Zarith menyiapkan kerjanya di pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Zarith mengeluh seketika lalu mengemas meja kerjanya. Dia terlalu leka dengan kerjanya sehingga tak sedar dengan waktu yang semakin laju berjalan.
Aida menghidangkan makan malam di atas meja. Matanya ditumpu ke arah jam di dinding. Jam 7:30? Kedengaran deruman enjin kereta mula masuk ke dalam perkarangan rumah.
"Assalamualaikum.." Aida mendekati suaminya yang melangkah masuk.
"Waalaikumussalam. Lambatnya biey balik."
"Terlajak. Khusyuk sangat dengan kerja." Zarith tertawa kecil dan Aida tersenyum.
"Biey nak mandi atau makan dulu? Makanan dah siap."
"Hmm.. mandi dululah. Nanti baru makan, ya?" Aida mengangguk.
Zarith keluar dari bilik mandi lalu menyarungkan bajunya. Dia berjalan ke arah bilik Aida dan terpaku seketika. Dia melihat Aida sedang menghabiskan solat maghribnya. Saat dia melihat suasana itu, dia merasakan hatinya agak tenang. Aida bangun setelah mengaminkan doanya dan menanggalkan telekung.
"Sayang.." Aida memandang belakang dan melihat Zarith mendekatinya.
"Oh biey. Kejap ya? Saya nak siap dah ni." Aida meletakkan telekung di atas rak penyangkut.
"Ok. Jom-"
"Sini kejap." Zarith menarik tangan Aida supaya duduk di birai katil.
"Kenapa, biey?"
"Biey tahu yang biey zalim selama ni. Biey khilaf."
"Biey.."
"Boleh tak ajar biey solat?" Ya Allah... Sungguh hatinya terharu bila mendengar soalan itu. Meminta dia untuk mengajar dia solat? Sungguh dia seakan-akan tak percaya dengan semua tu. Dengan senyuman menghiasi bibirnya, kepalanya diangguk perlahan.
"Alhamdulillah, hati biey dah terbuka untuk Allah."
"Biey nak cari ketenangan itu, sayang. Ketenangan yang membuatkan hati sayang sentiasa memaafkan perbuatan zalim biey."
"Okay, biey. Sekarang, kita makan ya? Isya' nanti sayang ajar, 'kay?" Zarith mengangguk.
Pada waktu isya', seperti yang diakatakan Aida, dia mengajar Zarith bagaimana untuk solat berpandukan buku solat untuk lelaki. Apabila bertanya tentang bacaan dalam solat, alhamdulillah dia masih ingat bacaan-bacaan surah dalam solat. Dan, sesetengah bacaan solat dia cuba untuk menghafal.
Ada juga Aida menyarankan Zarith untuk ke masjid supaya Zarith dapat mendalami ilmu agamanya.
Alhamdulillah...
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
Roman d'amourNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...