Zarith menyelak dokumen yang berada di atas mejanya. Dia begitu tekun menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Pintu pejabat diketuk.
"Masuk."
Zaquan, adik angkat Zarith masuk ke dalam sambil membawa berkotak-kotak hadiah yang berbalut.
"Yang kau bawa hadiah-hadiah ni dah kenapa?"
"Abang ingat saya nak sangat ke bawa benda-benda ni? Ni awek-awek abang bagilah." Zarith mengeluh dan menyambung kerjanya kembali.
"Kau ambil je la."
"Yey!" Zarith tergelak kecil.
"Suka kau, ya?"
"Hadiah free. Sape yang tak suka?"
"Apa-apa hadiah yang aku dapat dari diorang, ko ambil je la."
"Roger that." Zaquan duduk di depan Zarith yang masih leka dengan kerjanya.
"Abang nak move on ke?" Zarith memandang Zaquan dengan pelik.
"Kenapa?"
"Yela. Lepas abang accidient tu, abang langsung tak pergi club. Awek-awek abang tu yang cari abang sekarang."
"Entahlah, Wan. Aku rasa macam insaf tau. Lepas benda tu jadi, dengan layanan Aida dekat aku, aku rasa macam...jahil sebelum ni." Zaquan tersenyum.
"Jadi, abang berubah sebab Kak Aida lah, ya?"
"Mungkin juga. Kakak kamu tu...bukan macam perempuan lain, Wan. Kamu tahu, kan? Abang pernah seksa dia, tengking dia, tapi dia still layan abang dengan elok. Cuma..."
"Cuma?"
"Lepas abang tekap iron dekat tubuh dia, dia trauma."
"What?! Tekap iron?! Bang, jangan main-main bang..!" Zarith tunduk memandang mejanya.
"Seriously? Apa yang Kak Aida buat sampai abang tekap iron dekat dia?"
"Abang tahu abang salah. Tapi, abang dah insaf. Abang sayang dia, Wan. I love her so much."
"So, kakak?"
"Mulanya,..dia takut dengan abang. Tapi, lepas abang pujuk dia, bagi dia ruang untuk bernafas, alhamdulillah dia semakin baik."
"Alhamdulillah..."
"Mungkin juga abang memang cintakan dia, kan? Sebab abang betul-betul sayangkan dia."
"Alhamdulillah kalau hati abang dah berpaut pada dia. Saya doakan kebahagiaan abang."
"Thanks, Wan."
"Hmm.. Bang."
"Apa?"
"Lunch?"
"Ko lunch la sorang-sorang."
"Alaa. Nak abang temankan."
"Ko nak aku belanja ko kan?"
"Haish.. kantoi la." Zarith tertawa.
"Dah, dah! Pergi lunch sorang. Aku nak balik lunch dengan lovely wife ni."
"Eleeh. Tahulah dah ada teman sehidup semati. Tak payahlah menunjuk."
"Kalau macam tu, kawin la cepat-cepat."
"Calon...dah ada. Just tak confess je lagi."
"Habis tu? Confess je la. Bukan masalah aku."
"Ish, abang ni. Malas nak cakap. Bye. Aku lunch sorang-sorang." Zaquan yang baru saja bangun, berhenti semula apabia namanya dipanggil Zarith.
"Kau balik rumah mama hari ni?"
"Kejap lagi nak balik. Kenapa?"
"Kirim salam dekat mama, ya?"
"Ok. Wan pergi dulu. Bye." Zaquan beredar meninggalkan abangnya seorang diri di dalam bilik. Zarith masih lagi tekun menyiapkan kerja.
Zarith turun dari pejabatnya lalu masuk ke dalam kereta. Gerak gerinya hanya diperhatikan oleh seorang wanita yang tak pernah nak cukup kain. Perempuan itu tersenyum senget sambil mengangkat tinggi kening kirinya. Kereta Zarith meluncur laju masuk ke alur jalan raya meninggalkan perkarangan pejabatnya.
"Zarith Iskandar... Akhirnya, jumpa juga you dekat sini. You ingat you boleh lari dari I? Ini Catrina, okay?" Catrina memakai sunglass miliknya dan menghidupkan keretanya dan meluncur beredar dari kawasan itu.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...