"Aida!!"
Aida terus memecut ke bilik Zarith. Habislah! Dia tengah naik angin! Apa yang aku dah buat?! Aida terus menolak dedaun pintu bilik lelaki itu.
"Ya?"
"Kenapa baju aku ni berkedut lagi?!"
"Berkedut? Tapi, saya dah-"
"Dah! Kau tak payah nak bagi banyak songeh kat aku! Ikut aku sekarang!" Zarith terus menarik Aida ke ruangan menggosok.
"Awak! Awak nak buat apa ni?! Lepaskan!"
"Tak! Bila aku dah sakit hati, kau kena terima hukuman dia! Faham tak?!" Zarith terus mengambil iron yang panas itu lalu ditempekkan pada paha Aida. Aida meraung kesakitan dan cuba menjauhkan dirinya.
"Diam! Aku tak habis lagi dengan kau!!" Dia mengambil tangan kiri Aida lalu melecurkan tapak tangan gadis itu. Aida meronta kesakitan dan terus menjauhkan dirinya dari Zarith. Dia menggigil kesakitan dengan rambutnya yang sudah kusut.
"Kau memang tak de guna dalam rumah ni!! Menyusahkan!" Zarith terus beredar meninggalkan Aida yang menggelumpur itu.
Aida menamatkan balutan di tangannya lalu bangun menuju ke dapur untuk menyediakan makanan tengah hari.
Ketika dia berjalan ke dapur, telefon bimbitnya berbunyi. Dia ke ruang tamu semula dan menjawab panggilan itu.
"Helo, assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam, adik. Ni umi." Aida tersenyum. Air matanya terus mengalir jatuh dari tubir matanya. Sudah sekian lama dia menahan rindu ini...
"Umi rupanya. Umi sihat?"
"Umi sihat, adik. Adik macam mana? Rumahtangga adik baik?"
"Adik sihat, umi. Rumahtangga adik umi janganlah risaukan. Hanya biasa saja."
"Baguslah. Umi cuma berdebar-debar sejak kebelakangan ni. Sebab tu umi call adik." Aida seakan tidak dapat menahan kesedihan yang tertanam di lubuk hatinya lalu dilepaskan.
"Adik, kenapa menangis ni?"
"Taklah. Adik cuma rindukan umi." Rindukan umi? Mungkin juga. Tapi, yang mengguris hatinya adalah sikap dan layanan Zarith terhadap dirinya. Dirinya seolah-olah hamba bagi lelaki kejam itu.
"Umi nak pesan satu je, dik. Walau apapun terjadi, syurga adik di bawah telapak kaki suami adik. Di bawah telapak kaki Zarith. Mungkin adik tak sedia dengan hidup rumahtangga ni tapi umi tahu adik kuat orangnya. Sabar ya, sayang?"
"Insyaallah, umi."
"Okay, umi ada meeting lepas ni. Aida jaga diri, ya?"
"Ya, umi pun. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Panggilan telefon itu dimatikan. Kemudian, Aida terdengar motosikal yang menyinggah halaman rumahnya. Bila dilihat, rupanya posmen menghantar surat. Aida ke luar dan mengambil surat-surat itu. Dia duduk di atas sofa dan membuka sekeping surat dari luar negara.
Universiti Cambridge? Sarjana Muda Teknologi Perubatan? Tapi, takkan aku nak tinggalkan suami aku kat sini?
Tak! Dia dah dera kau, kan?! Jadi, buat apa kau take care lagi pasal dia?
Tak boleh... Dia suami kau. Ingat kata-kata umi, Aida. Syurga kau bawah tapak kaki dia. Tentu ada hikmahnya nanti.
Aida mengeluh lalu tunduk memandang ke bawah. "Tapi, dia takkan sayangkan aku...walaupun aku tinggalkan dia."
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...