Seorang perempuan berlari laju diikuti oleh seorang lelaki berbadan besar dari belakang.
"Tunggu,kau tidak akan terlepas", kata lelaki itu sambil mengejar perempuan yang sedang berlari. Perempuan itu tidak menghiraukan kata lelaki itu dan hanya teruskan lariannya.
Perempuan itu memasuki lorong kecil lalu berjalan ke hadapan. Tiba-tiba dia berhenti berjalan kerana tiada jalan lagi dan jalan itu ialah jalan mati.
Berdebar-debar perempuan itu kerana takut dapat ditangkap oleh lelaki tadi. Dia melihat sekeliling lorong itu, sunyi. Tiada apa-apa benda yang besar supaya dia dapat sembunyi.
Tiba-tiba lelaki muncul hadapnnya di lorong itu. "Jangan.... jangan...", kata perempuan itu sambil berundur ke belakang. Semakin perempuan itu berundur, semakin lelaki itu mendekati.
"Jangan.... jangan....", kata perempuan itu sambil berundur. Akhirnya, perempuan itu tidak dapat berundur lagi kerana belakang hanya tinggal dinding batu yang sangat tinggi.
Lelaki itu semakin hampir. Perempuan itu tertunduk lalu duduk memenggang lututnya sambil memejam matanya.
Lelaki itu menghampirinya lalu menariknya untuk berdiri. Tiba-tiba perempuan itu dengan pantas menendang perut lelaki itu dengan lututnya lalu berlari. Baru sahaja mahu berlari,lelaki itu menarik tangan perempuan itu lalu lelaki itu menikam perut perempuan itu dengan pisau dan banyak kali menikam dan kuat.
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...