Bab 16 Dia

6.2K 212 0
                                    

Catrina melangkah masuk ke dalam pejabat Zarith dengan laju. Belum sempat setiausaha itu menghalang, dia sudah menerjah masuk. Ketika itu, Zarith masih menyiapkan kerjanya namun tidak bertimbun.

"Kau lagi..."

"Maaf, Boss. Saya tak sempat halang dia tadi."

"Tak apa. Awak boleh keluar."

"Baik, Boss." Zarith berdiri dan memandang tajam ke arah gadis itu.

"Kau nak apa?"

"I nak bincang pasal hubungan kita."

"Bincang apa? Hubungan kita? Kau silap kot. Kita dah tak ada apa-apa hubungan dah kan?"

"Apa? You nak cakap yang you dah berbaik dengan bini you?"

"What's wrong? She's my wife. She's mine. I'm hers."

"Damn you! Habis I?! You nak campak mana?!"

"Kau aku campak jauh-jauh." Zarith tersenyum. Catrina menunding jarinya ke arah Zarith.

"You ingat you boleh terlepas macam tu saja? Okay..." Catrina tersenyum sinis.

"You yang paksa I untuk gunakan cara kotor. You'll see!" Belum sempat Zarith menghalang, Catrina sudah beredar. Zarith duduk sambil mengusutkan rambutnya.

"Tak guna...! Betina tak guna...!"

Zarith pulang ke rumah agak lewat kerana sibuk menyiapkan kerjanya.

Aida yang sedang menyediakan makan malam agak terkejut melihat Zarith sudah pulang. Katanya tadi nak balik lambat. Tapi, awal pula dia balik.

"Awal balik, biey."

"Tak ada mood nak kerja, sayang. Tu yang balik awal."

"Ouh, biey nak makan? Makanan dah siap."

"Kejap lagi biey makan. Biey nak rehat dulu."

"Okay, boss." Zarith naik ke atas dan Aida hanya memandang Zarith. Dia curiga akan kelakuan Zarith ketika itu. Selalunya periang tapi hari ni dia pendiam.

Andainya Bintang Masih BersinarWhere stories live. Discover now