Zarith sudah dapat berjalan tanpa tongkat. Cutinya kini tinggal beberapa hari saja lagi sebelum dia mengadap kertas kerja yang masih belum disiapkan.
Aida pula masih tetap berdiam diri. Entahlah, dia masih trauma dengan kejadian itu. Terlalu tragedi baginya. Namun, permintaan Zarith untuk bersebilik dengannya tidak ditolak. Dia tahu Zarith mahu berbaik dengannya tapi dia masih ragu-ragu dengan kebaikan Zarith. Susah nak percaya.
Zarith sedang menonton televisyen di ruang tamu manakala Aida sedang menyediakan makan tengah hari. Aida berdiri agak dekat dengan Zarith.
"Hmm...awak.."
"Hmm?" Zarith memandang Aida.
"Jom makan... Saya dah siapkan." Zarith tersenyum lalu bangun menuju ke meja makan.
Lauk dicedok ke dalam pinggan nasinya. Aida melihat Zarith mula menjamah nasinya.
"K-Kalau tak sedap...jangan marah..."
"Tak apa. Aku tak marah. Lagipun kau masak sedap. So, there's no reason for i am be mad at my wife, right?" Aida hanya tunduk. Zarith perasan akan kelakuan Aida lalu mencapai tangan gadis itu dengan lembut.
"Sayang, kenapa ni?" Aida cuma menggeleng.
"Saya cuma...teringatkan..benda tu."
"Aida, jangan buat aku serba salah. Aku tahu memang salah aku sebab layan kau macam tu. Masa tu aku jahil, Aida. Aku tahu kau berhak benci aku, takut sebab aku tapi..tolong. Bagi aku peluang untuk tebus semuanya. Aku sayangkan kau, Aida. Betul-betul sayangkan kau. Please..."
Anggukan Aida melegakan perasaan Zarith yang semakin diselubungi rasa serba salah. Aida tersenyum melihat Zarith.
"And starting from this minute, I didn't want you calling saya-awak, okay?"
"Habis..tu?"
"Sayang-Biey. Okay? I'm calling you as Sayang and you need to calling me as Biey, 'kay?"
"Kenapa 'Biey'?"
" 'Biey' lah mesra sikit. Biey nak mesra dengan sayang." Aida tertawa kecil dan diikuti Zarith.
"Okay, sekarang kita lunch, 'kay?" Aida mengangguk dan mereka menyambung makan tengah hari mereka.
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
Roman d'amourNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...