Hampir 2 minggu Aida menjaga setiap keperluan Zarith sepanjang lelaki itu cedera. Walaupun Zarith boleh melakukannya, Aida tetap ada untuk membantunya.
Namun, setelah dicederakan oleh suami sendiri, Aida sering takut pada Zarith. Setiap kali Zarith meninggikan suara, Aida mengundur ke belakang dan menggigil ketakutan. Itu memang trauma yang teruk. Namun, trauma yang belum difailkan kesnya.
Zarith pula mula berlembut dengan Aida dan cuba membuang tabiat yang suka memarahi isterinya. Walaupun tanpa memanggil Aida sebagai sayang-abang, dia cuba untuk berlembut dulu. Step by step agaknya?
"Aida, sini kejap!" Aida bergegas ke bilik Zarith. Melihat Zarith sedang berada di birai katil memandang ke arahnya sambil tersenyum.
"Y-Ya, awak... Awak nak apa?"
"Tolong ambilkan gelas kat atas meja tu. Aku tak sampai.." arah Zarith lembut. Aida segera mencapai gelas itu dan tanpa diduga, gelas itu terlepas dari pegangan Aida dan jatuh ke atas lantai. Masing-masing tergamam.
"M-Maaf, Zarith! Saya tak sengaja!" Cepat-cepat Aida mengutip kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai itu. Zarith tunduk dan bangun mendekati. Aida sudah menggigil ketakutan manakala tangannya masih ligat mengutip butiran kaca. Kaca-kaca itu terus dibuang ke dalam tong sampah yang berada betul-betul di sisinya.
Zarith duduk di sisi Aida lalu menahan tangannya yang sedang menyapu kaca dengan tangannya sendiri. Aida sudah tertunduk dan cuba menahan tangisannya.
"T-Tolong, Z-Zarith... J-Jangan sakitkan s-saya lagi... S-Saya tak s-sengaja.." Dengan sendu Aida berkata. Tapi, Zarith kisah ke? Adakah dia akan bunuh aku kali ni?
Zarith menyentuh pipinya dan mengelap air mata jauh dari tubir matanya. Zarith memandang Aida dengan sayu.
"Dah.. Jangan menangis lagi... Kau tak salah, Aida.." Aida masih cuba menahan tangisannya. Zarith terus menarik Aida ke dalam pelukannya dan belakang Aida digosok lembut.
"Dah, Aida.. Kau tak salah.. Aku tau kau tak sengaja.. Aku tak marah pun.." Setelah lama dipujuk, akhirnya Aida berhenti menangis. Zarith memandang wajahnya. Dia mendongakkan dagu Aida ke atas dan mata mereka bertentangan.
"Aku minta maaf sebab dera kau teruk. Aku tau kau trauma dengan aku. Kau takut kena dera lagi bila kau buat salah. Aku tau perubahan kau lepas benda tu jadi. Aku minta maaf. Aku zalim. Aku dayus. Aku halau kau dari hidup aku sebagai isteri. Aku layan kau macam maid. Walaupun aku tak tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami, kau masih jalankan tanggungjawab kau. Malah, aku tak tunaikan amanah Allah pada aku."
"Z-Zarith..."
"Aku...hamba yang tak berguna, Aida..." Zarith terus memeluk Aida dan melepaskan tangisannya.
"Aku menyesal, Aida.. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat.. Aku suami tak guna..!"
"Zarith, a-awak tak perlu sesal tentang apa-apa pun." Zarith melepaskan pelukannya dan memandang Aida. Aida sudah tersenyum lalu mengusap pipi suaminya. Indahnya wajah dia.
"Pintu taubat Allah masih terbuka untuk hamba-hambanya. Dan, saya harap awak dapat bertaubat, Zarith."
"Aida..."
"Saya sayangkan awak, Zarith. Sampai bila-bila. Walaupun saya tahu cinta saya takkan berbalas, saya nak-"
Tiba-tiba, dia terasakan sesuatu yang hangat di dahinya. Air matanya mengalir turun apabila dia melihat tindakan Zarith. Dia langsung tidak menyangkakannya. Zarith mencium dahinya dengan penuh syahdu. Zarith memandang Aida sambil tersenyum lalu menyandarkan dahinya pada dahi Aida.
"Aku sayangkan kau, Aida." Zarith tersentak lalu menggeleng.
"Tidak." Aida tergamam. Zarith tersenyum.
"Saya cintakan awak, Nur Aida Halwani." Aida berasa gembira lalu mengukirkan senyuman yang termanis pada Zarith.
"Terima kasih, sayang. Sebab sanggup bertahan dengan seksaan abang." Aida terus memeluk tubuh Zarith manakala Zarith tersenyum. Akhirnya dia berjaya luahkannya.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomansaNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...