Aida menyediakan sarapan seperti biasa walaupun hari itu dia terasa seperti tidak bermaya. Mungkin sebab belakangnya masih sakit. Yalah. Kena bucu meja dekat belakang. Siapa yang tak sakit. Orang gila pun tau sakit tu macam mana.
Namun, Aida jenis bukan perempuan yang biasa. Walaupun dia teraniaya, dia tetap menjalankan tugasnya sebagai isteri.
Zarith turun ke bawah sambil memegang briefcase. Zarith terus duduk di meja makan. Aida terus menghulurkan hidangan Zarith.
Baru suap satu sudu, Zarith sudah meludahkan kembali makanan itu ke atas lantai. Aida sudah mejadi takut.
"KAU NI RETI MASAK TAK, HAH?!"
"Ke-Kenapa, awak...."
"Kenapa kau tanya?! MAcam mana boleh masin ni?!"
"M-Masin...."
"Kau cuba rasa?!" Tergetar-getar tangan Aida menyuapkan nasi goreng itu ke dalam mulutnya.
"T-Tak masin...."
"Tak masin?! Tunggu kau...!" Zarith terus mengangkat punggungnya dan kakinya laju melangkah ke arah dapur. Dia kembali ke ruang makan dengan segenggam garam lalu dicampakkan ke dalam bekas nasi goreng dan digaulkan.
"Kau kata tak masin, kan?! Sekarang, makan ni!!"
Aida meronta-ronta apabila Zarith mencengkang mulutnya dan disumbat nasi goreng itu. Ya Allah, masinnya! Aida terduduk dan terus mengesot bersandar pada dinding sambil menangis teresak-esak.
"Masin, kan?! Macam tulah aku rasa bila aku makan masakan kau! Kalau tak pandai masak, tak payah masak! Mampus aku nanti!!" Zarith terus mencapai briefcase-nya dan terus beredar.
Ya Allah, apakah dosa hamba-Mu ini sampai dilayan seperti ini? Aku tak kuat, Ya Allah. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah...Namun, Kau maafkanlah suamiku...
Pada malam itu, Zarith pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lagi. Walaupun sakit masih ada, Aida tetap menyambut kepulangan suaminya.
"Awak dah makan?"
"Kau tak payah nak menyibuk la, perempuan!" Zarith menolak Aida dengan kasar.
DUSH!
Aida merasakan ada sesuatu yang mengalir di dahinya. Dia terus mengesap darah yang masih pekat mengalir. ZArith sudah pun masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...