versi dia romantik tau."
"Oh ye ke? Macam mana tu?"
"Macam ni?" Tanpa amaran, Zarith terus mendukung Aida. Aida terjerit kecil apabila tubuhnya mula terapung.
"Biey, apa ni?! Turunkan saya!! Now!!"
"Sayang juga yang nak tau versi hubby honey macam mana kan? So, bila dah mula, kita kena habiskan." Solera Zarith dengan senyuman yang tak putus-putus.
"Biey!!"
"Sayang, tak elok jerit-jerit. Nanti jiran dengar, sayang juga yang malu."
Aida keluar dari bilik mandi dan melihat Zarith termenung panjang.
"Biey?" Zarith tersentak dan memandang Aida.
"Termenung apa?" Zarith tersenyum hambar.
"Tak ada apa, sayang." Aida duduk di sisi Zarith yang sedang terbaring di atas katil.
"Saya tengok biey asyik termenung hari ni." Zarith terdiam.
"Biey, kalau ada masalah, office or personal, just tell me. I'm your wife, right? I need to know."
Zarith bangun dari baringannya dan mencapai tangan si Aida dan mengusapnya dengan perlahan.
"Kalau biey bagi tau, sayang janji dengan biey, sayang takkan tinggalkan biey, okay?"
"Insyaallah, biey. I will try my best." Kata-kata Aida sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa gundah yang bertandang di hati Zarith.
"Dulu, sebelum biey berubah, biey kenal dengan seorang perempuan. Namanya Catrina. Dia lebih kurang kekasih gelap biey. Tiap-tiap malam, biey dengan dia akan pergi ke kelab. Dari zaman remaja sampai zaman kawin. Tapi, kita tak pernah ber ehem ehem, okay. Lepas tu, kita orang putus sebab dia ada lelaki lain. And, sebab tu juga biey cuba untuk terima my wife after biey accident. Biey ingat biey nak hidup bahagia dengan sayang tapi siang tadi, dia muncul balik dan nak get back. I swear, biey tak pernah ada perasaan dekat d-"
Kata-kata Zarith mati apabila jari telunjuk milik Aida menghentikan gerakan bibir Zarith. Aida tersenyum lalu menarik Zarith ke dalam pelukannya. Wajah Zarith di sembam pada pangkal leher Aida. Aida mengusap rambut Zarith perlahan-lahan.
"Kesian suami saya ni. Baru nak bahagia tapi selalu ada masalah. Biey, saya selalu support biey dari belakang dan depan. Tak kisahlah kita jauh atau dekat, saya tetap ada dengan biey. Cuma satu je biey kena ingat, dugaan yang biey tempuh, itu tak seteruk dugaan orang lain. Kalau kita diuji, itu maknanya Allah sayangkan kita. Allah sayangkan biey. Biey sabar ye? Insyaallah, kita akan jumpa kebahagiaan kita."
Zarith memeluk Aida dengan erat dan Aida tersenyum. Zarith menangis seketika apabila mendengar kata-kata Aida. Aida memang memahaminya.
"Thanks, sayang. I love you..."
"I love you too, my Zarith..."
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...