Bab 11

98 6 0
                                    

"Meera, bangun!", jerit suatu suara di telinggaku sehingga aku terjaga dari lena mimpiku.

Aku terkulat-kulat memandang sekelilingku. Kelihatan sebelahku ialah Suri. 'Mungkin Suri yang jerit. Pekak nanti telinga aku', monolog hatiku.

"Saya kat mana ni?", tanyaku dengan mamai tidur lagi.

"Awak kat bilik awak", jawab Suri. "Macam mana saya ada di sini?", tanyaku lagi. Memang aku lupa bagimana aku boleh ada di sini dan hanya tentang mimpi tadi sahaja aku ingat.

"Tadi awak tiba-tiba pengsan berdekatan dengan potret yang awak tengok tadi. Kami peliklah kenapa awak pengsan tiba-tiba. Kalau sakit, baru keluar dari hospital", jawabnya dengan panjang sekali.

'Tanya beberapa patah, dia jawab beberapa ratus patah perkataan', bisik hatiku.

Aku memandang dengan pelik lalu mengingati semula apa yang terjadi tadi.

"Tak ingatlah!", kataku kepada Suri. Suri berkerut mendengar kataku lalu bertanya inginkan kepastian "betul tak ingat ni?". Aku mengangguk.

"Hmm... takpelah nanti awak ingat juga", kata Suri. Aku mengangguk tanda setuju dengan kata Suri.

"Boleh tanya?", tanyaku. "Haih, selalunya awak tanya je. Tak pernah nak minta izin tapi hari lain pula", kata Suri dengan pelik.

Aku tersengih saja. "Boleh je. Apanya?", ujar Suri tidak sabar.

"Dalam potret tu ada 5 orang. Siapa antaranya?", tanyaku. "Potret tadi yang awak pengsan tu?", tanya Suri. Aku mengangguk.

"Ouh, dalam potret tu ada awak, Meena, Syarizal, Rafizal dan Shaz", jawab Suri. Aku mendengar dengan teliti.

"Mana dan siapa Rafizal dan Shaz? Tak pernah pula tengok mereka di banglo ni", tanyaku dengan pelik.

"Rafizal meninggal dunia manakala Shaz hilang sama dengan Meena", jawab Suri dengan sedikit sedih.

"Kenapa awak tiada dalam potret tu?", tanyaku lagi. Pelik juga Suri tiada di potret itu.

"Masa tu saya tiada lagi di sini. Masa tu saya ada di luar negara kerana sambung belajar lepastu saya pulang dengar berita sedih iaitu Meena dan Shaz hilang manakala Rafizal mrninggal dunia. Kita best friend forever", terang Suri dengan nada sedih.

Mimpi MeeraWhere stories live. Discover now