"Aku sayangkan kau, Aida." Zarith tersentak lalu menggeleng.
"Tidak." Aida tergamam. Zarith tersenyum.
"Saya cintakan awak, Nur Aida Halwani." Aida berasa gembira lalu mengukirkan senyuman yang termanis pada Zarith.
"Terima kasih, sayang. Sebab sanggup bertahan dengan seksaan abang." Aida terus memeluk tubuh Zarith manakala Zarith tersenyum. Akhirnya dia berjaya luahkannya.
"Awak..." Zarith memandang ke muka pintu dan melihat Aida sedang berdiri di situ. Zarith memandang dengan pelik.
"Aida?"
Zarith...
Zarith berdiri dan melihat sekelilingnya gelap. Bukankah dia berada di dalam bilik bersama-sama dengan isterinya.
"Aida?" Aida memalingkan tubuhnya ke belakang dan berjalan meninggalkannya. Zarith terkejut dan berlari mengejarnya.
"Sayang! Tunggu abang! Jangan pergi!"
Zarith...
"Aida!" Tiba-tiba cahaya yang terang menyuluh matanya dan memaksa mata itu untuk ditutup rapat.
"Awak! Zarith! Bangunlah!" Zarith membuka matanya perlahan-lahan melihat Aida berada di depan matanya.
"Aida?"
"Bangun juga..." Keluh Aida. Zarith merasakan tubuhnya mencium lantai yang sejuk lagi dingin. Sudahlah memasang aircond. Bertambah sejuk lantainya.
"Kenapa..."
"Awak terjatuh masa tidur tadi. Tadi awak mimpi apa sampai awak menangis ni?" Zarith bangun perlahan-lahan dan mengesap tubir matanya yang masih lembap.
Mimpi ke? Zarith memandang ke arah gelas yang berada di atas almari. Masih ada.
Jadi, ianya mimpi... Aida memapah Zarith untuk duduk atas katil semula.
"A-Awak nak makan...apa-apa ke?"
"Buatkan bubur ayam untuk aku." Aida tersentak. Zarith memandangnya dengan pelik.
"Dah kenapa?" Aida tersentak.
"T-Tak! Tak ada apa-apa. Saya..pergi dulu."
Api dapur dimatikan dan bubur ayam dicedok ke dalam mangkuk plastik. Aida menatang dulang ke atas dan masuk ke dalam bilik Zarith.
"Mmm... Awak?" Zarith memandang ke arah Aida. Aida menghulurkan dulangnya.
"Ini...makanan awak."
"Suapkan aku." Aida terkejut bila Zarith berkata begitu.
"Su-suap..kan?"
"Ya. Suapkan aku. Jari aku rasa sakitlah. Mungkin terseliuh sebab jatuh tadi." Aida mengangguk lalu duduk di birai katil. Hanya di birai katil saja. Zarith mengerutkan dahinya.
"Dah kenapa duduk hujung sangat? Nanti jatuh pulak. Dekat sikit." Aida menuruti arahan Zarith. Betul-betul dekat dengan lelaki itu. Setiap suapan Zarith disambut dengan senyuman lelaki itu.
"Aida."
"Y-Ya?"
"Malam ni kau tidur dengan aku, ya?" Aida mengangguk perlahan-lahan.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...