Zarith berjalan dengan langkah yang agak laju dan terus menepuk bonet depan kereta Honda Civic Hybrid warna hitam.
"Woi, betina! Kau keluar sekarang!!"
Catrina terus keluar dari keretanya dengan perasaan tak puas hati.
"Apasal dengan you ni?! Datang-datang terus ketuk kereta I! Kalau kemik macam mana?!"
"Kau ingat aku kisah sangat ke pasal kemik-kemik kau tu?! Yang kau dah kemikkan rumah tangga aku apasal?!"
Catrina tersenyum sinis memandang Zarith.
"Kenapa? Betina tu dah tinggalkan you?"
Zarith sudah tidak dapat menahan kesabarannya lalu menarik lengan Catrina.
"Sini kau!!"
"Zarith, stop it! Sakit tau tak?!"
"Sakit?! Ouh, sakit kau, kau tau?! Sakit hati aku ni, kau tak tau?!"
Catrina merentap tangannya dengan kuat.
"You jangan buat-buat lupa, Zarith! You yang cabar I dulu untuk buat semua ni!"
"Weyh, kau ingat aku heran ke dengan kau, hah?!"
"Do I care about it? Yang penting you dah tak bahagia sekarang."
"Whatever you do, aku yakin Aida takkan tinggalkan aku. Dia akan balik pada aku juga."
"So, apa kaitan betina tu dengan I?"
"Aku bagi kau last warning. Kalau kau cuba apa-apakan Aida, aku akan pastikan kau akan menyesal dengan tindakan kau tu. Kau ingat ye?"
"Kenapa?! You nak bunuh I?!"
"Bukan aku. Tapi, orang lain. Ingat ye?"
Zarith terus meninggalkan Catrina. Catrina menjerit dengan penuh rasa marah.
"I need to change my strategy."
Iqbal datang ke arah Zarith lalu duduk di hadapan lelaki itu.
"Weyh, Zarith. Aku dengar Catrina cari kau? Apahal?"
"Dia hancurkan rumah tangga aku, Bal." Iqbal terkedu.
"Seyes dowh?!" Zarith menutup telinganya yang sedang kesakitan.
"Ko pahal jerit tepi telinga aku?!"
"Sorry sorry." Pinta Iqbal. "Tapi, Rith, dia nak apa dari kau?"
"Entahlah, Bal. Aku rasa dia tak nak tengok aku bahagia. Yela, mungkin sebab aku ni ex-playboy?"
"Kau jangan cakap yang kau dah give up, bro!"
"Kalau itu yang terbaik untuk Aida, aku sanggup lepaskan dia."
"Weyh...."
"Aku tak nak apa-apa jadi dekat dia. Aku mengaku. Dia memang sayangkan dia. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Kalau boleh, aku nak mati sama-sama dengan dia masa hari tua nanti. Tapi-"
"Tak, Rith. Aku tahu mesti ada jalan lain untuk selesaikan benda ni."
"Cara apa lagi?!" Tengking Zarith. Semua orang memandangnya. Iqbal menepuk-nepuk bahu Zarith dengan perlahan.
"Wooow... Relax relax. Aku tahu mood kau tengah burn sekarang. Tapi, kau as ketua keluarga perlu berfikir dengan lebih mendalam."
"Nak fikir apa lagi? Aida dah tinggalkan aku dan aku tak tahu dia dekat mana!"
"Ya ya. Lambat laun dia akan balik ke ke sini juga kan?"
"Tak. Dia takkan balik ke sini?"
"What do you mean?"
"Sebab keluarga dia ada dekat oversea. And maybe dia duduk dengan keluarga dia dekat sana."
"Oh god..!"
"Biarlah, Bal. Maybe aku perlu move on."
Iqbal yang memahami perasaan sahabatnya hanya dapat menepuk-nepuk bahu dia tanda bersabar.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...