Kereta diparkir di garaj. Sebelahnya pula ada sebuah baglo yang cantik dan besar."Cantiknya", kataku apabila melihat banglo itu.
"Meena", kataku tiba-tiba apabila teringatkan tentang Meena.
Suri memandangku lalu bertanya, "awak tahu siapa Meena?". Aku hanya menganguk.
"Di sini ke tempatnya?", tanyaku. "Sinilah kita nak pergi. Kita nak ingatkan memori awak dengan melihat ..." Baru sahaja Suri mahu habiskan ayatnya, aku memotong,"potret kenangan saya dan orang lain".
"Ma...macam mana a.. awak boleh ta.. tahu?", tanya Suri dengan gagap dan pelik. Yalah sangat pelik sebab aku koma dan hilang ingatan. Jadi dia pelik macam mana aku boleh tahu.
"Saya pernah mimpi semasa koma", jawabku ringkas dan selamba. "Mimpi?", tanya Suri inginkan kepastian. Aku hanya menganguk.
"Cepatlah masuk", arah Syazrell yang berada di banglo itu. Aku dan Suri cepat-cepat berjalan menuju ke Syazrell.
"Hiasan dalamannya sama dengan apa yang di dalam mimpi", kata hatiku sambil meneroka dalamannya.
Aku meneroka sehingga bilik kecil yang tersorok sedikit. Aku membuka daun pintu bilik itu perlahan-lahan. Aku masuk ke dalam.
Baru sahaja aku masuk ke dalam bilik itu, tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang. Badanku berhenti bergerak.
Aku memandang siapa yang menarikku. Rupa-rupanya...
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...