"Sayang...ooo sayang.."
"Hmm..."
"Bangunlah...kita dah sampai dekat Jepun kan? takkan nak tidur jer dekat sini? Baik duduk dekat Malaysia je."
"Kejapla.. Aida penat ni.."
"Haik? Sejak bila isteri biey ni jadi pilot."
"Sejak...lahir...hmm..." Akhirnya Aida terlelap meninggalkan Zarith yang tersenyum melihat telatah isterinya itu.
Haish, bini aku ni. Letih tahap geraban kalahkan pilot betul. Tak apalah, Rith. Asalkan dia ada dalam hati kau selamanya.
Aida sudah sedar dari lenanya namun dia masih malas untuk membuka matanya. Tangannya meraba-raba sisinya. Tak ada? Dia membuka matanya dan bangun apabila melihat bilik hotelnya kosong. Mana Zarith?
Dia turun dari katul dan mencapai sticky note yang terlekat pada cermin hias diri.
Biey keluar kejap. Nak cari dinner for us. Kol 8 biey balik bilik ye?
-zarith-
Aida mengeluh lalu melangkah masuk ke dalam bilik air untuk menyegarkan matanya.
Pintu bilik ditolak dan Zarith melangkah masuk ke dalam.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Zarith bergerak ke arah sofa dan duduk di sisi Aida.
"Sorry i'm late, honey."
"It's okay, biey. I didn't mind it."
"So, nak makan?" Aida tersenyum dengan perlawaan suaminya.
"Of course!"
"Biey..."
"Hmm?"
"Esok biey nak bawa Aida ke mana?"
"Ke mana sayang nak pergi?" Aida mengerut dahinya apabila soalan dibalas dengan soalan.
"Apa ni..! Orang tanya dia, dia tanya kita balik." Zarith tertawa lalu memeluk Aida dari belakang.
"Sorry, biey saja nak bergurau. Tak sangka sayang nak bermanja dengan biey, ya?" Aida tidak membalas malah membiatkan Zarith berbual seorang diri.
"Sayang... ooo sayang? Dengar tak biey cakap ni?" Soalan dibiarkan sunyi. Zarith tersenyum. Oo, nak merajuk ye? Tak payah nak merajuk sangat, sayang oi.
Zarith melepaskan pelukan dan bangun dari sofa itu. Tanpa Aida sedar, Zarith duduk di hadapan Aida. Kini, senyuman Zarith sudah mencecah telinga.
Zarith menjentik dahinya Aida dengan agak kuat. Aida terjerit kecil dan ingin membuka matanya. Namun, sebaik saja matanya melihat dunia, bibir Zarith terus mendarat di bibir Aida.
Aida terpinga-pinga. Tidak menolak atau menerimanya. Zarith melepaskan bibir Aida sambil tersenyum kemenangan.
"Nak merajuk lagi?" Wajah Aida menjadi merah semerah-merahnya.
"Apa biey ni! Dah lah jentik dahi Aida! Lepas tu, tiba-tiba jer kiss orang."
"Alolololo, sorry, my princess. Salah sayanglah. Kuat sangat merajuk kan?"
"Kalau ye pon salah Aida, tak payahlah sampai nak jentik dahi orang. Sakit tau tak?"
"Kalau kiss je tak adalah saya nak marah sangat." Kata Aida dengan suara yang agak perlahan namun masih dapat didengari Zarith.
"Apa dia, sayang? Biey tak dengar sentence terakhir tu. Cuba ulang balik." Kali ni wajah Aida betul-betul merah.
"T-t-tak..tak ada ap-ap-apa!!" Zarith tertawa lalu memeluk gadis itu.
"Kiranya lepas ni bolehlah biey dapat kiss sayang anytime, kan? Indahnya hidup ni!!"
"Biey, lepaslah...!"
YOU ARE READING
Andainya Bintang Masih Bersinar
RomanceNur Aida Halwani ialah gadis pendiam. Muhammad Zarith Iskandar adalah lelaki yang panas baran dan suka memabukkan dirinya. Selepas kejadian yang menimpa dirinya, Zarith mula menyayangi isterinya atas keprihatinan gadis itu. Dia menyangkakan masih ad...