"Syazrell" entah bagaimana tiba-tiba mulutku berbicara walaupun sebenarnya tiada ingin berkata begitu.
"Ya", jawab Syazrell yang mengingat bahawa aku yang memanggilnya walaupun sebenarnya tak.
"Dia pembunuh" sekali lagi mulutku berkata seperti ada orang mengawal suaraku.
"Hah!", terkejut mereka berdua mendengar apa yang aku katakan itu. Mereka membuat muka inginkan penjelasan dariku.
Aku ingin menjawab tapi suaraku disekat oleh sesuatu menyebabkan aku tidak boleh berkata-kata.
"Jelaskan. Mungkin kita boleh balas balik perbuatan pembunuh itu", pujuk Syazrell untuk mengetahui siapa pembunuh.
Aku juga pun berfikir siapa pembunub yng dikatakan oleh mulutku ini.
Tiba-tiba kakiku bergerak ke dapur seperti dikawal oleh sesuatu.
Tanganku mengapai sebilah pisau yang tajam dari tempat letak pisau lalu meletaknya di leherku seperti ingkn mengelar leherku sendiri.
Suri dan Syazrell sampai di muka pintu terkejut dengan tindakan aku.
"Begini kematian aku. Pertama, Rafizal. kedua, Shaz. Ketiga, Meena dan keempat aku. Hahah...", kataku lagi tapi kali ini suaranya lain.
"Suri,Syazrell tolong aku!", pintaku inginkan mereka menolongku tapi suaraku disekat tidak dapat berkata dan tidak dapat didengari oleh mereka.
Tiba-tjba ada satu tangan menolak pisau itu lalu menusuk leherku. 'Ya ALLAH, adakah ini pengakhiran kehidupanku',kata hatiku pilu.
Aku mengerang kesakitan yang amat sakit.
Mataku yang hampir dipejam melihat Syazrell yang berada di belakang Suri menikam Suri lalu Suri rebahkan dirinya di sebelahku lalu semuanya gelap gelita.
~ tamat ~
YOU ARE READING
Mimpi Meera
Mystery / ThrillerKisah seorang perempuan yang bernama Meera ingin menyelematkan kawannya,Meena dari masalah yang dihadapinya. Dengan mimpi yang selalu dilaluinya semasa koma dan tidur, dia menolong menyelesaikan masalah Meena dan dia. Pelbagai halangan dan cabaran y...