Zarith memandu ke Shah Alam melalui lebuh raya. Aida pula diminta untuk duduk di belakang. Aida hanya menuruti arahan suaminya. Takut juga tiba-tiba nanti si Zarith itu naik angin. Dia juga yang jadi mangsa.
Zarith meletakkan kereta di anjung sebuah rumah banglo. Mereka berdua keluar dari kereta dan mengangkat barang mereka masuk ke dalam rumah.
"Kau angkat barang kau masuk dalam bilik nombor 3 kat tingkat atas sana." Aida hanya mengangguk.
"Kau tak boleh nak jawab ke?!" Tengkin Zarith.
"Ya, abang."
"Dan, satu lagi! Jangan panggil aku 'abang', faham?! Meluat aku!" Aida hanya mendiamkan diri dan bergerak naik ke atas.
Selepas mengemas biliknya, dia turun ke bawah untuk menyediakan makan tengah hari. Semasa dia sedang memotong sayur, Zarith masuk ke dapur.
"Dah masak belum?"
"Ke-kejap lagi siap."
"Cepat sikit. Aku lapar ni." Zarith beredar ke ruang tamu.
Aida menyediakan makan tengah hari untuk Zarith. Zarith duduk di kerusi dan Aida menghulurkan sepinggan nasi putih. Sepanjang mereka makan, Zarith banyak memberikan peraturan untuk Aida sepanjang perempuan itu berada di rumahnya. Amboi. Perempuan itu pun bukannya sesiapa lagi. Bini kau juga. Gertus Aida. Namun, dia tidak berani ungkapkan kata hatinya.
"Dan yang terakhir sepanjang kau berada di sini, tinggal di sini, aktiviti yang berlaku dalam rumah ni, kau tak boleh laporkan pada sesiapapun termasuk parents aku dan kau."
"Ya, saya faham."
"Kalau aku dapat tahu, siap kau aku kerjakan. Dah! Bersihkan meja ni! Aku nak keluar."
"Awak balik pukul berapa?"
"Bukan ke aku dah cakap jangan menyibuk urusan aku? Tak faham lagi ke?"
"M-Maaf.. Saya lupa.." Zarith terus beredar.
Aida membaca Al-Quran di tikar sejadah selepas menunaikan solat isya'. Rumahnya diriuhkan dengan kesunyian dan kesepian.
"Sadaqallahulla'zim..." Aida mencium kitab suci Al-Quran itu dan menyimpannya di rak buku yang tinggi.
Aida keluar dari bilik dan menonton televisyen di ruang tamu.
Bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumahnya membuatkan Aida terus berdiri untuk menyambut suaminya. Zarith masuk ke dalam rumah dalam keadaan mabuk.
"Ya Allah, Zarith... Awak mabuk?" Zarith tertawa kecil.
"Kenapa awak minum air kencing syaitan?"
Tiba-tiba, Aida terus ditolak ke belakang dan belakangnya terkena bucu meja kopi.
"Urgh..."
"Kamu tak payah nak berdrama la, betina! *Hick* Aku tau la kau bukannya baik sangat! *Hick* Entah-entah kau kawin dengan aku sebab nakkan harta aku, kan? *Hick* Jangan harap dapat harta aku!! Faham tak?! *Hick* Kau memang jenis betina yang tak layak! Betina jalang!"
Zarith terus beredar dengan langkah yang tidak teratur manakala Aida hanya tertunduk sambil menangis. Bukan akibat bucu meja. Tapi akibat kata-kata Zarith yang tidak berlapik itu.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...