Zarith membuka matanya apabila sinaran mentari pagi menyuluh matanya. Agaknya matahari tu nak kejutkan dia kot.
Ish, kacau betullah benda tu.. Zarith memalingkan tubuhnya dan meraba sisinya. Kosong? Dia membuka mata dan...yes! Tempat di sebelahnya kosong. Zarith bangun dan merenggangkan tubuhnya.
"Mana Aida ni?" Dia mencapai tongkat dan berjalan keluar dari bilik tidurnya. Dengan rambut yang serabai dia. Hurmm... Zarith melihat ke bawah dan bingo! Aida sedang mengemas ruang tamu.
Rajin betul bini aku.
Dia turun ke bawah dan Aida masih belum sedar akan kehadiran Zarith.
"Mmm..." Aida tersentak lalu memandang belakang. Dia terkejut melihat Zarith berada di bawah.
"Awak nak makan ke?" Zarith mengangguk.
"Awak duduklah dulu. Saya hidangkan." Aida berlalu pergi dan Zarith duduk di meja makan. Aida menghulurkan hidangan pagi dan Zarith menyambutnya.
"Saya nak sambung mengemas." Zarith terus mencapai tangan Aida dan Aida terhenti.
"Teman aku makan. Takkan kau biarkan aku makan seorang." Aida tidak mengangguk tidak menggeleng menarik kerusi lalu duduk. Zarith sudah mengukirkan senyuman.
Sepanjang Zarith makan, Aida hanya tunduk dan berdiam diri. Zarith menolak pinggan kosong ke tepi menandakan dia sudah selesai makan. Dia memandang Aida.
"Saya nak mengemas.." Aida berdiri. Tidak semena-mena, tubuhnya ditolak ke dinding dengan kuat dan Zarith berdiri di depannya.
"Kenapa kau tak nak pandang muka aku, hah?!" Aida hanya tunduk dan cuba menahan tangisannya. Zarith sudah mula hilang sabar.
"Kenapa kau berubah, Aida?" Aida menundukkan kepalanya. Balutan di tangan kirinya sudah lama dibuang dan kini hanya tinggal parut.
"Aku tanya kau ni, Aida!" Aida perlahan-lahan terduduk dan melepaskan tangisannya. Zarith terkedu melihatnya.
"S-Saya...tak boleh...! Saya t-takut...! S-saya..trauma...! Setiap...kali..saya dekat..dengan awak...saya menggigil..!!" Zarith duduk di depan Aida lalu memeluk gadis itu.
"Aku minta maaf, Aida. Aku tahu salah aku.. Aku zalim dengan kau. Malah aku layan kau macam hamba... Maafkan aku, Aida. Tolong jangan takut dekat aku... Aku dah sayang kau.. Tolong jangan lari ea?"
Boleh percaya ke Zarith ni? Tak, tentu dia nak seksa kau lagi teruk, Aida. Tapi, diakan suami kau. Mungkin betul. Mungkin dia dah insaf. Mungkin betul dia sayangkan kau.
Dengan perlahan, Aida mengangguk dan Zarith tersenyum. Dia membelai rambut Aida dengan lembut.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...