Aida menyiapkan makan tengah hari manakala Zarith sedang membasuh kereta.
Ketika sedang membasuh kereta, Zarith perasan akan sampul surat bersaiz A4 terletak di atas tembok rumahnya.
Zarith memandang kiri dan kanan dan mencapai sampul itu. Dia terkejut apabila melihat gambar dia bersama Catrina berada di dalam sampul itu.
"Tak guna punya perempuan. Sekarang kau tuju terus dekat bini aku, kan?!"
Zarith masuk ke dalam rumah untuk mengambil lighter. Dia keluar dan membakar gambar itu di dalam tong sampah besi du luar rumahnya. Bila melihat gambar itu sudah terbakar sepenuhnya, dia menutup tong sampah itu dan masuk ke dalam.
Aida yang melihat Zarith berjalan ke arah ruang makan terus menegur suaminya.
"Biey, jom makan. Saya dah siap ni."
"Jom!"
Zarith duduk di meja makan terliur melihat lauk pauk yang disiapkan oleh Aida. Semuanya membuatkan Zarith terliur.
"Wah, sayang! Specialnya hari ni! Sedap-sedap pula tu~"
"Biey ni. Tak makan lagi dah kata sedap. Hari ni kan hari minggu. So, saya masaklah special sikit."
"Bestnya sayang ni. Beruntung biey dapat isteri macam sayang tau."
"Dah, tak payah nak puji-puji sangat. Jom lunch." Zarith tersengih-sengih macam kerang busuk. Nasi ayam, I'm coming~
Setelah lengkap juadah di atas pinggan, pinggan itu dihulurkan pada Zarith.
Setelah mengaminkan doa makan, Zarith terus menyuap nasi ke dalam mulut tanpa menunggu.
"Ish, biey. Slow sikit!"
"Hmm~ Sedapnya~"
"Okay tak, biey?"
"Okay sangat, sayang! Biey sukalah! Terbaik!" Zarith meneruskan suapan ke dalam rongga mulutnya. Perut yang kebulur menambahkan selera makannya.
Aida pula tersenyum gembira melihat reaksi si suami. Alhamdulillah. Dia gembira melihat Zarith sukakan masakannya.
"Sayang, tambah!" Aida mencapai pinggan Zarith lalu ditambahkan nasi. Tidak lupa juga untuk meletakkan ayam bersalut madu, sos, kicap, sup dan sayur-sayuran.
"Nah, biey." Zarith mencapai dan terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Biey ni, makan macam budak-budak."
"Yelah. Masakan sayang ni sedap giler. Daripada tak craving terus jadi craving. Sayang, biey nak buat pesanan, boleh tak?"
"Apa dia? Kalau saya boleh buat, saya buat."
"Buat chicken chop. Biey craving la."
"Ayam lagi?"
"Alaa, boleh la."
"Ok tapi kita kena pergi supermarket la. Cari barang-barang dia. Kita makan time dinner, okay tak?"
"Biey tak kisah. Asalkan sayang masak. Tambah lagi, sayang!"
"Banyaknya makan!" Zarith tertawa melihat reaksi isterinya. Sungguh dia bahagia bersama Nur Aida Hilwani.
Zarith menolak troli manakala Aida membelek barang yang ada.
Senarai
Sos lada hitam
Susu cair
Pati ayam
Tepung serbaguna
Telur
Ayam
Mayonis jepun
Salad air
Tomato
Carrot
Lemon"Sayang, sana ada ayam." Aida hanya mengikut Zarith. Setelah selesai membayar barang dapur, mereka pulang ke rumah. Zarith tidak berhenti dari tersenyum. Dalam hatinya, dia tak sabar nak merasa chicken chop buatan Aida.
Ketika Aida ingin menyiapkan dinner mereka, Zarith turut membantunya. Memang seperti keluarga bahagia.
"Hmm~ Sedapnya~"
"Alhamdulillah."
"Sayang, minggu dpan masak lagi, ye?"
"Eh, tak puas lagi?" Tanya Aida sambil tersenyum.
"Of course. Kalau sayang nak tahu, chicken chop ni favourite biey tau."
"Yeke? Napa tak bagi tau awai-awai? Kalau tak, dah lama saya masakkan."
"Baru hari ni rasa craving chicken chop. Wah! Hari ni hari sabtu yang paling best!!" Sorak Zarith. Aida pula tersenyum gembira. Baru kena chicken chop, dah happy macam tu. Macam dapat anak je.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...